Covid-19, PKP dan darurat

Pada hari ini, 12 Januari 2021 sekali lagi Malaysia cipta sejarah. Negara sudah diisytiharkan darurat oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Fasa darurat sehingga 1 Ogos 2020. Darurat ini bertujuan untuk mengekang serangan Covid-19 dari terus menjangkiti rakyat negara ini.

Usaha ini untuk melandaikan lekuk Covid-19 dan ia wajar diberi tumpuan 100 peratus. Sebabnya lagi awal berakhir maka cepat darurat akan ditamatkan.

Pada masa ini kegiatan politik dihentikan buat sementara. Tiada PRU atau PRN sehingga tempoh darurat ditamatkan.

Dalam masa yang sama, PKP 2.0, PKPB dan PKPP telah dijalankan di beberapa negeri tentu.

Pada dasarnya tindakan ini akan menjejaskan aktiviti ekonomi dan sosial rakyat di negara ini.

WAJIB BACA :   Gaji minimum lepasan spm

Tiada istilah mahu atau tidak. Malah tiada lagi pilihan kedua dan seterusnya. Apa yang wajib kita perlu tempuhi dengan sabar.

Doa sebanyak yang boleh agar hati tenang dan tabah. Selain doa didatangkan rezeki yang mudah dan murah.

Semoga darurat, PKP dan Covid-19 segera berakhir. Masyarakat dunia secara amnya dan Malaysia khususnya ingin menjalani kehidupan seperti dahulu.

Bebas bermobiliti kerana tabiat manusia memang bergaul dan bermasyarakat

Sama-sama kita jaga kita.

Comments 4

  • Saya datang melawat lepas nampak di facebook. Eh, saya ingat tuan ada 2 blog, obsesbuku dan sarawakdaily. Tapi tengok nama mrhanafi.com. Konfius pula saya..selama ni saya silap pandang ye?

    • Blog mrhanafi adalah blog niche peribadi dan obsesbuku merupakan blog ulasan buku….keduaya milik saya

      Sarawakdaily…portal berita dan ia bukan milik saya. hehehe

  • darurat politik ni perlu sebab untuk semua pihak atasan cuba untuk lupakan politik dan fokus sama sama dalam selesaikan solusi menurunkan kadar keberjangkitan covid di malaysia yang makin membimbangkan

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge