Panduan Cari Duit Tambahan Di Jamumall.com

Cari duit tambahan sekarang ini sudah menjadi fenomena.Dari Perlis sampailah ke Sabah pasti ada yang berusaha untuk kerja sampingan.Keperluan hidup kian mendesak.Tambahan pula keadaan ekonomi agak suram telah memberi tekanan kepada rakyat di negara ini.

Dalam penulisan kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca budiman.Tak lain dan tak bukan berkenaan cari duit tambahan.Ada banyak sebenarnya namun dalam artikel ini saya nak fokuskan dengan sebuah syarikat e-commerce tempatan iaitu Jamumall.

Apakah itu  Jamumall ?

Jamumall adalah portal jamu no.1 di Malaysia.Alamat laman webnya ialah  https://jamumall.com

Ini sejarahnya.

Pada tahun 2012 sebuah syarikat Spirit Beauty Sdn Bhd telah ditubuhkan.Syarikat ini bermula dari rumah dengan menjual pelbagai produk terdiri daripada wangian, kosmetik & kesihatan.

Apa yang menariknya syarikat ini  telah diusahakan dengan penglibatan seluruh ahli keluarga.Media pemasaran ketika itu adalah Facebook sehingga berjaya mencapai jualan RM 1 juta setahun.

Akhirnya pada tahun 2014 syarikat Spirit Beauty Sdn Bhd telah membuka kedai sendiri berikutan perkembangan perniagaan yang begitu memberangsangkan.

Siapa pengasas Jamumall ?

 

Jamumall diasaskan oleh Tuan Khairul Nizam.Beliau berjaya bangkit dari kisah dukacita menjadi sukacita.

Ada kisah luarbiasa disebaliknya.Kisah ini boleh meruntun jiwa pembaca.Saya tidak mengulas panjang namun jika ada sesiapa yang nak mengetahu lebih lanjut boleh layari sendiri  Kisah Khairul Nizam

Kita tinggalkan dulu kisah tersebut kerana misi kita nak cari duit dari rumah.

cari duit tambahan

Bagaimana nak bermula cari duit tambahan?

 

Pembaca ada tiga pilihan untuk menjana duit dari Jamumall.

1.Affiliate

2.Dropship

3.Vendor

Melalui 3 cara ini pembaca dapat kerja sambilan dirumah.Boleh dikatakan kerja sampingan online.Sudah pasti sangat sesuai untuk diusahakan oleh golongan surirumah,para pelajar atau sesiapa sahaja yang nak kerja sambilan atau sepenuh masa atau kerja malam.

Program vendor pula lebih khusus kepada mereka yang ada produk atau jenama sendiri untuk dipasarkan melalui Jamumall.Banyak keistimewaan jika menjadi vendor.

Antaranya ialah :

1.Pemasaran diuruskan

Para pemilik produk tidak perlu risau tentang pemasaran.Pihak Jamumall ada strategi pemasaran yang efektif.

Jamumall boleh memasarkan secara online dengan bantuan para affliater dan dropshoper yang aktif di seluruh Malayisa.Mereka dah jadikan kerja sambilan di rumah terkini

2.Ratusan Vendor yang terkenal

Para pemilik produk seharusnya berasa bangga kerana mereka bersama vendor-vendor yang terkenal.Tidak timbul soal persaingan kurang sihat kerana pemasaran Jamumall tersendiri dan ada target prospek yang berlainan.

3.Video bersama artis

Promosikan produk anda bersama artis pilihan anda!Ya berita yang cukup mengembira.Para pemilik produk yang bertindak sebagai vendor di jamumall dapat menumpang glamer.

Nama jenama naik selari dengan populariti artis.Ada bajet lebih boleh menjadikan artis kesayangan sebagai duta produk.

Ada banyak lagi.Saya sarankan mereka yang berminat boleh pergi ke laman web Jamumall.

cari duit tanpa modal

 

Affiliate Jamumall

Affiliate adalah satu konsep kita jual produk orang lain dengan hanya membuat promosi.Kita diberi link yang unik seperti https://jamumall.com/?ref=contoh.

Affiliate ialah cara nak buat duit tanpa modal.Jika ada pembeli yang membeli produk yang dijual di Jamumall melalui link unik kita maka secara rasminya kita dibayar komisyen.

Contohnya:

Abu membeli produk kecantikan untuk aweknya yang cantik bernilai RM100.

Kita akan dibayar RM10.

Ok juga tu.

Bagaimana kalau ada 10 orang seperti Abu yang membuat pembelian sebanyak RM1,000 atau RM10,000

Sudah tentu kita akan dibayar RM100 atau RM1,000 sebagai komisyen kerana mereka membeli melalui link unik yang kita promosikan.

Itulah dinamakan kerja sambilan di rumah tanpa modal.Sebab pendaftaran affilliate Jamumall adalah percuma.

Sungguhpun percuma kos promosi ditanggung sendiri melainkan kita dapat WIFI percuma.Sebetulnya affiliate ialah bisnis sampingan modal kecil.

Langkah-langkah untuk mendaftar jadi Affiliate Jamumall.

Sebelum itu saya minta maaf .Saya nak buat tutorial bergambar tetapi komputer yang saya guna ini sudah uzur.

Lagging tahap dewa.

Jadi saya cuma ada pilihan dengan menyatakan langkah-langkah seperti berikut.

1.Pergi ke laman web >> jamumall

2.Klik ke bahagian >>AFFILIATE REGISTRATION OPEN NOW! CLICK HERE

3.Untuk belum daftar >>Daftar Sekarang

4.Ikut sahaja arahan yang tertera alam web Jamumall

5.Dapat link unik  yang mereka sediakan

6.Buat promosi

7.Terima komisyen.

Macam mudah dan saya risau ada yang tak faham.Kalau tak faham boleh whatsapp saya sendiri.

Jangan risau.Affiliate Jamumall adalah kerja dari rumah yang boleh dipercayai sepenuhnya.

 Kelebihan Affiliate Jamumall

 

1.Ada pilihan 100 lebih produk

Potensi untuk berjaya sangat tinggi.Jamumall sendiri telah menyediakan begitu banyak produk.Pilih la sesuka hati.Buat kajian produk mana yang senang nak buat promosi.

2.Pembayaran konsisten

Inilah saat yang ditunggukan oleh ramai agen promosi atau ahli affiliate.Jamumall akan membayar komisyen pada 15 haribulan setiap bulan.Untuk layak dapat komisyen mestilah ada jualan.

3.Kadar komisyen 10 peratus

Ada yang anggap kecil.Namun bagi saya berbaloi kerana bekerja dari rumah tanpa modal.Duduk rumah diam-diam sambil buat promosi di media sosial sudah memadai untuk dapatkan jualan.Kalau tidak pun ianya adalah usaha modal kecil.

4.Lima  peratus Sub-komisyen

Setiap affiliate yang mendaftar melalui link anda, anda juga terima 5% komisen dari jualan.Yang ini saya suka.Kita promote dan ajak orang lain jadi affillaite maka kita juga dapat hasilnya.

5.Data Statistik boleh diketahui

Untuk berjaya dalam affiliate banyak perkara perlu tahu.Antaranya data berbentuk statistik tentang klik dan link mana yang paling sukai untuk diklik.Dari situ kita boleh kesan potensi jualan.

6.Bantuan penuh

Mana-mana affiliate yang ada menghadapi kesukaran boleh menghubungi pihak Jamumall.Mereka boleh membantu.Sokongan mereka percuma selagi kita masih menjadi affiliater Jamumall.

Dropship Jamumall

 

Secara imbas tak banyak beza affiliate dengan dropship.Namun dropship lebih nampak urusan perniagaan kerana kita cari pembeli dan jual produk.Selepas itu kirimkan produk kepada pembeli yang kita dapat dari pembekal.

Harga boleh kita adjust untuk memastikan kita dapat untung.Ramai juga yang sudah berjaya buat dropship.

Kini Jamumall memberi potongan hebat sebanyak 20 peratus kepada ahli dropship.

Keahlian dropship Jamumall cuma RM100 sahaja.Bagi saya masih rendah untuk memulakan perniagaan.

Berikut ialah cara-cara untuk mendaftar ahli dropship Jamumall.

1.Login di >> SINI

2.Untuk membeli keahlian dropship di Jamumall, anda cuma perlu menekan butang “BUY NOW”.

3.Anda akan dibawa ke laman yang baru dimana anda perlu mengisi maklumat peribadi anda untuk tujuan pembayaran.

4.Pastikan maklumat yang anda isi itu tepat dan benar.

5.Isikan kata laluan yang dikehendaki. Kata laluan ini akan digunapakai setiap kali anda ingin mengakses akaun dropship anda.

6.Pilih kaedah pembayaran yang dikehendaki. Anda boleh memilih untuk melakukan pembayaran dengan menggunakan iPay88 (debit atau credit card, atau online transfer menggunakan online bank), CDM atau paypal.

7.Tunggu sehingga pembelian anda diproses sebelum membuat pembelian dari Jamumall. Setelah pembelian anda selesai diproses, anda akan menerima emel dari pihak kami. Pastikan emel yang anda masukkan itu boleh diakses.

8.Akaun anda sudah dinaiktaraf ke dropship setelah anda mendapat emel ini. Tahniah!

9.Pastikan anda log masuk ke akaun anda setiap kali anda ingin membuat pembelian dengan menggunakan akaun dropship anda.

10.Perbandingan harga di antara akaun biasa (kiri) dengan dropship (kanan). Selamat menjana pendapatan!

Kelebihan menjadi ahli dropship Jamumall

 

1.Banyak pilihan produk

Sama macam yang pertama tadi.Ada 100 dan lebih pilihan produk.Pilih sesuka hati kita.

2.Harga diskaun 20 peratus

Mana lagi mahu cari.Kalau harga retail RM10.00 tentulah kita dapat beli dengan harga ahli RM8.00.Sudah ada untung dalam tangan iaitu RM2.00.Lepas itu kita jual balik kepada pembeli dengan harga RM15.0 .Agak-agak berapa beruntung.

3.Notifikasi email dan sms 

Jamumall mempunyai sistem yang cukup baik.Setiap item produk yang kita order akan menerima notifikasi terus ke telefon.Jadi tidak timbul  isu overlook sekiranya kita sibuk.

4.Pos Laju

Penghantaran hari yang sama dengan POSLAJU bersama Tracking Number.Inilah peluang keemasan yang ditunggukan oleh ahli dropship yang berminat.Cepat dan pantas.Perlu saya ingatkan juga kalau anda berada di kawasan pendalaman memang akan jadi pos kurang laju.

5.Marketing Plan 

Saya yakin marketing plan yang ditawarkan memang menarik.Perkara ini akan menaikkan semangat ahli sebagai cara cari duit cepat.Tinggi jualan maka tinggi jugalah untung.Jamumall dah bagi platform kerja sambilan di rumah Malaysia.

6.Bantuan penuh

Sekiranya ada ahli dropship menghadapi masalah jangan risau.Mereka boleh membantu denngan mesra dan cepat. Boleh sahaja hubungi di  TALIAN 03-3358 1759 atau EMEL support@jamumall.com

Baiklah.

Sekarang kita sudah tahu beza affiliate dan dropship di Jamumall.Namun ada perkara yang lebih penting lagi iaitu strategi promosi.

Strategi promosi

 

Bisnes tanpa promosi tidak akan bergerak.Jadi saya nak kongsikan beberapa teknik promosi yang boleh menghasilkan jualan supaya kita buat duit dari affiliate atau dropship

1.Bina blog/website

Blog sangat berkesan kerana medium promosi yang percuma,mudah dan menarik.Sebab itu affiliate adalah cara buat duit dengan blog.Bina blog yang simple namun berupaya untuk berada di carian utama Google.Ambik masa tetapi berbaloi-baloi.

Bina blog boleh secara percuma atau berbayar.Terpulang kepada anda untuk memilih mengikut bajet.Ada bajet lebih boleh membeli domain,hosting,template dan plug in yang sesuai.

Kandungan blog atau konten boleh ditulis sendiri.Upah orang lain pun boleh.Biasanya konten blog berupa copywriting yang menerangkan ciri-ciri produk,testimoni dan sebagainya.

2.Landing page

Ada pelbagai nama.Yang biasa saya gelar ialah minisite.Selain itu ada orang kata sebagai page sqeeuece.Tujuan utama landing page sama seperti blog.

Cuma landing lebih ringkas dan padat.Selebihnya akan membawa pembaca untuk menghubungi kita sekiranya berminat membeli produk.Nak guna whatsapp atau email.Dua-dua pun boleh.

3.Mailing List

Ia adalah senjata promosi yang cukup lejen.Sebelum zaman media sosial mailing list sudah digunakan dalam bidang pemasaran internet.Bahkan ada  internet marketer yang kata mailing List adalah money piping.

Proses mendapatkan mailing tidak semudah yang disangkakan.Kalau nak cepat, boleh beli dari pihak tertentu.Saya tidak galakkan kerana belum pasti mereka targeted prospek

4.Google Adword

Untuk memudahkan para pencari maklumat kita menggunakan  iklan Google.Istilah rumitnya ialah SEM atau Search Engine Marketing.Kita keluarkan bajet untuk meletak laman blog/website kita pada halaman utama Google.

Baru-baru ini saya ada ternampak bidaan untuk kata kunci dalam Google Adword mencecah RM10 untuk satu klik.Saya memang tak sanggup kalau sekadar untung jualan produk RM10.

5.Facebook Ad

Iklan di Facebook sangat berkesan.Ramai yang lepak di Facebook  dan mereka termasuk dalam senarai target prospek.Cuma perlu keluarkan kos untuk melakukan promosi di Facebook.Kalau nak lebih advanced lagi saya galakkan pembaca untuk dapatkan Fanpage Superstar

Jangan risau.Sebagai orang bisnes atau orang yang kerja di rumah anggap sahaja modal untuk memajukan ekonomi diri sendiri.

6.Facebook peribadi

Promosi melalui wall Facebook juga tidak salah.Cuma kurang berkesan kerana sistem Facebook itu sendiri.Bahkan rakan-rakan yang kurang senang dengan cara kita membuat iklan hardselling.

Sebetulnya buat hubungan kawan dahulu dan pastikan rakan-rakan suka dengan kita.Jangankan produk bisnes, link blog pun orang tak suka nak like.

7.Group Facebook

Kesannya sama seperti nombor 6.Kita buat promosi dalam group Facebook yang ada keahlian 10K.Selepas itu tengok berapa orang yang akan like.Biasanya seorang dua dan selebihnya kosong.

Maksudnya group Facebook bukanlah medium promosi yang terbaik.Namun boleh dicuba daripada berpeluk tubuh sahaja.

8.Group Whatsapp

Saya banyak menyertai group Whatsapp yang berciri-ciri bisnes dan iklan.Hari-hari mesej penuh dengan iklan  dari pelbagai produk dan perkhidmatan.

Pesanan saya ialah kita boleh gunakan promosi di group Whatsapp yang memang kaki bisnes.

Jangan pula macam saya yang kena remove dari group whatsapp famili gara-gara selalu promote link blog.Saya tak marah sebab saya yang salah.Lagipun tak ramai yang suka membaca blog.

9.Akaun Instagram

Sejujurnya saya suka instagram kerana paparan imej yang jelas di telefon.Jadi sebagai orang yang ada membuat bisnes dengan Jamumall apalah salahnya postkan gambar produk berserta diri kita sendiri.

Jika nak lebih mahir dan profesional di Instagram saya galakan anda dapatkan satu software iaitu Gramkosh.Gerenti gempak punya.Percayalah dan tak tipu punya.

10.Akaun Youtube

Tak semua yang berminat membaca.Lebih-lebih lagi kalau konten yang saya tulis ini.Panjang dan meleret-leret.Saya tulis blog pun berjam-jam lamanya.

Ok.Kita sambung semula.

Video Youtube boleh kita muat turun dan muat naik semla dengan meletakkan link promosi atau link blog.Sebelum itu cuba pastikan hak milik video tersebut sama hak milik terpelihara atau  awam.

Cara yang terbaik ialah buat video sendiri yang kreatif dan menarik.Lepas itu boleh dikongsikan dalam media sosial yang lain.

Penutupnya

 

Saya harap pembaca sudah jelas kerja sambilan di rumah.Boleh cuba dan jangan lupa untuk selidiki sendiri di >>>Saya Nak.

Sekian.

Salam hormat

mrhanafi

p/s: Akhir kata terima kasih tak terhingga buat pembaca semua dan jangan lupa pilih satu atau semua dibawah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

(Visited 212 times, 1 visits today)

42 thoughts on “Panduan Cari Duit Tambahan Di Jamumall.com”

  1. Curious kenapa web tu memilih nama jamumall , walaupun , pada konsepnya , web tu cover produk-produk kecantikan , bukan mengkhusus pada jamu semata-mata.

  2. Memang pun… Saya yang housewife ni pun buat bisnes nak kene tolong husband support tanggungan… Makin lama ekonomi makin menakutkan…

  3. Baru tahu pasal JamuMall ni. Didie Alias & Serina Redzuwan pun jadi jurucakap bagi promo website ini. Nanti GV ingat nak spend satu masa nak wat macam2x affiliate. huhu.

    1. GV digalakkan cuba..

      mana tahu boleh menjadi dan adalah income masuk..

      pengalaman saya sendiri..orang tak kisah kalau tengok link yang diiklankan..

      tetapi mereka akan bertindak jika disuruh klik..(tip dalam affiliate)

  4. Kene hati hati sikit jual kosmetik n jamu jamu ni..pastikan berdaftar dengan kkm baru promot..kalau x boleh kene saman Oo..

    Jual ubat n kosmetik ni banyak law perlu patuh..law ubat..law iklan..macam-mcam..takut nt kne saman dengan kkm pulak sebab claim yang bukan2..pastikan tau apa yg boleh dan ape yg tak boleh baru buat..

    Sekadar peringatan.. 🙂
    thehaikal recently posted…Pendapatan Blog Bulan Julai 2017My Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge