Hidupkan Rasa Syukur Setiap Hari

Hidupkan Rasa Syukur Setiap Hari…Pada hari ini dan hari yang seterusnya mrhanafi akan wujudkan rasa syukur.Benar-benar bersyukur dengan hati dan tindakan.Biar perlahan-lahan namun berrerusan.Bak kata tagline yang biasa kita dengar syukur selalu.Alhamdulillah.

rasa syukur

Mrhanafi bersyukur kerana masih bernafas lagi.Masih panjang umur sehingga hari ini.Esok tak pasti,Sebab hidup umpama lilin.Bila-bila sahaja boleh padam.Dah padam tu boleh tak dihidupkan kembali.Kalau lilin boleh,Kalau ajal memang tak boleh la jawabnya kecuali dihidupkan dalam alam yang lain pula.

Oleh kerana masih ada kesempatan nyawa dikandung badan maka mrhanafi nak lanjutkan kesyukuran dengan  menarik perkara yang baik dan positif.Mrhanafi nak kongsikan kebaikan.Mrhanafi nak sebarkan  apa jua manfaat untuk semua.Mrhanafi nak sampaikan getaran positif berasaskan kesyukuran,

WAJIB BACA :   Cara Menyelesaikan Hutang Guna Ilmu Asas

Mrhanafi nak bekerja sungguh-sungguh hari ini.Bersyukur kerana masih ada pekerjaan berbanding mereka yang belum ada pekerjaan,Sebab kerja mrhanafi adalah ibadah walaupun pekerjaan mrhanafi biasa-biasa sahaja,Alhamdulillah hujung bulan nanti diberi upah.

Dalam pada itu mrhanafi juga nak tulis blog dengan lebih baik.Tulis perkara yang bermanfaat sebagai tanda kesyukuran mrhanafi mempunyai blog.Ada juga orang lain yang ada blog tetapi tiada kekuatan untuk menulis.Jadi mrhanafi kena bersyukur kerana dipilih Allah untuk menjadi blogger.Alhamdullillah ada tiga blog yang ada domain berbayar.

Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada mrhanafi dan pembaca semua.Nikmat sihat,nikmat tidur dan 1001 nikmat.Bila dah banyak maka wajib mrhanafi bersyukur.In shaa Allah sebagai bukti kesyukuran mrhanafi akan berusaha sedaya upaya mendekatkan diri kepda Allah SWT.

WAJIB BACA :   Pengembaraan marhaen dari Samarahan ke Miri

Mrhanafi kena syukur sebab terlalu banyak nikmat yang Allah SWT bagi.Syukur sangat-sangat sehingga mrhanafi rasa malu kerana tidak mengakui dengan sungguh-sungguh nikmat tersebut.

{sekilas pandang}

Semoga hari ini dan setiap hari mrhanafi akan menjadi insan bersyukur.Bukan insan yang lalai dan bukan orang yang tak sedar diri.

Mrhanafi akan berusaha untuk terus bersyukur dengan hati nurani,tindakan serta amalan.Tolong doakan mrhanafi la ye.In shaa Allah mrhanafi juga berdoa sesiapa yang membaca artikel ini akan menjadi manusia yang bersyukur.

Zahirkan rasa syukur akan menerbitkan rasa tenang dijiwa.Tak percaya ke.Kalau macam tu mari kita cuba hari ini.Jom bersyukur dangan apa yang kita miliki sekarang ini.

WAJIB BACA :   Cuti Hari Kedua Yang Santai

Terima kasih kerana sudi membaca dan teruskan bacaan anda di blog Hero Borneo pula.

Comments 8

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge