Apa orang nak dalam zaman kritikal ini?

Sekarang zaman kritikal. Ekonomi belum pulih lagi. Malah dijangka belum stabil sehingga pandemik Covid-19 benar-benar pupus dalam lingkungan kehidupan kita pada hari ini.

Persoalan pertama bila akan berakhir?

Semua orang tiada jawapan yang tepat. Mahu atau tidak, suka atau tidak, rela atau terpaksa maka kita wajib mencari cara untuk terus ada sumber pendapatan yang cukup.

Pendapatan yang boleh diandarkan untuk menampung kehidupan harian.

Ramai di kalangan kita belum mencapai bebas kewangan.

Tiada kerja, tiada gaji.

Tiada bisnes, tiada pendapatan.

Komitmen wajib setiap bulan perlu dilunasi.

Bayaran ansuran rumah, kereta dan pelbagai pinjaman tidak peduli kita ada duit atau tidak.

Bayar tetap bayar. Hutang tetap dikira.

Ini belum masuk lagi perut yang lapar untuk diisi makanan.

Perut kita yang dewasa boleh berkompromi untuk makan apa yang ada.

Apakah usaha kita untuk menangani kemelut ini?

Persoalan kedua, bagaimana hati dan perasaan kita bila melihat  anak-anak kecil merengek kelaparan minta makanan.

Mereka perlukan makanan yang berkhasiat untuk membesar sempurna.

Saya faham tentu kita akan pening dan runsing setiap hari jika pendapatan yang kita perolehi tidak mencukupi.

WAJIB BACA :   Jom bongkar cara jadi kaya cepat !

Bagaimana kalau tiada langsung?

Lagi parah dan menakutkan.

Ya, kita wajib ada sumber pendapatan untuk teruskan kesinambungan hidup.

Inilah persoalan besar dan utama yang akan saya kongsikan dalam artikel yang ringkas dan santai.

Dalam mendepani zaman kritikal ini, saya selaku ejen Volten International rasa terpanggil untuk mewar-warkan solusi kepada kita semua.

Volten International menyediakan dua solusi utama iaitu kesihatan dan kewangan.

Dua perkara ini menjadi tuntutan mendesak kepada kita.

Saya buat penjelasan begini.

Kita berada dalam PKP sebab itu cara terbaik untuk memutuskan pandemik Covid-19.

Virus Covid-19 sangat bahaya kepada mereka yang ada masalah kesihatan tiga serangkai.

Penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Sistem imunisasi mereka rendah dan mudah terdedah kepada serangan ganas virus Covid-19.

Namun apabila berada dalam PKP, segala kitaran ekonomi terjejas teruk.

Golongan yang buat bisnes kecil-kecilan akan hilang pendapatan.

Golongan yang bekerja makan gaji dengan syarikat swasta turut mengalami situasi yang sama.

Kita terhimpit dalam keadaan sukar. Nak dibuang mati emak, nak diluah mati bapak.

Berita baiknya !

Volten International hadir untuk kita semua supaya ada solusi kesihatan dan kewangan.

WAJIB BACA :   Inilah cara makan buah kurma yang betul

Mari kita lihat sebab apa saya boleh berkata demikian:

1.Platform bisnes dalam talian

Ada PKP atau tidak, bisnes Volten International boleh dilakukan hanya dari rumah.

Waima, kita atas kamar tidur pun masih boleh menjalankan bisnes ini tanpa halangan dan rintangan.

Syaratnya ada internet, telefon pintar atau komputer. Itu sahaja sudah memadai untuk mula bisnes dalam talian ini.

2.Industri kesihatan

Volten International buat ‘real business’ atau perniagaan sebenar berasaskan produk halia hitam untuk kesihatan.

Setakat artikel ini ditulis, Volten International sudah ada enam jenis produk yang terbaik dan berkualiti tinggi.

a.VR4 capsule halia hitam
b.Brazilian Arabica Coffee VCafe
c.Black premium tea Vcafe
d.DR4 liquid
e.V20
f.Vtameen

Produk ini untuk membantu mengawal dan mengatasi pelbagai penyakit.

Adalah lebih baik sebagai suplimen nutrisi untuk penjagaan kesihatan agar berada pada tahap optimum.

3.Sistem yang canggih

Volten International sudah menyediakan sistem yang canggih tetapi mesra pengguna.

Urusan niaganya semua boleh dibuat online atau dalam erti kata yang lainnya ecommerce.

WAJIB BACA :   Senarai prospek sudah siap dikemas kini

Segala tempahan, daftar ejen dan pemberian komisen secara real time atau masa sebenar.

Sisten ini memang cepat, pantas dan terkini, mana

Tak tergodakah anda untuk merasai  sendiri sistem yang sebegini baik untuk para ejen.

4.Bisnes netcommerce

Kehebatan bisnes networking atau jaringan ini ialah kuasa leverage yang luas.

Seorang ejen tidak mampu bekerja secara berseorangan.

Mereka mesti ada jaringan dan rangkaian yang boleh bekerja secara team work.

Tidak kira berada di mana, networking boleh beroperasi 24 jam melangkaui batas sempadan, benua dan negara.

Paling menariknya Volten International ada satu sistem yang boleh dipakai di semua tempat.

Boleh bayang tak bagaimana potensi dan kemampuan Volten International dalam bisnes netcommerce pada masa akan datang ?

Kesimpulan

Saya harap pembaca budiman sudah nampak dan dapat rasa apa orang nak dalam zaman kritikal ini.

Tak lain dan tak bukan.

Ia adalah satu sumber pendapatan yang stabil, kukuh dan lumayan dalam mendepani apa jua krisis ekonomi dan hambatan kesihatan.

Volten International sudah menyediakan untuk kita semua.

Anda yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut boleh layari portal Siber Sukses.

p/s: Jika rasa bermanfaat, tolong sebarkan untuk mereka yang memerlukan.

Comments 4

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge