Kisah sesat jalan dan kembali ke pangkuan

Hari Sabtu bersamaan 17 Februari 2024, saya berpeluang untuk mengikuti kelas pemasaran digital anjuran Centexs Commercial.

Pihak syarikat yang taja dan itu peluang terbaik yang tidak mungkin saya lepaskan begitu saja.

Entah mengapa lantaran level keyakinan terlalu tinggi saya terus ke pusat kelas tersebut tanpa usul periksa.

Tempat belajar di Galeri Songket & Keringkam tetapi terlajak ke Juma’ani Pavilion.

Dua tempat ini dimiliki oleh organisasi yang sama.

Jaraknya sekitar 15 minit perjalanan.

Akibatnya saya terlewat masuk kelas 20 minit.

Nasib baik sesi perkenalan baharu sahaja bermula.

Sesi saya bercakap dan bercakap Foto CENTEXS Commercial

Taklah tertinggal perahu terlalu jauh.

Tempoh kelas pemasaran digital tersebut selama tiga jam tetapi rasa seperti satu jam.

WAJIB BACA :   Poco-Poco Marathon Samarahan 2024

Banyak sungguh perkara dan ilmu yang dikongsikan oleh pengajar Centexs Commercial iaitu Puan Bebe Hayati.

Kami diberi sijil, makanan tengah hari dan sesi fotografi.

Sesi bergambar ramai-ramai Foto CENTEXS Commercial
Menerima sijil penyertaan Foto CENTEXS Commercial

Kelas habis jam 12.45pm.

Apapun…saya bersyukur dapat ilmu yang menarik hari ini.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus pemasaran digital ini boleh roger-roger banner bawah ini.

Slot kekosongan boleh semak dengan scan QR yang disediakan.

32 thoughts on “Kisah sesat jalan dan kembali ke pangkuan”

  1. wow..seru banget ada kesempatan bagus gini gak di lewatkan,nambah ilmu,dapat kawan dan dapat setifikat juga, semoga ilmunya dapat di praktekkan ya👍.

    Reply
  2. Saya pernah juga join kelas pemasaran digital ni tetapi online. Saya rasa kalau kelas bersemuka lagi banyak benefit dia. Bolehlah praktikkan mana2 ilmu yang dipelajari tu.

    Reply
  3. memang kalau ikut course yang isinya menarik, tak buat bosan, cara mengajar juga bagus, pastilah tak berasa waktu berjalan yaa 👍. saya lihat pun peserta tak terlalu ramai. jadi lebih mudah memahami penjelasan dari mentor 👍

    Reply
  4. Bila Encik Hanafi sebut keringkam, saya baru tahu tentang keringkam tu, adalah tudung yang disulam gula benang emas. Harga sehelai, beribu-ribu. Bukan semua tukang jahit boleh sulam keringkam tu. Special skill.
    Tak mengapa kalau kita sesat, asalkan kembali ke pangkal jalan. Lecturer saya dulu pernah cakap, masuk lewat pun takpa, jangan tak datang langsung. 🙂
    Nur recently posted…Cerita makan jeMy Profile

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge