Harga Sebuah Kejujuran Tak Ternilai…Setelah beberapa hari menulis artikel promosi,saya nak alihkan juga perhatian pembaca tentang akhlak.Ia kisah benar.Ada berlaku di tempat kerja saya.Nak tahu lanjutkan bacaan anda hingga ke penghujung.
Saya bertugas macam biasa.Dah rutin harian walaupun kini semakin aktif menjadi blogger.Kerap dijemput menulis artikel untuk blog sendiri.Dua artikel untuk dua blog setiap hari.Setakat ini belum lagi ponteng.Ala perasan la tu.
Dalam kesibukan menjalani kehidupan offline (kerja makan gaji) sempat saya berfikir sejenak tentang satu kejadian.Memang meruntun jiwa dan tersentuh hati pun ada.Rasa-rasanya jelah atau sekadar penyedap kata.he..he..
Pada suatu ketika ada pelanggan yang teringgal telefon pintar mereka.Langkah selamat kami simpan dan cuba menghubungi nombor yang sepatutnya sesegera yang boleh.Alasannya supaya mereka boleh berpatah balik sekiranya sedar telefon sudah hilang.
Siapa yang cuai kalau bukan pelanggan sendiri.Harga kecuaian mereka ialah kehilangan telefon tersebut.Kebiasaannya pelanggan yang menghadapi insiden ini boleh mendapatkan kembali telefon mereka.
Bukan sekali dua ada kes begini.Berkali-kali.Sebab itu saya cukup tersentuh hati dengan kejujuran para pekerja di tempat saya bertukar.Mereka ada peluang untuk mengambil dan menyorok telefon tersebut.
Alhamdullilah mereka ada kejujuran yang tak ternilai.Meskipun dikumpul seluruh dunia harga telefon tersebut maka tidak mampu menandingi kejujuran yang mereka miliki.
Apa yang peliknya ada pelanggan yang sekadar senyum dan terus beredar setelah memperolehi semula telefon yang tercicir.Nak ucapkan terima kasih pun sambil berjalan.Adakah patut berbuat begitu dengan nilai kejujuran yang mereka temui pada pekerja tempat saya bertugas.Sejujurnya nilai akhlak seseorang berbeza`antara satu sama lain.
Kami tidak mengharap apa-apa sebenarnya.Jauh sekali untuk menagih budi.Apa yang saya dan pekerja yang jujur mahukan ialah penghargaan dalam bentuk keikhlasan mengucapkan terima kasih.
Mengambil hak orang tanpa diredhai adalah satu kezaliman.Saya tak sentuh soal dosa.Namun saya suka nak tarik perhatian bahawa dengan kejujuran mampu membentuk akhlak yang hebat dan terpuji.Tak kira sesiapa dia.Baik pemimpin maupun orang yang dipimpin.
Akhlak jujur sangat berharga.Orang akan suka sama ada kita sedar atau tidak.
Kejujuran akan buat hati kita tenang dan tenteram
Tahniah kerana menjadi pekerja yang jujur
terima kasih dan ada kebenarannya..kejujuran itu boleh memberi nikmat tenang dan tenteram.
Memang tak patut la kalau dah dapat barang yang mereka tercicir dan berlalu pergi mengucapkan salam terima kasih hanya macam tu saja
Noriza Rahman recently posted…Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
tak pelah tu..tak semua orang boleh hargai apa yang orang lain buat…janji tak susahkan orang lain dah kira ok gak tu..
di mana pun kita, jujur tu sangat penting
Raihanah Ahmad recently posted…Kebaikan Gum Arabic Dalam Vita C Shaklee
ya..jujur sangat penting..tak ternilai harganya
Alhamdulillah. Kamu sudah lakukan tanggungjawab terbaik.
Walaupun tanpa terima kasih dari tuan empunya, percayalah…Allah sudah tingkatkan martabat kamu tanpa sedar atas nilai kejujuran itu.
Yang penting, ikhlaskan diri. Insyaa Allah…
he..he..boleh la tuan..tak juga mengharapkan ganjaran sebegitu…janji tak zalim itu dah kita terbaik.
suka ambil hak orang kalau sayang memang cukup pantang..kalu anak ada bawa pensel warna bukan milik dia say tegas minta dia pulangkan ke taska semula
suri recently posted…3 Resepi Cara Buat Donut Big Big Apple Montok!
wah..suri seorang yang tegas dan itu yang terbaik