Cara Untuk Menghilangkan Blockage Memori

Blockage memori atau minda tersumbat sering kita alami.Topik ini agak rare.Saya mohon maaf jika ada istilah yang sukar difahami.Namun saya sedaya upaya menjelaskan takrifan dengan bahasa dan konsep yang mudah dihadami oleh semua orang.

Sebelum itu saya bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepadaNya.Terima kasih juga kepada Puan Fatin Fauzi yang sudi berkongsi ilmu ini melalui live di Facebook baru-baru ini.Syukur sangat-sangat.

Jom kita berkongsi sama-sama.

Ada orang setiap hari atau sepanjang hidup mereka mengalami keadaan blockage memori.

Kesannya memang mudarat.Mereka sukar untuk move on.Mereka hidup penuh derita dan sengsara.

Sukar untuk bahagia.

Sukar untuk gembira.

Sukar untuk fokus.

Malah sukar untuk rasa tenang.

Sedangkan apa yang dialaminya hanya berada dalam pemikiran.Berlegar-legar di situ sahaja.Akibat blockage memori kita tidak dapat menikmati kehidupan dengan sempurna.

Rezeki sangkut.Ibadah wajib dan sunat ke laut.Yang tragisnya putus harapan dan berputus asa.

Sebab itu blockage memori mesti kena buang.Mesti kena delete.Mesti dikosongkan agar perkara baik-baik sahaja masuk.

Ada kewajarannya kerana minda manusia adalah ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.Fungsinya agar menyimpan yang baik dan suci.Ini fitrah kejadian manusia.

Minda manusia ada dua bahagian.Minda sedar dan minda separa sedar.

Dalam minda separa sedar ada bahagian yang dinamakan bank memori.Bank memori ini terhad kapasitinya menurut Fatin Fauzi.

Bayangkan sepanjang hidup kita bank memori ini kita isi dengan memori sedih, duka,kecewa,gagal,marah,dengki dan pelbagai perasaan negatif.

Semua perkara ini disimpan dan dirakam sehingga bank memori penuh.Lebih malangnya ia membina self image yang buruk dan jelek.Bahasa mudahnya fikiran negatif.

Segala input yang baharu seperti impian,harapan dan cita-cita tidak dapat masuk lagi.

Setiap kali kita berimpian dan berimaginasi yang baik dan positif, usaha menjadi sia-sia apabila bank memori sudah tersumbat dengan perkara negatif.

WAJIB BACA :   3 Tip Untuk Kekal Bahagia Dalam Keluarga

Sebab apa ?

Sebab ianya akan hilang begitu sahaja dan tidak boleh dirakam dengan sempurna dalam bank memori.Seperti yang saya katakan kita sudah mengalami blockage memori.

Kita akan rasa tidak yakin.

Rasa tidak mampu.

Rasa sia-sia dan pelbagai rasa yang menjurus kepada imej negatif yang telah kita simpan sekian lama.

Fikiran negatif akan menarik perkara negatif.Sebut sahaja yang perkara negatif maka secara automatis bank memori akan mengaitkan imej negatif.

Itu penjelasan saya berkaitan kesan buruk blockage memori yang kita simpan menjadi saka dalam kehidupan kita.

Seterusnya saya akan kongsikan cara untuk menghilangkan blockage memori tersebut.

Ada tiga cara atau kaedah yang saya akui wajar untuk dicuba.Sebenarnya banyak Cuma rumit untuk dijelaskan melalui penulisan blog.

Saya ambil yang mudah dan praktikal untuk dicuba.Alhamdulillah saya baru sahaja mencuba.Rasanya memang enak banget gitu.

1.Delete memori yang lepas

Delete memori cuma istilah yang relevan dalam situasi untuk membuang blockage memori.Kalau betul betul delete memori boleh jadi hilang ingatan.

Delete memori kita fokuskan kepada bank memori yang saya telah sebut sebelum ini.

Untuk delete memori ini senang sahaja nak buat.Semua orang boleh buat dengan syarat istiqamah dan ada kemahuan yang kuat untuk berubah.

Sebelum tidur maafkan dua pihak ini.Orang lain dan diri sendiri.

Caranya letak tangan kanan di atas dada kiri.Sebut dan ucapkan kemaafan tersebut sama ada dalam hati atau dimulut.Yang penting buat dengan sedar dan ikhlas.

Maafkan sesiapa sahaja yang telah atau akan berbuat jahat kepada kita.Maafkan mereka dengan sungguh-sungguh.

Orang putih kata, forgive & forget.

Besar atau kecil, berat atau ringan kesalahan tersebut kita maafkan sahaja.Biar Allah sahaja yang membalas untuk kita.Mungkin dalam bentuk keinsafan dan hidayah untuk mereka.

WAJIB BACA :   Musim Cuti Sekolah Bakal Berakhir

Lagipun tidak ada untung berdendam dan berkecil hati dengan sesama manusia.

Selepas memaafkan orang lain, kita maafkan diri sendiri.Mungkin sepanjang hari kita tidak mencapai apa yang kita nak.Kita tersasar dari rancangan asal.Tak apelah.Kita maafkan diri sendiri dan berazam untuk tidak mengulangi lagi pada keesokan hari.

Memberi kemaafan adalah cara untuk melupuskan memori negatif yang bersarang begitu lama dalam diri kita.Lepaskan dan jangan simpan.Biarkan pergi selama-lamanya.Benda tak baik buat apa nak simpan.Betul tak.

Selepas bagi ucapan maaf, cuba tersenyum dan zahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menyelesaikan tugas penting pada malam tersebut.

Kalau belum ada pasangan, peluk sahaja bantal peluk dan tidur dengan rasa lapang dan riang.

Kalau ada pasangan peluk mereka dengan penuh kasih sayang.Yang selebihnya sendiri faham la ya.hehehehe

2.Delete memori negatif yang akan datang

Kita mudah risau dan takut dengan perkara yang belum tentu berlaku.Kita cenderung untuk meramal perkara yang akan datang.Apa yang kita ramal bukan perkara baik.Sebaliknya perkara yang buruk.Hidup susah, sengsara dan gambaran negatif.Padahal perkara tersebut belum tentu terjadi.

Cara untuk delete memori tersebut dengan bersangka baik dan abaikan ramalan buruk.Serahkan kepada Allah apa-apa perkara yang diluar pengetahuan kita.Kita hanya berusaha pada masa sekarang dan tiada kudrat dan iradat dalam mengatasi rencana Allah.

Itu sahaja dan jalani kehidupan seperti biasa.

Pelajari dari tabiat bayi.Mereka gembira dan suka setiap masa.Cuma sekali sekala menangis kerana lapar atau kurang selesa.Itu sahaja dan selebihnya mereka tenang.Tanpa fikir apa-apa dengan keadaan masa yang akan datang.

Perkara yang akan datang bukan dalam kawalan namun dalam perancangan.Sebaiknya merancang dengan kebaikan dan serahkan keputusan kepada Allah SWT.

WAJIB BACA :   Gambar Cantik Goh Liu Ying

Intipatinya bersangka baik pada kejadian yang belum berlaku.Fikir yang baik akan dapat yang baik baik.Usah sangsi dengan cara Allah mengurus alam semesta ini.

3.Delete memori negatif masa sekarang

Sebelum memori negatif tersebut meresap masuk ke dalam minda bawah sedar adalah lebih baik lupus secepat yang mungkin.

Kita mengalami rasa marah, sedih dan kecewa sekarang ini.Akui seminit dua.Lepas itu pergi ambil wudhuk atau mandi.

Semasa mengambil wudhuk atau mandi cuba bayangkan segala kemarahan atau unsur negatif mengalir keluar bersama air tersebut.Buat berkali-kali dengan penuh penuh penghayatan.

Sekiranya belum berjaya.Tidak mengapa.Latih dan terus berlatih sehingga menghilangkan memori negatif tersebut dalam masa yang singkat.Lagi singkat lagi best tau !

Kini blockage memori berjaya dipulihkan.

Pada masa inilah kita mula rasa bahagia.Hati seronok sangat.Kita tenang dan gembira.Kita jadi lebih suka dan ceria.

Rezeki akan masuk bertubi-tubi.

Rezeki tidak yang tersangka.

Rezeki yang mengalir masuk tanpa henti sehingga kita rasa sangat bersyukur.

Kita berimpian apa sahaja dan impian itu bakal dicapai dengan mudah dan cepat.Kita berdoa apa sahaja dan doa itu Allah kabul segera dalam pelbagai bentuk yang menambahkan nilai kesyukuran kita.

Percaya dan amal.

Yakin dan amal.

Istiqamah dan in shaa Allah kita akan menikmati kehidupan ini dengan penuh bahagia, gembira dan tenang sahaja.

Jangan percaya tetapi buat sahaja.

In sha Allah kita akan dapat perasaan gembira dan sabar sebagaimana dalam Al Quran ayat 155 Surah Al Baqarah,

“ Dan akan Kami beri cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar .”

Comments 12

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge