Maal Hijrah Masa Untuk Berubah

Maal Hijrah Masa Untuk Berubah…Salam dan selamat sejahtera.Hari ini tahun baharu dalam kalendar Islam.Tahun lama ditinggalkan buat selama-lamanya.Kini tahun baharu yang bakal menjanjikan 101 cabaran dan ujian kehidupan.Usah gentar dan usah gusar untuk menghadapi semua ini.

Saya bersyukur kerana ada kesempatan bercuti sempena Maal Hijrah.Selain pelan bercuti saya juga telah merangka program hebat sepanjang tahun hadapan.In Shaa Allah

Antaranya saya akan mengambil peperiksaan untuk kelayakan perunding takaful.Sekiranya lulus maka saya akan berusaha untuk menjadikan bidang tersebut sebagai lubuk rezeki.Jika semuanya berjalan lancar maka wajar sekali untuk bergerak secara sepenuh masa.

Namun kerjaya sebagai blogger, tetap saya pertahankan walau apa keadaan sekalipun,Maksudnya tiada perolehan pendapatan dari blog pun tak apa.Sebab menulis blog ada kenikmatan yang tidak boleh diganti dengan wang ringgit.Cuma kalau ada income tu maka nikmat akan berganda-ganda,

WAJIB BACA :   Cara Menyelesaikan Hutang Guna Ilmu Asas

Sekiranya saya tidak berjaya dalam peperiksaan tersebut walaupun dah mencuba berkali-kali maka plan B dilancarkan.Dalam plan B ini saya menetapkan untuk menjadi jurulatih hipnosis yang bertauliah.Proses mencari dana tengah giat dijalankan.Dengan dana tersebut saya akan mengambil kursus dan kelayakan ikhtisas dalam bidang hipnosis.

Perancangan untuk mendaftar syarikat juga diteruskan supaya ada platform untuk perkhidmatan dalam bidang tersebut.Perkara ini dalam perancangan dan peringkat kajian yang melibatkan keperluan,potensi dan pasaran.Pendek kata rancangan perniagaan.

Sejujurnya saya ajak pembaca sekalian  untuk mendoakan kejayaan saya.Setakat ini saya belum menampakkan taring sebenar di mana kebolehan saya lebih terserlah.Dalam dunia blogging masih menapak dan membina jenama.

Dunia pekerjaan makan gaji pula rasanya sukar untuk bergerak lebih jauh.Bayangkan sudah berusaha 20 tahun bekerja tak pulak jadi pengurus,pengarah atau Ketua Eksekutif Syarikat.Logiknya saya tak ada kelayakan akademik yang hebat dan kemampuan wibawa yang luarbiasa.Cuma saya tak berharap pencapaian begitu dalam dunia makan gaji.

WAJIB BACA :   Tips membeli telefon pintar baharu

Namun impian untuk membina kehidupan bebas kewangan tetap berlegar tanpa berubah sejak dulu lagi.Kejayaan selesai membayar  pinjaman kereta baru-baru ini memang melegakan.Ia pasti menambah aliran tunai agar kemampuan menyimpan kembali sebagai gaya hidup pintar.

Sebab itu Maal Hijrah masa untuk berubah sebaik mungkin.Bukan tidak ada masa lain.Cumanya Maal Hijrah adalah permulaan tahun yang baik dan In Shaa Allah akan berakhir dengan baik juga.

{sekilas pandang}

Semua orang boleh berubah sempena Maal Hijrah.Pastikan juga perubahan tersebut membawa impak positif yang hebat dan mengkagumkan semua.Tak bermakna untuk riak dan menunjukkan.Yang pasti berubah itu memberi kejayaan dan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

WAJIB BACA :   Kebaikan kalau ada pendapatan kedua

Bersempena Maal Hijrah ini juga saya telah melancarkan satu Projek Duit RM50.Nak tahu jom >> KLIK SINI.

Projek Duit RM50

33 thoughts on “Maal Hijrah Masa Untuk Berubah”

  1. Setuju sangat bab blogging tu especially 🙂 Pernah dengar khutbah Jumaat katanya dalam AlQuran perkataan “hijrah” dimention biasanya ada disertai juga perkataan “jihad” (tak pasti semua ke tak). Ianya bermaksud hijrah bukan perkara yang mudah. Setiap penghijrahan memerlukan kita buat something yang lain drp rutin…itu yang menjadikan susah. Mcm nak berubah utk berjaya…kena la ubah apa yg kita buat sehari-hari…dan ia x mudah.
    Hilmi Hasan recently posted…Misi Membantu Rakan untuk Kuruskan Badan dengan Cara yang BerkesanMy Profile

    Reply
  2. Saya doakan mrhanafi berjaya dalam usaha seterusnya. Jika sesuatu bisnes tu tak menguntungkan tinggalkan saja dan buat yang lain. Bisnes juga ada turun naik. Bekerja bila dah 20 tahun masih di takuk tu memang buat kita jadi low esteem. Usahalah sungguh-sungguh insyaallah mesti akan jadi juga nanti. Don’t give up !

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge