Cara Buat Duit Online Yang Tak Berani Orang Buat

Cara Buat Duit Online ada pelbagai kaedah dan tip tersendiri. Macam-macam cara yang boleh digunakan.Terpulang kepada kita nak ikut yang mana dijamin selamat tapi tak berani orang nak buat.

Memang diakui mencari duit online bukan perkara mudah. Namun ada yang telah berjaya sehingga meraih pendapatan ratusan ribu ringgit setahun kerana berani buat dan berani cuba.

Malah ada yang sudah mencapai taraf jutawan menerusi medium internet baik di media sosial ataupun blog. Rata-ratanya mereka duduk diam-diam kerana jenis low profile.

Dalam pada itu ramai yang tersungkur, tumpas dan akhirnya berputus asa mengejar cita-cita. Golongan ini berpendapat mencari duit melalui online terlalu mustahil, sukar dan membuang masa.

Mereka telah mencuba sekerat jalan. Melabur sedikit duit dan masa. Akhirnya apa yang diingini itu tidak menjadi maka mereka berhenti untuk terus mencuba.

Apakah Cara Buat Duit Online

cara buat duit online

1.Tiada pengetahuan dan maklumat.

Usahawan atau sesiapa sahaja yang belum berjaya dalam bidang ini menghadapi cabaran tiada pengetahuan dan maklumat yang tepat dalam bidang ini. Mereka bergerak tanpa panduan yang betul. Sebab itu jangan lupa untuk belajar secara intensif.Maklumat lanjut sila layari denaihati.com

2.Tidak fokus dengan apa yang mereka lakukan.

Rata-rata orang yang berkecimpung dalam bidang internet tidak fokus.Sekejap buat benda lain. Lain masa buat kerja lain pula. Apa yang mendukacitakan mereka berhenti sekerat jalan. Memang diakui proses kejayaan mengambil masa. Ia berbeza antara satu sama lain kerana logiknya rezeki kita berbeza.

3.Terikut-ikut dengan kawan

Memang tidak dinafikan manusia adalah makhluk yang paling mudah terpengaruh.Apa yang orang lain buat akan diikuti tanpa memikirkan baik dan buruknya. Kadang-kadang perkara yang mereka lakukan tidak sesuai dengan jiwa dan kemampuan mereka.Lain orang lain cara. Rezeki lain lain.

Jangan lupa saya juga ada sisipkan beberapa rangkap pantun untuk melegakan ketakutan membaca artikel Cara Buat Duit Online  .

Jom layan:

Ubat batuk rasanya pahit,
Ditelan bersama seketul halia,
Sana duit sini duit,
Kerana duit orang bahagia.

Anak muda jumpa matair,
Siap berhias pakai seluar;
Duit itu seperti air,
Sentiasa masuk dan keluar.

Batang Rejang airnya tenang,
Airnya mengalir ke hulu Kapit;
Ada duit menjadi senang,
Tiada duit menjadi sempit.

Rahsia buat duit online dah bocor

bocor

Macam tak percaya saja?

Ya.Memang betul.Saya baru sahaja tahu dan ia telah dibocorkan oleh seseorang yang hebat dalam mencipta ‘cara buat duit  online’.

Saya percaya ramai ingin tahu. Sebab topik buat duit memang panas dari dulu sampai sekarang. Tambahan pula dengan trend sekarang yang semuanya memerlukan duit. Tak ada duit hidup bikin susah.

Ikutkan hati dah tak sabar saya nak war-warkan perkara ini. Kalian juga mungkin tak sabar juga nak tahu.

Oleh sebab itu saya tulis entri ini dengan ringkas sahaja pada kali ini.

Kisah 5 sen

Ia berdasarkan pengalaman sebenar saya sendiri.Saya jenis manusia yang suka memerhatikan kelakuan manusia.Jadi saya nak jadikan satu tauladan berdasarkan kisah 5 sen ini.Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat.

Duit syiling 5 sen hampir tiada nilai bagi mereka yang kaya.Orang miskin juga tak terasa sangat dengan kehilangan atau kewujudan syiling yang paling rendah nilainya di Malaysia.Dulu ada 1 sen.Sekarang dah tak pakai lagi.Jadi hanya 5 sen sahaja boleh diguna pakai sekarang ini.

WAJIB BACA :   Memahami dunia quantum yang luar biasa [kemas kini 2022]

Ketika saya bertugas sebagai juruwang saya suka menguji pelanggan.Saya akan uji sifat pemurah atau sifat bakhil pelanggan.Namun saya menggunakan taktik halus.Ini tidak bermakna atau saya berniat nak menipu pelanggan.

Saya sebagai seorang blogger mesti ada etika kejujuran baik semasa online maupun offline.Itu hebatnya kalau kalian menjadi blogger.Secara tidak langsung dilatih untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia.Pergh!!

Sewaktu melakukan transaksi jual dan beli di mesin kaunter saya akan berhati-hati dengan nilai yang ada 5 sen.Jika ada maka itulah turning point untuk saya uji pelanggan.

Minta maaf cik,saya kekurangan duit syiling 5 sen.Kalau ada 5 sen boleh tak bagi saya untuk menggenapkan bayaran ini.Sekiranya tidak ada saya keep the 5 sen dan bayaran baki untuk cik kurang 5 sen.

Apa lagi!Para pelanggan yang menjadi mangsa akan gelabah untuk korek syiling 5 sen mereka dalam beg atau seluar atau tanya pasangan disebelah.Raut wajah mereka menunjukkan bertapa 5 sen susah nak dilepaskan kepada saya sebagai juruwang yang handsome ini.

Melalui pemerhatian tak rasmi ini saya boleh anggap bahawa mereka sanggup berbelanja berpuluh-puluh ringgit tetapi terlalu berat nak bersedekah walaupun 5 sen.

Tak semua dan namun majoriti mereka masih obses dengan duit.Setiap sen yang dibelanja mesti dinikmati 100 peratus.Saya percaya mereka tak ada niat untuk menjadi bakhil tetapi pola pemikiran mereka dilatih untuk jangan membazir duit 5 sen.Membazir makanan bolehlah pulak!

Tentu tidak adil saya membesarkan kisah mereka yang bakhil dengan 5 sen.Dalam kes terpencil ada juga yang tak kisah dengan baki yang kurang 5 sen.Mereka sangat gembira apabila saya berterima kasih kerana sudi bersedekah.Bagi mereka itulah bayaran khidmat saya sebagai juruwang yang melayan mereka dengan penuh etika.

Tindakan pelanggan hebat ini boleh mendatangkan murah rezeki kepada mereka sendiri nanti.Jika nak tahu sila tonton video berikutnya :

Buat makluman semua duit extra yang saya dapat ini bukan untuk peribadi atau pihak syarikat.Duit lebihan itu untuk menampung jika ada kes cash sort.Biasanya jarang-jarang berlaku dan saya pula tak ajar taktik ini untuk staff saya yang bertugas sebagai juruwang.Saya nak mereka bertanggungjawab dan bekerja berhati-hati sepanjang masa.

Semoga pendedahan ini memberi gambaran kepada kalian bahawa jangan rasa berat hati nak memberi 5 sen atau 50 sen atau 5 ringgit ataupun 50 ringgit kepada pihak yang memerlukan.

Cuma perlu berhati-hati sahaja.Jangan terberi pulak kepada sindiket penipuan.Sebab perbuatan tersebut boleh menggalakkan mereka ligat untuk terus beroperasi.

Saya  sengnaja bangkitkan isu yang ramai yang tak nak ketika online.Perkara begini amat mencabar.Saya dah letih nak layan.Namun terpaksa hadapi juga kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan.Ia adalah berkaitan isu talian broadband yang tidak stabil.

Internet bagi seseorang pengamal media atau blogger ataupun pedagang online terlalu penting.Tahapnya sudah menjadi keperluan pada masa kini.Kalau dulu setakat kehendak.Tak ada jawapnya tak apa.Persamaan dulu dan sekarang tetap sama.Mutu capaian internet 5 tahun dulu sama seperti sekarang.Kadar inflasi semakin naik namun kualiti capaian internet masih rendah.Macam tak berubah.

Saya telah membuat perancangan untuk berubah pada tahun hadapan .Bertukar dari yang lembab macam ‘M’ ke penyedia internet yang lebih pantas dan berkuasa.

Serius penantian begitu lama dari tahun 2012 hingga 2014.Sebaiknya azam pada tahun 2017 nanti akan membawa sinar bahagia.Semoga iannya akan menjadi kenyataan.Insha Allah.

WAJIB BACA :   Kisah lelaki perut kempis yang ada dompet tebal

Talian internet yang lembap adalah cabaran terbesar bagi saya.Tanpa talian internet maka terputus segala hubungan dengan alam maya.Saya sentiasa memikirkan cara terbaik untuk mengatasikan.Antaranya mencari tips dan cara buat duit online.

Blog mesra affiliate misalnya memfokus untuk produk affiliate.Selain itu blog buku online yang kini beroperasi untuk tujuan yang sama.Saya perlu berusaha dengan lebih giat agar perancangan lebih menjadi dan membuah hasil.

Peranan blog ini juga turut dipergiatkan.Mungkin dalam seminggu dua ini ada beberapa hari blog tidak dikemaskini.Sebab masalah talian internet dan urusan peribadi yang sukar untuk dielakkan.

Bagaimanapun harapan saya pada tahun 2017 lebih bersinar-bersinar.Apa yang perlu kepercayaan yang mantap untuk berjaya.
Gangguan internet memang mengganggu kelancaran online.

Pernah ditempat kerjaine Streamix mengalami masalah berhari-hari.Bukan sekali dua tetapi berkali-kali meskipun ada juruteknik mereka datang untuk mengatasinya.

Saya terpaksa menggunakan sistem Fax untuk tempahan stok yang biasanya menggunakan online.Kerja mudah akan menjadi susah.
Jika keadaan ini berterusan, tahap keyakinan bakal akan menurun.

Kerugian awal pasti akan terasa.Sebab itu bagi mereka yang cukup serius untuk berurusan menggunakan online mesti ada sistem sandaran.Tidak boleh tidak dengan mengharapkan satu sumber sahaja.

Kita ada kuasa memilih.Jadi pilihlah yang terbaik untuk nilai duit kalian.Jika tak puas hati memanjang lama-lama kelamaan makan dalam.Dalam erti kata yang lain sukar untuk bahagia dan ceria.Mana taknya emosi terganggu.

Lubuk duit secara rambangnya ada di mana-mana.Selagi ada manusia maka selagi itulah lubuk duit yang boleh kita cari,gali dan nikmatinya.Perlu diingatkan juga bahawa untuk mendapatkan duit dari manusia yang lain mesti ada perantara.Bukan toyol atau jin.Ia sudah bersifat khurafat namanya.Berdosa bagi orang Islam.

Duit akan beredar dari satu tangan ke tangan yang lain.Kebiasaanya melalui aktiviti jual beli,pinjam meminjam atau upah kepada sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

Pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan pasti menyebabkan seseorang banyak duit.Sebaliknya seseorang yang bekerja dengan gaji minimum memang akan dapat gaji yang kecil dan serba tidak mencukupi.

Sudah menjadi lumrah kepada setiap manusia yang normal waima manusia yang dah gila mahukan duit.Ia adalah keperluan dan kemahuan manusia.Ada yang kaya kerana duit dan ada pula jatuh miskin kerana tiada duit.Begitulah hebatnya penangan duit dalam kehidupan manusia.Persoalannya kini di mana lubuk boleh mendatangkan duit.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang kurang menentu sekarang ini maka kualiti kehidupan bertambah buruk jika tiada duit yang mencukupi.Nak bayar ansuran rumah,kereta,bil utiliti,makan minum dan pelbagai lagi.

Tentu amat sengsara kepada mereka yang dibebani hutang yang sangat banyak.Bajet sudah menjadi negatif.Belum habis bulan sudah habis duit.Tak pelah kalau duit habis disebabkan menyimpan dalam bank.Ini tidak, simpanan pula licin kerana pendapatan tidak setara dengan perbelanjaan.

Setiap minggu kerja mengorek duit simpanan itu adalah lumrah.Jangankan nak menyimpan duit nak menukar seluar kecik yang baru pun berfikir ratusan kali.

Fenomena ini adalah gambaran biasa.Bukan sesuatu luar biasa berlaku dalam kehidupan hari ini.Kepada mereka yang dah berumahtangga sudah pasti kerukunan bukan jaminan.Apatah lagi kepada kehidupan suami isteri yang berorientasi kehidupan duniawi semata-mata.Solat tidak.Baca al Quran pun tidak,Jauh sekali menjadi masjid sebagai rumah kedua dalam kehidupan mereka.

Kini saya telah menemui satulubuk ] bagaimana boleh menghasilkan duit secara pasif,berterusan dan lumayan.

In Shaa Allah jika diusahakan secara konsisten beserta doa yang padu maka segala permasalahan duit yang saya ceritakan panjang lebar di atas boleh diatasi hingga ke akar umbi.

WAJIB BACA :   Kisah Benar Lelaki Terdesak Bayar Zakat Fitrah

Sumber Untuk Dapat Duit Online

cara dapat duit online

Keadaan sekarang cukup mencabar.Ramai dikalangan kita yang berusaha untuk menambah pendapatan.Ada yang bekerja dua dalam satu.Sebelah siang kerja hakiki dan sebelah malamnya pula kerja sampingan.Tujuan utama untuk mendapat duit tambahan bagi menampung kos hidup yang kian meningkat dari hari ke sehari.

1.Buku Elektronik

Tidak dinafikan menjual buku elektronik atau ebook boleh menjana pendapatan sekiranya berjaya menjual dan dibayar komisyen sebagai affiliater.Jual banyak maka dapat banyak komisyen.

Sungguhpun begitu ia tidaklah semudah yang disangka kerana sasaran pasaran tidak tepat.

Para pembeli online banyak pilihan dan mereka lebih berhati-hati untuk mengeluar duit.Mereka hanya sanggup berbelanja jika produk tersebut berbaloi,bernilai dan keperluan mendesak kepada mereka.

2.Website shopback

Masih juga berkaitan dengan aktiviti promosi iaitu mempromosi website shopback.Ajak rakan-rakan media sosial atau sesiapa sahaja untuk mendaftar ahli.Kita akan dibayar komisyen jika rakan-rakan yang dah menjadi ahli telah membeli belah.Bayaran pun boleh tahan.

Secara teorinya seolah-olah tidak susah untuk mendapat duit tambahan.Namun realitinya menjadi cabaran untuk menguji kesungguhan dan cara bekerja yang berterusan.Terpulang kepada rezeki masing-masing selepas berusaha.

Duit tambahan boleh diperolehi sekiranya kita bijak mencari sumber dan dalam masa yang sama berani mencuba.Buatlah cubaan demi cubaan supaya akan beroleh hasilnya.Orang kata jika tak cuba maka tak akan tahu.

 Cara Mudah Menarik Duit

Kenyataan ini seperti tak benar.Susah nak percaya.Namun belum cuba belum tahu.Jika nak tahu jom baca habis info yang saya perolehi dari sifu bidang Law Of Atraction Dr Ir Izwan.

Sebenarnya kita tidak perlu untuk bekerja keras untuk duit.Kita boleh menarik duit dengan mudah dengan menggunakan minda.Beberapa tindakan diperlukan untuk menerima wang,tetapi kuasa pemikiran adalah apa yang menarik keadaan kita sekarang ini.

Dengan pemikiran, anda boleh menarik apa sahaja keinginan anda.Cara-cara berikut untuk menarik duit adalah mudah.Ia tidak perlukan 18 jam sehari.Ia hanya memerlukan masa untuk perubahan berlaku.Lambat atau cepat.

1.  Sumbangan daripada pendapatan

Berilah 10% daripada pendapatan anda kepada sumberyang menghasilkan peningkatan perolehan berkali-kali ganda,terutamanya kepada yang memerlukan.

Ramai yang tidak mahu memberi sebahagian daripada pendapatan mereka kerana takut kehabisan wang.Pada hakikatnya, setiap pemberian itu akan dibalas dengan berkali-kali ganda hasilnya.

Maklumat lanjut boleh dibaca dalam pautan AMALAN MURAH REZEKI

2.  Syukur atas duit yang ada

Dengan bersyukur terhadap jumlah wang yang ada,ia akan meningkat.Ambillah masa untuk bersyukur atas apa yang anda ada,untuk menerima lebih lagi.Capai beg duit anda, rasakan yang duit semakin banyak dalam beg itu.

Katakan sesuatu yang anda bersyukur terhadap wang itu dan terus melihat ia makin meningkatRasakan kebenarannya.Bersyukur sentiasa meningkatkan aliran benda-benda yang baik.

3.  Bayangkan anda dengan duit yang banyak

Imaginasi anda menjangkakan masa hadapan anda.Gunakannya setiap jam.Lihat diri anda melakukan seperti mana orang kaya lakukan.

Tinggal di rumah banglo yang besar.Bersiar-siar dengan Porsche 911.Membeli-belah di pusat beli-belah 5 bintang.Anda mesti lihat semua ini dan percaya yang ianya adalah realistik sebelum anda mengalaminya sendiri.

Bayangkan ada dua isteri yang solehah dan cantik-cantik.Ada juga motivasi untuk terus beribadah malam hari dengan sempurna.

Lihat dan bukti dalam pautan >>TEORI HIPNOSIS JANA KEKAYAAN

Salam sayang dan ingatan kita kepada Allah SWT jangan sekali-kali terputus.Fikir balik ada sesiapa yang berani untuk mencuba cara yang saya bebelkan ini.Cuba komen sikit kalau berani.

  • Kemas kini 19/3/23

Comments 16

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge