Projek Amal Blogger Jadi Projek Besar

Menulis adalah kerja amal sebagai blogger

Kerja amal merupakan amalan mulia.Tiada paksaan tetapi amat dituntut dalam memberi manfaat kepada orang lain.

Antaranya penulisan kerja amal sebagai blogger.

Tugas seorang blogger ialah menulis.

Ya.Menulis sesuatu yang bermanfaat kepada kepentingan ramai.

Orang yang tengah runsing mencari solusi pasti gembira apabila apabila menemukan jawapan yang mereka cari melalui blog kita. Inilah fungsi sebenar seorang blogger yang saya nilai sebagai kerja amal.

cara simpan duit

Mungkin dari keja amal yang dilakukan boleh jadi diberi ganjaran pahala atau rezeki berupa duit.

Saya masih teringat bagaimana penglibatan saya dalam dunia blogger sekitar tahun 2012.Pada masa itu terkial-kial juga untuk setting dan modifikasi blog.

WAJIB BACA :   Kes Studi 1 : Tukar Theme Blog

Namun dalam bab penulisan saya masih ok.Biarpun tidak sehebat mana.Menulis kerja yang mudah jika artikel tersebut tidak bersifat terlalu fakta dan huraian terlalu mendalam.

Rata-rata penulisan artikel saya cukup santai dan bersahaja.Semua ini berorientasikan pembaca yang mahukan topik yang biasa-biasa sahaja.

Sebagai blogger yang beragama Islam saya sentiasa memikirkan kesan atau akibat suatu penulisan.

Jika penulisan tersebut membawa kesan buruk memang tidak boleh dianggapkan sebagai kerja amal.

Saya pasti mengelakannya.

Sebaliknya jika penulisan berkongsi ilmu, informasi dan pendapat yang baik maka inilah dikatakan kerja amal.

Dapat pahala selagi artikel tersebut boleh dibaca dan memberi manfaat.

Persoalannya sekarang bagaimana maksimumkan kerja amal ini supaya ramai lagi mendapat manfaat.

WAJIB BACA :   Kejayaan renew domain dan hosting dengan NetKL

Ada kedua cara yang terbaik menurut perkiraan saya.

Pertama : Penulisan berorientasikan SEO

Hanya dengan ada SEO yang bagus maka artikel blog kita boleh berada di page utama Google.Berada page kedua hanya sekadar muzium online.Tiada pelawat dan tiada pembaca.

Kedua : Perkongsian Netizen

Hanya artikel yang betul-betul gempak sahaja boleh dikongsikan oleh netizen.Kesannya lebih hebat apabila sudah menjadi tular.

Sungguhpun begitu cara ini agak bermusim.Namun cukup luarbiasa dalam masa yang amat singkat.

Kesimpulan

Tiada yang mustahil.Selain kerja keras dan usaha sungguh-sungguh pasti membuah hasil dengan izin Allah.

Lagipun kerja amal bukan terlalu bersifat keuntungan.

Yang utama boleh memberi manfaat kepada pembaca.

Jom share artikel ini dan jemput subscribe Youtube saya.Terima kasih sebagai pendahuluan.

WAJIB BACA :   Template Berubah Cara Penulisan Blog Cuba Diubah

Comments 25

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge