Menegak garis kebenaran diri sendiri [edisi kemas kini]

garis kebenaran

Menegak garis kebenaran diri sendiri merupakan topik berat. Namun mudah difahami tetapi belum tentu mudah untuk diamali.

Ia satu konsep berkaitan cara fikir dan cara pandang seseorang. Dipegang oleh ramai orang dan ada juga yang tidak kisah secara sama sekali.

Garis kebenaran yang diagungkan untuk diri sendiri bukan yang terbaik. Tidak juga terburuk. Tetapi ada kepincangan yang boleh kita didedahkan secara santai dalam perkongsian kali ini.

Ilmu ini saya pelajari dari Pengasas Magnet Rezeki, Pak Nasrullah. Seorang motivator dan jurulatih spiritual yang berkonsepkan Islamiah. Cukup terkenal di Indonesia dan di Malaysia.

Tidak mustahil dengan belajar ilmu Magnet rezeki bolej jadi jutawan.

Sebelum memahami ilmu tersebut, saya selalu meletakkan diri pada garis kebenaran.

Saya yang betul. Orang lain yang salah.

Dalam apa jua situasi dan keadaan, saya beranggapan saya betul dan orang lain semua salah. Undang-undang kebenaran saya yang pegang.

Saya sempurna dan orang lain banyak cacat-cela.

Kini saya sudah berubah.

Saya sentiasa berpesan kepada diri sendiri bahawa orang lain yang betul dan saya yang salah.

Saya akui kesalahan dan saya belajar untuk memperbaiki diri agar tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Malah pada dasar yang lebih utama saya meletakkan kepentingan orang lain melangkaui kepentingan diri sendiri.

Jom ambil satu contoh analogi berikut :

Garis kebenaran

Pada suatu ketika dahulu ada seorang lelaki telah dipenjara seumur hidup. Kesalahanya membunuh orang lain dengan niat. Bunuh tanpa niat itu cerita lain la.

Mangsa pembunuhannya bukan seorang dua. Tetapi berpuluh-puluh orang. Ada yang menuduhnya sebagai penjenayah terkejam pada ketika itu.

Dalam satu perbicaraan, pihak peguam telah bertanya mengapa dia tega membunuh orang lain.

Jawapan dia sentap. Dia membunuh orang lain kerana mereka salah.

Dikisahkan cara bagaimana dia membunuh mangsa tanpa rasa sangsi dan peduli.

Pembunuh ini telah merentang kain selari dengan garis di satu tempat.

Pada kain tersebut ditulis;

“Sesiapa yang melintas garis ini maka dia akan ditembak sampai mati”

Asal ada sahaja yang melintas garis tersebut dia akan mati ditembak.

Ada mangsa yang sedar kesalahan mereka.Ada juga yang langsung tidak sedar.Sedar atau tidak mereka diletakkan kesalahan berat yakni ditembak mati.

Kisah analogi ini saya noktahkan di sini.

Maaf sekali lagi, cerita ini bukan kisah benar tetapi saya cuba untuk menunjukkan bagaimana dahsyatnya prinsip menegak kebenaran diri sendiri.

Dalam kehidupan sebenar ramai yang masih kekal dengan prinsip ini.

Orang lain yang salah. Diri sendiri yang serba sempurna dan betul dalam serba serbi.

Kesilapan orang lain dibesarkan sehingga kesalahan diri sendiri diperkecilkan.

Mulalah sikap tidak mahu mengalah.Tidak mohon maaf dan sukar memberi kemaafan kepada orang lain.

Sebabnya satu.

Orang yang salah.Bukan diri sendiri.

Seandainya prinsip menegak kebenaran diri sendiri terus dipuja sepanjang masa, maka sebarang konflik yang tercetus tidak akan menemui pendamaian.

Masing-masing cuba mencari kesalahan orang lain.Sedangkan realitinya, semua pihak bersalah dan kesalahan tersebut telah melenyapkan kebenaran hakiki.

Sekarang cuba lihat bagaimana jika semua orang mengakui silap sendiri.Dalam fikiran mereka tidak mahu menyalahkan orang lain.

Orang lain betul.Diri sendiri salah.

Masing-masing akan segera mohon maaf.Pertelingkahan tidak akan berlaku.Hubungan jadi harmonis.

Hati lebih tenang dan lapang.

Rezeki semua orang akan melimpah ruah.

Semua akan bahagia dan menikmati hidup ini dengan penuh bererti.

Formulanya mudah.

Lupakan garis kebenaran diri sendiri dengan mengakui kesalahan, kekhilafan dan kelemahan.

Sekali lagi.

Orang lain betul dan kita yang salah.

Semoga bermanfaat dan jika rasa bermanfaat tolonglah sebarkan kepada orang lain agar mereka mengetahui konsep hebat ini.

Salam 29 Ramadan 1441H.

  • kemas kini 23/8/22

Artikel berkaitan

2 thoughts on “Menegak garis kebenaran diri sendiri [edisi kemas kini]

    1. tepat sekali itu tuan.

      itu yang sebaiknya tetapi belum ramai yang faham konsep tersebut.

      tujuan kita mengaku salah untuk memulakan kemaafan jika ada berlaku perselisihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge