Apa akan berlaku lepas bulan Jun 2026?
Selepas Jun 2026 akan muncul bulan Julai dan itulah jawapan yang tepat dan pasti.
Namun disebalik jawapan candaan saya, sebenarnya selepas Jun 2026 kita akan menghadapi gelombang krisis tenaga yang dahsyat.
Itupun dalam jangkaan senario terburuk.
Macam mana saya tahu ?
Macamlah saya tukang ramal.
Mengikut data dan informasi semasa, bekalan bahan api kita di Malaysia cuma bertahan sehingga hujung bulan Jun 2026.
Fakta ini saya petik dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Seri Fadillah Yusof.
“Setakat ini, bekalan dalam negara masih mencukupi untuk sekurang-kurangnya dua bulan,” katanya dalam Taklimat Krisis Bekalan Global pada 24 April 2026 yang lepas.
Itupun jika pelbagai alternatif dan usaha kerajaan gagal mencari sumber baharu bahan api fosil.
Gagal bermaksud akan berlalu senario banyak stesen minyak tiada stok bahan api, kereta atau lori tidak bergerak di jalan raya serta terputus rantaian makanan.
Mohon doa agar perkara ini tidak berlaku dan sangkaan negatif kita semua meleset.
Boleh rujuk di sini.
Segmen potret AI

Harap dijauhkan krisis bahan api. Amin.
Aamiin..
itulah harapan kita semua.
kan? kmk kekadang malas nk berfikir terlalu ke depan.. takut panic attack… harap² terkawal lah ekonomi dan bahan api kita lepas tok
Bersangka baik jak…
semua tok berada di luar kawalan kita.
mana yg dapat kita kawal…dirik sendirik dan keluarga jak.
Moga Allah pelihara Malaysia daripada sebarangan krisis yang tidak baik
Aamiin..mudah-mudahan
Dijauhkan dari segala kesusahan
dah macam tak tahu lagi nak bagaimana ttg masalah ini. 😔. cuma bisa berdoa ada solusi yg bagus dari pemerintah. Krn di sinipun pemerintah nya kacau semua
saya sarankan wait and see saja.
dan bersedia dengan mental tentang cabaran ekonomi mendatang.
saya pun tak ada sangat info terkini sebab dah kurang lepas di Threads
Semoga keadaan kembali normal
aamiin..
selalu berdoa dan bersangka baik saja.
harapnya dijauhkan dari krisis bahan api..
risau untuk orang yang PJJ macam saya ni.. macam mana nak balik jumpa keluarga…
tulah yang menjadi cabaran kepada mereka yang PJJ ini.
jangan risau sebab taulah kerajaan untuk atasi krisis begini
Semoga saja perang bisa segera terhenti dan krisis energi bisa dihentikan ya. Pusing juga akhir-akhir ini linimasa penuh dengan berita perang dan krisis.
Aamiin..
doakan yang terbaik saja dan harap yang terbaik juga
Semoga yang baik-baik untuk kita dan dunia. Boleh jadi overthinking kalau difikirkan macam-macam yang mendatang ni
sebab itu tidak boleh fikir yang bukan-bukan.
Fikir yang baik-baik saja untuk dapat ketenangan fikiran
kita masih bernasib baik di Malaysia.. sebab di thailand sudah pun mengalami kirisi tersebut.. dgr cerita dari kwn2 yg drive masuk ke Thailand bgtau byk petrol station kehabisan minyak and so on..
Kerajaan masih beri jaminan bekalan masih stabil tapi tak tahu sampai bila
mudahan yang baik-baik saja untuk kita semua di Malaysia
Dalam berita 2-3 malam lepas, menteri kita dah bagitahu harga makanan akan naik, bulan Jun. Semoga yang baik² la untuk kita semua. 🤲
Bulan Jun adalah turning point untuk melihat sejauh mana kebenaran kesan krisis ekonomi..
in shaa Allah doa yang baik-baik saja.