Jauhi 5 tabiat ini jika mahu berjaya dalam tahun 2026. Kalau tidak percaya boleh buat eksprimen dengan mengelakkan perkara tersebut dan hasilnya akan lebih positif.
Untuk lebih faham ubah sikap dan jangan ulangi sikap yang sama seperti pada tahun sebelumnya.
Saya cuba gunakan teknologi AI untuk menyampaikan mesej dengan cara baharu. Sudah tentu menggunakan poster berbentuk grafik.
Saya sertakan satu poster yang menarik bersama prompt sekali dalam channel Whatsapp. Prompt tersebut boleh diedit atau ditukar menggunakan idea sendiri.
Sekali imbas boleh faham tak atau perlu saya buat video tentang isu yang saya cuba sampaikan.
Hari ini Jumaat pertama dan saya tidak ingat sangat isi khutbah. Mata mengantuk punya pasal.
Bagaimanapun sebelah petangnya saya berjaya siapkan dua video untuk TikTok. Satu kejayaan juga walaupun kisah yang terpencil.
Sekurang-kurangnya hari kedua tahun baharu tidak berlalu begitu sahaja.
Segmen harian potret AI


Paling seram kalau hilang semangat hidup. Moga baik2 ajer untuk kita di tahun baru ini. Bab terlalu banyak hiburan tu kalau kat TV memang ya….tapi semenjak meningkat usia ni slowly kalau ada yang hiburan ni macam malas tengok atau tak tahu pulak ada siaran tu.
Untuk elak hilang semangat hidup …perlu baca motivasi dalam blog ini hehehe