Peluang pekerjaan masa depan memang menjadi teka-teki sama ada semakin luas atau semakin terhad. Melihat kepada senario semasa, teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah semakin berleluasa.
Sudah tentu menimbulkan kebimbangan dan rasa kurang selamat kepada sesiapa sahaja. Baik golongan mak ayah seperti saya atau golongan Z seperti anak saya.
Sesiapa yang tidak menguasai teknologi AI umpama sudah ketinggalan perahu. Orang sudah ke hulu tetapi mereka seperti mudik ke hilir. Dalam bahasa lainnya orang lain bergerak ke depan tetapi mereka mengundur ke belakang.
Tapi jangan salahkan mereka kerana ia satu pilihan dan bukan kemestian.
Table of Contents
Peluang pekerjaan masa depan
Baru-baru ini saya ada terbaca kenyataan daripada Bill Gates yang mengatakan ada jenis tiga pekerjaan yang mungkin masih relevan dan kalis perubahan revolusi AI.
Beliau menekankan bahawa walaupun AI akan mengubah landskap pekerjaan, peranan yang memerlukan kreativiti manusia, empati, dan pembuatan keputusan yang kompleks seperti pekerjaan di bawah ini :
1.Jururawat
Jururawat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem penjagaan kesihatan moden. Sama ada di hospital, klinik, atau pusat kesihatan komuniti, jururawat sentiasa berada di barisan hadapan untuk memberikan rawatan dan penjagaan terbaik kepada pesakit.
Golongan wanita biasa jadi jururawat kerana sifat yang lemah lembut, cantik dan menarik. Walaupun kaum lelaki memang ada menceburi bidang kejururawatan.
Mereka ialah profesional kesihatan yang terlatih untuk memberikan penjagaan kepada pesakit dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia.
Jururawat berperanan penting dalam memastikan pesakit menerima rawatan yang selamat, berkualiti dan penuh berperikemanusiaan.
Antara tugas utama seorang jururawat termasuk:
- Memberi ubat dan rawatan mengikut jadual
- Memantau keadaan pesakit secara berkala
- Membantu doktor dalam prosedur perubatan
- Memberikan sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
- Mendidik pesakit tentang penjagaan kesihatan kendiri
Tugas ini memerlukan kemahiran teknikal, kepakaran klinikal serta empati yang tinggi dan yang pasti tidak mungkin diambil alih oleh AI.
Dalam dunia perubatan, jururawat bukan sekadar pembantu doktor. Mereka ialah penghubung antara pesakit dan pasukan perubatan.
Tanpa jururawat, proses rawatan akan menjadi lebih lambat dan kurang berkesan. Malah, semasa pandemik COVID-19, kita telah melihat betapa pentingnya kehadiran jururawat dalam menyelamatkan nyawa.
2.Cikgu
Cikgu bukan sekadar mengajar di dalam kelas. Mereka adalah insan yang membentuk masa depan negara melalui ilmu, bimbingan dan kasih sayang. Dari A-B-C hingga nilai kehidupan, semuanya bermula dengan seorang cikgu.
Setiap hari, cikgu datang ke sekolah dengan satu tujuan – memastikan pelajar mereka berjaya.
Mereka mendidik, membimbing, dan memberi inspirasi tanpa mengharapkan balasan yang besar. Dalam diam dan tanpa sedar, mereka menjadi ibu dan ayah kedua kepada anak-anak di sekolah.
Peranan tersebut AI tidak mampu ambil alih.
Bagaimana pun cabaran cikgu hari ini semakin kompleks – teknologi, disiplin pelajar, dan beban kerja yang makin bertambah. Namun semangat mereka tetap kuat, kerana mereka percaya satu perkara: setiap murid berhak untuk berjaya.
Sebagai masyarakat, kita wajar menghargai jasa cikgu. Tanpa mereka, tiada doktor, jurutera, peguam – atau apa jua profesion yang kita banggakan hari ini.
Kalau tidak masakan ada Hari Guru.
3.Pengurus strategik
Kalau kita dengar perkataan pengurus strategik, ramai yang mungkin bayangkan seseorang yang berpakaian kemas, duduk di pejabat berhawa dingin sambil bagi arahan sana-sini.
Hakikatnya, peranan pengurus strategik jauh lebih mencabar daripada itu.
Sebagai seorang yang pernah berurusan dengan pelbagai jenis organisasi, saya boleh katakan bahawa pengurus strategik adalah otak di sebalik setiap kejayaan syarikat.
Istilah lainnya CEO atau Ketua Pengarah dalam organisasi kerajaan.
Mereka bukan saja merancang hala tuju jangka panjang, tapi juga memastikan setiap langkah dalam syarikat selari dengan matlamat utama. Bukan mudah dan sebab itu diberi upah lumayan setimpal dengan tanggungjawab dan amanah
Pendek kata, pengurus strategik ini kena fikir big picture — sambil ambil kira cabaran semasa, tren pasaran, pesaing, dan juga kekuatan dalaman syarikat sendiri.
Apa yang menarik, bukan semua orang sesuai jadi pengurus strategik.
Selain kena bijak buat keputusan, mereka juga perlu ada daya kepimpinan, pemikiran analitik, dan satu lagi yang sangat penting — intuisi bisnes.
Kadang-kadang keputusan terbaik bukan datang dari data semata-mata, tapi dari pengalaman dan rasa ‘masak’ dalam dunia korporat.
Kesimpulan

Jangan takut dengan masa depan kerana rezeki itu Allah SWT yang kurniakan. Peluang masa yang ada ketika ini gunakan untuk menambah ilmu sebanyak mampu dan asah kemahiran semampu yang perlu.
Dalam masa yang sama perkukuhkan iman dan takwa kerana itu sahaja jalan terbaik mencapai kejayaan baik di dunia mahupun akhirat.
Semoga bermanfaat dan keep in touch.



AI secara peribadi pun akan mewujudkan banya peluang pekerjaan yang baharu. Sebelum wujud pekerjaan2 tersebut, akan ada pekerjaan2 sedia ada yang perlu dijadikan korban. Begitu lah give and take
Pencari Info recently posted…Idea Hadiah Hari Lahir
Ya..tidak dinafikan juga
cuma pekerjaan zaman AI tidak banyak guna tenaga seperti dulu-dulu
mujurlah AI x akan dpt mengambilalih tugasan cikgu spt sy ni.
abam kie recently posted…Pandangan peribadi saya tentang hutang.
Kan Abam Kie
kerjaya cikgu akan kekal sampai bila-bila
betul jururawat mmg sgt diperlukan sbb setiap hari ada org sakit & kalau ada sijil bertauliah, boleh apply private nurse utk specialist & gaji lumayan
untuk mereka yang berminat…antara jawatan yang menarik kerana memberi imbuhan tinggi
Bener banget sih, AI emang makin canggih, tapi tetep nggak bisa gantiin sentuhan manusia dalam banyak profesi.
Jururawat, guru, dan CEO tuh nggak cuma soal skill, tapi juga hati dan pengalaman. Yang penting kita terus belajar dan adaptasi biar nggak ketinggalan zaman.
tidak juga mustahil suatu hari nanti…AI akan diganti sesuatu yang lebih canggih
sama-sama kita tunggu zaman tersebut
terima kasih atas perkongsian nyer 😉
sama-sama
moga bermanfaat untuk kita semua
jururawat…a.i mampu gantikan jika seperti movie Elysium
chatgpt…adalah pre-cikgu hehe
yang akan bertahan…operator/pengaturcara/technician bidang a.i mungkin terjamin
Snapbackpcker recently posted…10 Pantai Terbaik di Terengganu yang Wajib Anda Kunjungi
ada betul juga
tetapi AI tidak mampu ganti sentuhan manusia terutama melibatkan hati dan perasaan
kerja doktor or pakar kesihatan pun AI tak boleh ambil alih….😁
pakar bedah pun sama tetapi analisis kesihatan boleh guna AI juga
betul nih, 3 pekerjaan di atas, saya masih bisa melihat agak susah diganti oleh AI.
dulu bos saya juga pernah cakap, kalo pekerjaan yg melibatkan emosi susah utk tergantikan. contohnya pekerjaan di bidang pelayanan umum. mungkin AI bisa ambil alih utk bbrp job desk, tp macam service yg diberikan dari hati kepada customers, itu susah. Krn AI tak mengerti emosi manusia.
jadi bisa saja banyak orang yg akan setia ke suatu company jika dia merasa pelayanannya lebih baik
fanny_dcatqueen recently posted…KULINER YOGYAKARTA: KANDANG INGKUNG, MENIKMATI ALAM DENGAN HIDANGAN KAMPUNG
Kerja-kerja teknikal pun AI tak boleh ambik seperti pomen kereta atau buruh bangunan
cuma kerja yang melibatkan idea kreatif seperti komposer, produser dan sebagai boleh take over
suatu hari nanti …tidak perlu lagi pelakon kerana watak dalam filem boleh guna AI
Ada juga kerja yang walaupun AI tak gantikan, tetap berkurang juga. contoh, security. Teknologi seperti kamera cctv, dron digunakan. Jadi, tak perlu kakitangan yang ramai lagi, sebab boleh pantau dari satu tempat je. Sudah pun berlaku, tapi saya tak dapat sebut company apa.
Itulah teknologi masa kini.
banyak kerja boleh diganti AI dan banyak juga penjimatan kos untuk kurang jumlah pekerja nie