Cabaran Di Booth Pameran Yang Biasa Dirasai

Team kami sudah berada di booth Suara Sarawak selama dua hari sempena Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019.Memang jujur dikatakan mencabar hati,perasaan dan minda.

Biasalah orang yang sudah bekerja di belakang tabir, kena pula berada di barisan hadapan.Mau tak gelabah dibuatnya.

Saya dan team Suara Sarawak memang beruntung.Begitu juga dengan 39 booth pelbagai agensi kerajaan yang lain.Kami berada dalam khemah yang berhawa dingin.

Sungguhpun begitu saya tetap merasai cabaran berada di booth pameran.

Bunyi bising yang hiruk pikuk.Muzik yang bertali arus tanpa henti.Suara DJ yang terngiang ngiang di telinga.

Team pagi bekerja dalam suasana penuh ceria

Kelibat pengunjung yang datang tanpa henti walaupun tak semua singgah di booth kami, memang terasa sibuk juga.

WAJIB BACA :   Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018

Letih melayan karenah pelbagai ragam manusia.Teruja melihat manusa berbondong-bondong dengan pelbagai gaya dan rupa.

Dari semua peringkat umur.Ada muda dan tua.Sebaya dan sebagainya.

Melihat keadaan ini saya mula sedar betapa payah dan mencabar kepada mereka mencari rezeki menggunakan khemah di kawasan terbuka.

Panas bahang matahari adalah keperitan buat mereka.

Sejuk tempiasan hujan adalah kebiasaan buat mereka.

Semua ini demi mencari rezeki agar mulut yang terbuka ini dapat merasai nikmat sesuap nasi.

Dalam perjalanan hidup saya, berada di booth pameran bukan sesuatu yang baharu.

Baca jangan tak baca bang…baik punya berita !!

Saya pernah berbisnes menggunakan kaedah klasik ini.Biarpun bukan yang terbaik tetapi hasilnya lebih baik daripada tiada berbuat apa-apa.

WAJIB BACA :   Kenangan Terindah Ke MRSM Betong

Sekurang-kurangnya apabila berada di booth orang sedar kewujudan jenama kita secara nyata.

Soal membeli atau tidak bukan keutamaan kerana objektif asal kewujudan booth pameran adalah untuk menghebahkan jenama kita kepada orang ramai.

Lagi ramai yang tahu, maka lagi bagus untuk jenama dan bisnes itu sendiri.Ada kesan segera dan kesan jangka panjang yang bakal dinikmati suatu ketika nanti.

p/s: Kepada mereka yang masih belum berkunjung ke booth 24 Suara Sarawak jomlah singgah biarpun sekali.Kunjungan anda amat kami nantikan dengan rasa berbesar hati dan penghargaan yang tinggi.

p/s/s : Jom like Suara Sarawak

Bila pulak admin menyelit kat situ
Sengnaja digelapkan
Lampu pulak kurang terang

Comments 28

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge