Tak sangka orang biasa-biasa boleh cipta lagu motivasi hanya dalam tempoh masa tiga minit. Saya bukan orang seni dan sudah tentu bukan komposer. Tetapi dengan teknologi AI yang ada sekarang ini, segalanya menjadi mudah, cepat dan macam hebat.
Ia macam hebat kerana proses mencipta lagu tersebut pertama kali saya buat. Pendek kata, segalanya segera atau spontan sahaja.
Secara jujur tiada kepuasan berkarya kerana lagu tersebut bukan asli. Sama seperti menghasilkan konten menggunakan AI, sedap dibaca dan sempurna namun terasa kelopongan jiwa kepada penulis itu sendiri.
Sambung semula kepada topik utama.
Lirik saya guna ChatGPT manakala lagunya pula saya guna aplikasi Sonu.com
Untuk menyedapkan hati sendiri, saya dengar lagu ini berkali-kali sebagai sumber motivasi.
Memang terhibur juga.
Saya kongsikan audio supaya kita boleh mendengar bersama-sama.
Cipta lagu motivasi
KEJAYAAN ITU MILIKI KITA SEMUA
Verse 1:
Bermula dari satu langkah kecil
Dengan niat yang suci dan tekad yang teguh
Diiringi doa penuh harapan
Berjalan bersama dalam satu tujuan
Chorus:
Kejayaan itu miliki kita semua
Bersatu hati, teguh dalam usaha
Tiada yang mustahil bila percaya
Dengan rahmat-Nya, pasti berjaya
Verse 2:
Ujian datang tak pernah berhenti
Namun sabar dan redha jadi pelita
Kita belajar dari kesilapan
Bangkit semula dengan keikhlasan
Chorus:
Kejayaan itu miliki kita semua
Bersatu hati, teguh dalam usaha
Tiada yang mustahil bila percaya
Dengan rahmat-Nya, pasti berjaya
Bridge:
Tuhan melihat setiap usaha
Biar tak nampak di mata dunia
Janji-Nya pasti, ganjaran tersedia
Untuk yang ikhlas mengejar cita
Chorus (akhir):
Kejayaan itu miliki kita semua
Bersama melangkah menuju bahagia
Tiada yang mustahil bila percaya
Dengan rahmat-Nya…
Kejayaan itu miliki kita semua
LIRIK: CHATGPT
LAGU: Suno.com
Cerita buat lagu habis di sini..
Dalam perkembangan lain pula saya tertarik dengan artikel tulisan blogger Cikgu Madi bertajuk Niche Mikro: Rahsia Tarik Pembaca Setia di 2025.
Kalau sebelum ini ramai blogger memang menulis dalam blog peribadi, macam yang saya buat sekarang ini.
Kini sasaran dan keutamaan blogger menulis blog dengan niche yang khusus sahaja.
Kebetulan juga saya memang ada blog khusus berkaitan ulasan buku.
Blog tersebut jarang dikemas kini dan dipinggirkan sejak sekian lama.
Alhamdulillah saya sudah kemas kini dengan konten bertajuk Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
Boleh sergah dan skodeng kepada blog tersebut terutama kepada mereka yang suka dengan buku.
Akhir kata keep in touch selalu.
Tahniah berjaya buat lirik lagu dari ChatGpt dan hasilkan lagu dari lirik menggunakan Suno. Sebenarnya saya pun dah siapkan lagu kedua menggunakan kaedah yang sama pada minggu ini, Hari ni siapkan video klip esok akan dipost bersama posting terbaru,
Lagu yang dicipta tu berkaitan dengan posting yang bakal di post esok.
Tahun lepas JPN dan PPD push semua guru gunakan 2 alat ini untuk PdPC dalam kelas. Tapi saya gunakan untuk blog boleh tak?
AhmadiKatu recently posted…Google AdSense Kau, Bukan ATM – Tak Payah Cek Tiap Hari
Wah hebat la tuan.
Guna saja untuk blog apa salahnya.
Lagipun semuanya untuk kebaikan
Tak ada yang hebat tuan. Allah yang Maha Besat hebat. Buat lagu dan video clip hanya sebagai hiburan saja tu tuan. Killing Time kata orang Paris.
AhmadiKatu recently posted…Common Sense: Bila Kau Rasa Kau Je Betul, Tapi Sebenarnya…
Kan…semuanya daripada Allah SWT.
boleh juga dikatakan untuk killing time bagi yang banyak masa
baguus juga sebenarnya lagu ciptaan ai ini. tp memang lah kalo nak pakai dia, tak bisa kita lepas 100%, Krn kuatir pula dia ambil melody dr lagu lain, dan jadi plagiat. 😅
fanny_dcatqueen recently posted…KULINER JAKARTA: HIRAKU SUSHI, HIDDEN GEM DI JAKARTA SELATAN
Untuk komersial kalau boleh elakkan…
sebab ia bukan hak milik kita..
hak milik AI hehehe
KSarie tulis komen ni sambil dengar lagu motivasi yang dikongsikan sampai habis. Untuk telinga KSarie sedap aje bunyinya. Lirik pun senang faham dan bisa menaikkan semangat. Tapi suara budak-budak sekarang memang spesies begini kot ye. Manjah begitu.
Macam kena buat blog khas juga untuk kisah buku aje ye huhuhuhu.
Blog sedia ada pun hidup segan mati tidak mahu kisahnya.
muzik memang sedap didengar….lirik dan lagu memang untuk zaman moden
sedap melodinya
boleh diterima oleh telinga sy
😉
terima kasih…kepada AI
melodi yang saya dengar dengan lagu yang lain macam sama saja
Awal-awal rasa excited AI boleh buat lagu macam ni. Tapi bila fikir balik, seram pun ada.
Itu adalah perkara biasa
semua teknologi hampir begitu
mula-mula memang kita teruja tetapi lama-lama memang ada sudut kurang baiknya
semua benda boleh dihasilkan guna chatgpt. mcm cikgu ni pun kami guna utk buat kertas kerja. x larat dah nak fikir2. kerja banyak!
abam kie recently posted…Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam
dari sudut baik..
ChatGPT atau aplikasi AI yang lainnya memang banyak membantu kita semua
wow not bad lagu dia, macam lagu patriotik pun ada jugak hehe
AI ni macam-macam boleh buat. tapi tak semua kita boleh ambil 100% lah,.. setakat buat utk jadi rujukan bolehlah
Betul tu
jangan la terlalu berharap dengan AI
kerana akal dan minda kita kena pakai juga
makin meluas penggunaan AI. Apapun, kita jangan tersalah langkah
betul…perlu berhati-hati dan tersilap langkah buruk padahnya
Tak sangka boleh buat lagu guna AI. Sedap juga bunyinya. 🙂
semua AI dah boleh buat.
itu yang baik dan buruknya tetap ada juga