Ashadee.com Tutup Pasti Ada Hikmahnya

Ashadee.com Tutup Pasti Ada Hikmahnya…Pada mulanya mrhanafi bagaikan tidak percaya.Setelah diamati dengan teliti barulah mrhanafi sedar.Ya memang benar informasi seperti yang diwar-war oleh blogger Tuan Hasrul Hassan melalui Facebook.

ashadee.com tutup

Mrhanafi mengenali Ashadee.com melalui portal lamanya iaitu Jomniaga.com.Dari situ mrhanafi sudah mendaftar sebagai agen affiliate untuk beberapa produk digital seperti ebook.Alhamdulillah dapat juga merasa beberapa sen komisyen selama beberapa tahun kemudian.

Hasil komisyen dari jualan afiliate tersebut membolehkan mrhanafi berjaya membeli domain dan membila blog khusus untuk niche ebook prebiu.Bertolak dari situ memang diakui ada menjana pendapatan walaupun tidak sekencang blogger Titan.Setidak-tidaknya mrhanafi sudah pulang modal membina beberapa blog yang berdomain sendiri.

WAJIB BACA :   Pelajari 3 tabiat orang kaya yang orang biasa tak sanggup buat

Kini Ashadee.com sudah ke penghujung.Hampir menamatkan perjalanan bisnes online.Ramai yang terasa kehilangan tersebut.Mereka mungkin penulis ebook,Internet Marketer dan juga blogger itu sendiri.Jauh dalam hati terasa sedih dan terkilan.Nak buat macam mana.Perkara ini sudahpun berlaku.

Sebagai blogger sudah pasti ada jalan lain dalam menjana pendapatan.Program affiliate merupakan cabang sahaja.Ada lubuk yang lebih baik dari itu seperti advertorial dan promosi bisnes sendiri.Program pengiklanan juga tidak kurang hebatnya.Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Mrhanafi amat sarankan kepada rakan-rakan blogger untuk menulis ebook.Terutamanya kepada blogger yang mempunyai kemahiran menulis tahap tinggi.Rasanya proses mencari,mengumpul dan menganalisis maklumat adalah tugas yang mudah bagi blogger.Sayangnya hingga ke saat ini mrhanafi terfikir juga nak tulis apa ye dalam ebook.Tulis blog sendiri pun terkial-kial juga.Adui.Malunya!

WAJIB BACA :   Blogwalking Tegar Untuk Impak Maksima

Bila dah ada ebook sendiri suka hatilah nak bagi percuma yang bersyarat atau menjual sebagai barang murah ataupun mahal.Itu terpulang kepada diri sendiri.Tiada sesiapa yang melarang kerana ia adalah barang sendiri.Namun penjualan secara affiliate lebih baik dari jualan secara perseorangan.Jualan lebih berganda dalam masa yang singkat.

{sekilas pandang}

Tertutupnya satu pintu rezeki tidak bermakna pintu rezeki yang lain juga tertutup.Hukum dunia sangat mudah difahami.Patah tumbuh hilang berganti.

Mrhanafi berharap rakan-rakan blogger yang lain terus bersemangat menulis blog meskipun punca rezeki melalui Ashadee.com sudah berakhir.

Selepas ini mari kita belajar untuk menulis blog dengan lebih baik dan boleh menguasai kemahiran SEO dengan tajam lagi.

WAJIB BACA :   3 Tip Untuk Kekal Bahagia Dalam Keluarga

In Shaa Allah penutupan Ashadee.com ada hikmah untuk kita semua.

Comments 22

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge