Kenangan jejak kaki di 0.00 KM Pan Borneo

0.00 KM Pan Borneo

Saya bersyukur kerana berkesempatan untuk jejak kaki di 0.00 KM Pan Borneo, Telok Melano di Sematan beberapa hari yang lepas. Bukan mudah untuk saya keluar kerana saya lebih suka duduk dan terperap di rumah. Tempat tersebut dibuka secara rasmi pada 19 Januari 2019. Jaraknya 33 kilometer dari Pekan Sematan dan 140 kilometer dari Bandaraya Kuching. … Read more

Andainya masa dapat diundur ?

Andainya masa dapat diundur ?

Lama sungguh saya tidak jenguk dan jengah blog ini. Sekarang sudah masuk September dan tidak lama lagi kita akan berada di hujung tahun 2025. Ada dua perkara yang menyebabkan saya kurang aktif berblogging sekarang. Mungkin juga ramai blogger yang sudah sedemikian rupa. Pertama, saya terlalu lalai dengan dunia media sosial. Banyak masa habis begitu sahaja … Read more

5 penyesalan dalam 5 perkara jika….

5 penyesalan dalam 5 perkara jika….

Dalam kehidupan yang serba pantas dan amat melekakan ini kita akan berhadapan dengan dua perkara. Pertama, untung dan kedua, rugi dalam perspektif berkaitan rezeki. Untung sebab dapat menikmati rezeki tersebut. Rugi sebab tidak kesampaian dalam menikmati rezeki yang terhidang. Inilah lima perkara yang melibatkan rezeki. 1.Hidup sebelum mati Orang yang sudah mati menyesal kerana semasa … Read more

Rahsia orang hebat pakai baju sama setiap hari

Rahsia orang hebat pakai baju sama setiap hari

Suatu hari, isteri saya menegur dengan penuh kehairanan, “Kenapa abang asyik pakai baju warna sama? Ke mana pergi pun begitu.” Saya tersenyum dan menjawab perlahan, “Bagi orang lain, mungkin nampak pelik. Tapi bagi saya, inilah cara memudahkan hidup. Kurang pilihan, kurang beban. Malah, ia juga membantu ringankan kerja rumah—tak banyak yang perlu dibasuh dan dilipat … Read more

Cabaran Sebulan Tanpa Kopi: Apa Yang Berlaku Pada Badan Anda?

Cabaran Sebulan Tanpa Kopi: Apa Yang Berlaku Pada Badan Anda?

Apa kata kita sahut cabaran sebulan tanpa kopi. Lihat apa yang berlaku pada badan kita selepas cabaran tersebut. Saya faham dan akui sendiri memang pengemar dan peminat kopi sukar untuk sahut cabaran ini termasuk saya sendiri. Kopi ni macam minyak pelincir masyarakat moden. Pagi-pagi buta, dialah penyelamat. Petang lesu, dialah penguat semangat. Waktu rehat dengan … Read more

Kelahiran satu kejutan, kematian satu kepastian

Kelahiran satu kejutan, kematian satu kepastian

Beberapa hari yang lalu saya menyambut hari jadi. Majlis diraihkan bersama ahli keluarga dengan ‘makan besar’ di sebuah restoran yang popular tidak jauh dari tempat kediaman. Dengan usia sebegini saya amat bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki berupa kesihatan yang baik, ketenangan dan kebahagiaan. Moga saya dan keluarga serta pembaca semua terus menikmati rezeki sedemikian hingga … Read more

Entri Popular

Komen Terkini