Cara penulisan blog cuba diubah.
Cakap pun tak guna.
Yang penting baca sahaja.
Admin cuba cara penulisan blog yang berbeza.
Ini gara-gara template sudah berubah.
Yang lama sudah bosan.
Yang baru ada kelainan.
Hari hari makan menu yang sama boleh mual juga.
Sebab itu nak cuba yang lain pula.
Admin memilih template berikut.
Table of Contents
Template Ultralight
Admin minat.
Ringkas dan santai.
Dikatakan laju.
Ringan.
Bila disemak tidak juga.
Link untuk semak kelajuan blog : GT metrix
Yang penting buat admin senang dibaca.
Untuk pembaca tak tahulah.
Jika sudi kasi la komen sepatah dua.
Yang terbaiknya ada ciri-ciri SEO.
Itupun tak pasti kerana belum diuji.
Macam nakhoda kapal.
Jangan mengaku jadi nakhoda yang hebat kalau belum belayar di lautan bergelora.
Sama juga.
Jangan mengaku beriman selagi belum diuji.
Betul tak ?
Gaya penulisan
Jika pembaca setia blog ini memang sedia maklum.
Itupun kalau ada.
Lenggok bahasa yang admin gunakan memang carca marba.
Kadang-kadang sedap dibaca.
Selalunya biasa-biasa sahaja.
Admin boleh menulis dengan ayat variasi.
Sekadar boleh.
Admin mengaku masih belajar.
Belajar untuk menulis.
Panjang boleh.
Pendek boleh.
Jika ayat panjang lebih baik.
Nampak profesional.
Jika ayat pendek pun baik juga.
Nampak seperti santai dan bersahaja.
Ingat.
Mesej sampai sudah memadai.
Namun bukan yang terbaik.
Mesej perlu juga dihurai.
Perlu diperjelas.
Lebih faham.
Lebih seronok baca.
Kan…
Topik Penulisan
Admin suka menulis pelbagai topik.
Macam rojak.
Macam-macam ada.
Lagipun blog peribadi.
Niche tiada pengkhususan.
Lihat artikel ini.
“Cabaran Kempiskan Perut Buncit Untuk Pikat Gadis Cun”
Tidak sangka juga.
Ia telah dikongsikan lebih 230 kali.
Bagi admin cukup banyak.
Pembaca yang kongsikan.
Terima kasih banyak.
Admin hargai.
Jadi dengan perubahan ini admin cuba menulis topik disukai pembaca.
Kesihatan.
Kemanusiaan.
Perkahwinan.
In shaa Allah dalam masa terdekat admin menulis komentar isu semasa.
Rasanya agak menarik.
Inilah cara terbaik untuk admin kekal bermotivasi menulis.
Dulu pernah alami Motivasi Jatuh Merudum Akibat Tiada Awek
Sekarang ok sikit.
sebab itu nak tulis benda lain pulak.
Sebagai tanda blogger yang masih ada :
Kepekaan.
Keprihatinan.
Tengok dulu.
Jadi ke tidak ?
Kalau jadi.
On.
Tak jadi.
Niat jelah.
Tiada perenggan
Pada mulanya pelik juga.
Menulis tanpa perenggan.
Tulis artikel para demi para.
Jika karangan sekolah kena amaran.
Tidak ikut format.
Boleh dapat markah kosong.
Dalam blog tiada masalah.
Tiada masalah bukan bermakna sengnaja berbuat demikian.
Blog ini adalah portal peribadi.
Bukan isu besar selagi mana tidak menyentuh mana-mana kepentingan pihak tertentu.
Itu syarat dan terma.
Lain blogger lain pula caranya.
Penulisan juga perlu USP.
“Unic Selling Product”
[ Maklumat lanjut VAF boleh WHATSAPP ]
Penutup
Cara penulisan blog yang berbeza cuma usaha.
Usaha untuk kembali rajin menulis.
Ada kalanya admin kurang rajin menulis.
Mood kekadang ke laut Sulawesi.
Selebihnya rajin jika tiada unsur unsur SEO.
Jika ada unsur-unsur SEO, mulalah otak cari alasan.
Tiada masa.
Sibuk.
Tiada idea.
Malas.
hahahaha.
Apapun admin nak ucap terima kasih.
Atas sokongan kawan-kawan blogger,pembaca lama dan baharu.
Sayang anda semua.
Jika betul betul sayang tolong LIKE posting Page di bawah:
Asalam..wah tips blog kena pelajari dengan baik dan ikhlas..terima kasih komen dalam blog Etuza
wwsalam..
sama sama dan terima kasih juga sudi singgah blog yang “nothing” nie.
Bagus… nanti share tips untuk blogger jugak ye…
ya..
in shaa Allah..
walaupun saya nie masih belajar menjadi seorang blogger
baru nmpk perkataan sebijik sebijik hehehe
lawak rasa tulis macam nie
Tuan Hanafi sudah ada pembaca dan peminat tersendiri…memang ramai jadikan inspirasi..kemah keming
Belang Tarung recently posted…Memilih Kaca Mata Sesuai Dengan Bentuk Wajah
tak juga bro..
saya masih bertatih dan berpujuk rayu mencari pembaca dan peminat
hahahaha.
cantik template
terima kasih bro.
menulis dari hati, itu yg saya belajar daripada blog ini. apapun all da best dengan template baru.
ya…menulis dari hati memang sedap untuk dibaca…