Duduk diam rezeki datang sendiri

Berbicara tentang duduk diam rezeki datang sendiri mungkin ada yang rasa tercengang. Rasa tidak wajar dan rasa tidak masuk akal.

Rilek.Sabar.Cool.

Jangan main rasa-rasa.

Ini bukan persoalan makanan atau minuman yang boleh dirasa sebegitu.

Hahahaha..saya bercanda untuk anda.

Konsep rezeki paling asas ialah Allah sudah menjamin rezeki untuk kita semua.

Tinggal untuk percaya dan menikmati rezeki tersebut.

Duduk diam rezeki datang sendiri

kegunaan vitamin c

Rezeki sangat luas maksudnya.Bukan sekadar duit, kereta mahal atau rumah yang besar.

Perkara berikut juga termasuk dalam rezeki.

Dapat pasangan yang serasi juga rezeki.

Apatah lagi dapat isteri yang cantik atau suami yang kacak.

Dianugerahkan juga anak-anak yang comel dan taat.Ini rezeki yang besar maknanya.

Kesihatan yang baik, dapat kawan-kawan yang sporting dan juga pekerjaan yang bagus adalah rezeki yang tak terkira nikmatnya

Malah mempunyai masa lapang yang banyak dan hati yang tenang juga rezeki yang tidak mungkin boleh dinafikan.

WAJIB BACA :   Masalah cepat pancut: Punca dan solusi

Ironinya jangan hadkan maksud rezeki.

Menurut para ilmuan dan agamawan, rezeki ialah sesuatu yang boleh kita dapat manfaat daripadanya.

Tidak mustahil juga rezeki yang kita dapat mungkin berbentuk halal atau sebaliknya.

Jadi perlu berhati-hati dengan apa jua sumber rezeki yang kita perolehi.

Ok, cukup dulu tentang pengertian rezeki.

Sekarang kita bincang perkongsian topik duduk diam rezeki datang sendiri.

Betul ke ianya boleh diterima oleh akal dan minda kita..?

Ada sebab.Ada alasan.

Jujurnya ada penjelasan tepat untuk persoalan ini.Saya serahkan kepada Pak Nasrullah.

Beliau merupakan pengasas kepada ilmu Allah yang dikenali sebagai Rahsia Magnet Rezeki.

Sebelum kita lanjutkan kepada video tersebut.Video ada saya letakkan pada bahagian akhir artikel ini.

Izinkan saya untuk mengulas serba sedikit bagaimana untuk mendapatkan keajaiban duduk diam rezeki datang sendiri.

Dalam videonya, Pak Nasrullah cuba menerangkan keyakinan kita terhadap Islam dan kaitan dengan rezeki.

Terdapat dua cara untuk dapat rezeki sebegitu.Kita teliti dan halusinya bersama.

1.Menjadi orang bertakwa

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ayat tersebut begitu popular dan dikenali juga dengan Ayat Seribu Dinar.

WAJIB BACA :   Kuatnya Getaran Positif

Malah ada yang taasub sehingga menggantungkan kalimat ini di dinding kedai atau rumah.

Namun sayangnya tidak beramal dan tidak menghayati maksud yang benar dengan Ayat Seribu Dinar tersebut.

Untuk menuju nilai takwa, kita wajib berhati-hati dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa atau kemaksiatan kepada Allah.

Orang bertakwa murah rezeki.Mereka sentiasa tenang.Hati mereka selalu bersyukur.

Perlu faham rezeki seperti air bah dari langit.Deras dan mengalir laju.

Hanya orang yang bertakwa dan terhindar dari dosa mudah mendapat rezeki begini.Rezeki yang melimpah-ruah.

sedekah waktu subuh

2.Mengelak diri dari terus berbuat dosa

Mana ada manusia yang terlepas dari berbuat dosa baik besar atau kecil.Sengaja atau tidak.

Namun ada cara untuk bersihkan dosa dari terus menyelimuti diri kita.

WAJIB BACA :   Mee Kolok Kuching Menu Sarapan Pagi Yang Menyelerakan

Antaranya beristighfar, solat taubat dan berpuasa di bulan Ramadan.

Amalan ini adalah usaha orang beriman untuk menghapuskan dosa mereka.

Bukan itu sahaja dosa sesama manusia perlu diambil kira juga.Latih diri untuk mudah memohon maaf dan memberi kemaafan kepada orang lain.

Rezeki kita juga sangat berkait rapat dengan manusia lain.

Bagaimanakah untuk memperolehi kemudahan rezeki sekiranya orang yang berada di sekitar kita tidak reda dengan perbuatan kita.

Kesimpulan

Terdapat cara mudah dan mungkin belum tentu mudah untuk semua dapat duduk diam rezeki datang sendiri.

Pertama menjadi orang yang bertakwa dan keduanya pula menghindari dari berbuat dosa.

Hanya orang yang mempunyai kurang dosa tiada memiliki perisai terhadap curahan rezeki dari Allah.

Orang yang sayang dengan perisai maka sukar mendapat rezeki.

Mereka bekerja keras mencari rezeki sehingga ada yang terlepas pandang kepada perkara takwa dan penghindaran dosa.

Ayuh sama-sama kita belajar dari Pak Nasrullah tentang konsep magnet rezeki dalam video berikut :

  • kemas kini 18/9/22

Comments 4

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge