Umur persaraan yang umum untuk rakyat Malaysia ialah 55 tahun. Dengan umur yang masih muda begitu sudah tentu perlu lagi bekerja sama ada sebagai pilihan atau tiada pilihan.
Bekerja sebagai pilihan jika rasa bekerja itu satu cara untuk menikmati hidup sebelum dijemput pulang buat selama-lamanya.
Sebaliknya bekerja lagi kerana tiada pilihan, mungkin desakan komitmen, dana persaraan tidak mencukupi dan salah satu cara untuk terus survive.
Namun bagi penjawat awam, umur persaraan wajib dalam lingkungan 60 tahun ke atas. Untungnya mereka ada pendapatan tetap iaitu pencen.
Jadi secara tidak langsung golongan ini berada dalam ketenangan fikiran dari segi pendapatan.
Cuma dalam perkongsian ini saya menjurus dan memfokus kepada golongan pekerja swasta yang merangkumi peratusan terbesar di negara ini.
Dana KWSP boleh diambil separuh ketika umur 50 tahun dan boleh diambil sepenuhnya ketika umur 55 tahun.
Setelah diambil semua, dana tersebut akan licin kerana duit yang banyak akan menyebabkan fikiran lebih kreatif untuk berbelanja dan terus berbelanja.
Kira bernasib baik jika bukan demikian.
Setelah setahun kemudian golongan ini akan kehabisan dana persaraan.
Jadilah golongan yang terpaksa bekerja lagi hingga akhir hayat.
Itupun kalau ada kerja yang bagus dan sesuai dengan umur.
Yang paling sedih dan tragis sekiranya masih menyara anak-anak yang sudah berumur 21 tahun ke atas.
Saya hentikan kupasan ini di sini.
Selebihnya biar NotebookLM yang buat kerja.
Segmen harian potret AI


Aduh, isu persaraan memang selalu rumit untuk dibicarakan.
Tambah pula di Indonesia ini, sebahagian besar masyarakat bekerja dalam sektor tidak formal, tanpa kepastian dana persaraan. Sedih sungguh bila difikirkan, hiks
Kalau usia masih muda…
perlu fikir dan bertindak segera untuk rancang kewangan
Biarlah lepas pencen pun terus bekerja. Bukan sebab kelangsungan hidup. Tapi kerana minat. Kita kan perlu terus bergerak aktif. Berniaga kecil-kecilan pun ok. Setuju juga dana KWSP memang tak cukup. Kena ada sumber lain seperti mutual fund ke, pelaburan emas ke, sebagai back-up.
Tot recently posted…Hotel Grand Riverview Kota Bharu
boleh tu…tapi kerja sendiri yang bukan makan gaji
kalau ada income syukur
kalau tiada income dapat pahala
kelmarin kot sy terbaca satu statemwnt yg mengatakan mrk yg bersara sekitar usia 55-60 cenderung menghabiskan wang kswp dlm tempoh yg singkat / krg 10 thn…
nmpk nya pengurusan kewangan lps bersara ni ramai yg masih belum cerdik…
bila duit berada dalam tangan…
logik akal sukar dikawal
nafsu nafsi mengawal diri