Kelebihan Blog Guna Nama Pena…Kebiasaannya penyair dan golongan penulis sastera suka guna nama pena.Mereka meletakkan nama samaran.Bukan nama sendiri kepada karya yang mereka hasilkan.Begitu juga dalam penulisan blog.Ada blog yang menggantikan panggilan diri sendiri dengan nama pena.
Nama pena sangat mudah untuk diingat.Seperti Hanafi Warrant,Keris Mas dan Tamar Jalis.Dalam dunia penulisan blog pula ada nama HB,Yeop,MV,KK dan pelbagai lagi.Senang cerita bolehlah cari sendiri.
Kelebihan menggunakan nama pena sebagai ganti nama seperti saya atau aku boleh menampakkan keunikan.Dalam masa yang sama mampu menonjolkan jenama blog jika nama pena sama dengan nama domain.
Selain itu nama pena boleh mengurangkan isu plagiat atau sindrom salin dan tampal (copy and paste).Isu plagiat bukan suatu yang baru.Sudahpun berlaku dari dulu hingga ke hari ini.Sekurang-kurangnya ada nama pena boleh membezakan artikel plagiat atau asli.
Saya sendiri ada pengalaman bagaimana entri penulisan blog saya telah diplagiatkan oleh pihak tidak beretika.Entri plagiat naik ke halaman utama Google manakala entri blog saya yang asli jatuh tersorot jauh ke dasar lautan tak bertepi.
Mula-mula rasa sedih juga.Lama-lama semakin redha.Akhirnya saya mendapat idea untuk menggunakan panggilan diri saya kepada HB dalam artikel blog Hero Borneo.Ternyata dengan penggunaan nama pena HB maka isu plagiat ke atas blog penulisan hampir tiada.Saya tak pasti masih wujud lagikah tidak.
In sha Allah blog ini juga akan menggunakan nama penganti diri saya kepada Mrhanafi.Semoga pertukaran kepada nama pena tersebut lebih menjurus kepada kemantapan jenama sendiri selain jenama Hero Borneo yang saya miliki sekarang ini.
Cuma kadang-kadang ada yang agak keliru antara Hero Borneo dengan Mrhanafi.Hakikatnya beliau adalah orang yang sama iaitu saya.Tahu tak pe.
Sepanjang pengalaman saya sebagai blogger ada perkara sukar untuk dilakukan iaitu menulis.Siapa kata menulis blog itu mudah dan boleh tutup sebelah mata.Lebih-lebih lagi blog yang ada ciri-ciri informasi dan fakta yang sahih.
Lainlah blog ini yang saya belasah dengan unsur emosi dan tidak bersandarkan sangat kepada realiti SEO dan kehendak robot.
Jika nak lebih ilmu saya amat galakkan anda semua terjah satu blog yang membicara preview ebook iaitu blog Buku Online
Nama pena untuk penulisan blog satu kelebihan.Ia bukan satu kemestian kerana gaya penulisan masing-masing memang unik.
Ada yang menggunakan bahasa aras tinggi dan sangat ilmiah.Memang bagus dan tak semua yang mampu menghadam idea penulisan begini.Sebab itu menggunakan nama pena dalam penulisan blog bukan satu kelebihan yang boleh dibanggakan sangat.
Ingat orang bangga diri adalah orang yang sombong tak bertempat.Malah dalam hakikat hidup ini pun tiada tempat untuk orang yang sombong – mrhanafi
dulu saya pun tak menitik beratkan sangat benda ni
tapi makin lama kita menulis dalam blog
makin faham selok belok dia, so saya pun dah mula
praktikkan penggunaan nama pena sebagai kata ganti diri dalam semua penulisan saya
ironinya saya lebih dikenali dengan nama YY berbanding Yana Yani..huhu
nama YY macam best je…
saya suka guna nama betul, nama pena khas untuk berkarya 🙂
Admin recently posted…Peperiksaan Online Penguasa Kastam
ya..masing-masing punya pandangan yang berbeda
Lebih kenal Hero Borneo dari mrhanafi….
sebab nama hero tu bisa bikin orang ingat selalu..he..he..