Pendapatan Youtuber Malaysia lumayan berbanding Blogger

Pendapatan Youtuber yang lumayan hangat diperkatakan di Malaysia.Ramai yang terbeliak biji mata dan pasang niat untuk menjadi Youtuber berbanding profesion sebagai blogger.

Baru-baru ini saya spend time and energy hampir separuh hari untuk mengkaji bagaimana Youtuber menghasilkan konten untuk Youtube dan cara mereka menjana pendapatan.

Bukan mudah dan bukan juga susah.Pokoknya ada konten yang memberi manfaat kepada follower dan penonton video tersebut.

Syarat minimum ialah akaun Youtube mesti ada 1000 subcriber dan 4 ribu jam tontonan dalam masa setahun selepas dinilai oleh pihak Google.Selepas itu barulah layak mendapat iklan dan mula menjana wang.

Pendapatan Youtuber

Eh ! Bagaimana pula dengan blogger ?

Adakah mereka boleh menjana pendapatan yang lumayan seperti Youtuber ?

Jika tanya saya, tentulah saya jawap belum masanya.Berdasarkan pengalaman sendiri saya belum lagi memperolehi pendapatan lumayan dari blog.

Alhamdulillah walaupun rezeki berbentuk duit belum lumayan ,saya tetap dapat rezeki hati yang gembira dan lapang dada.

WAJIB BACA :   7 artikel yang tidak disukai pembaca seluruh pelosok dunia

Adakah saya susah hati dan menyesal ?

Yang ini saya boleh jawap dengan yakin.Mestilah tidak.Saya suka menulis dan berkongsi kebaikan untuk para pembaca.Saya gembira melakukan apa yang saya suka.

Pelik tetapi benar.

Ada atau tidak pendapatan lumayan seperti Youtuber saya tetap menulis dan menulis sebagai blogger.Sebab menulis itu satu hiburan selepas seharian penat bekerja.

Pernah rakan sekerja melontar pendapat mereka.

“Rugi la menulis artikel untuk blog yang tidak menghasilkan duit”

Pada mulanya memang ada rasa begitu.Bayangkan begitu banyak masa untuk menulis, mencari idea, menyelidik katakunci SEO dan menyusun fakta untuk digabung jalin menjadi sebuah artikel.

Lama-kelamaan perasaan itu hilang dengan sendirinya.

Kekadang ada rasa ‘cemburu positif’ apabila mendengar cerita Youtuber menjana pendapatan lumayan setiap bulan.Namun hati bisa dipujuk bahawa rezeki masing-masing, buat apa mahu runsing.

Kita tinggalkan kisah begitu.Saya kongsikan tiga ilmu yang sangat bagus ini untuk kita mendapat rezeki yang melimpah ruah.

Ilmu ini saya perolehi dari Motivator Magnet Rezeki yakni Pak Nasrullah.Sekarang cukup popular di Indonesia.

WAJIB BACA :   Perbaharui domain blog dengan NetKL Network

Kita jaga tiga perkara ini.In shaa Allah rezeki akan lancar dan mencurah-curah tidak kira kita Blogger atau Youtuber.

Tanamkan dalam hati bahawa rezeki, duit dan hidup senang bukan dari Google atau Facebok .Semua ini datang dari Allah SWT.Pekerjaan atau bisnes cumalah asbab rezeki sahaja.

Yang utama dan yang penting adalah perkara berikut:

Pertama : Positive Thinking

Fikir yang baik-baik akan dapat yang baik-baik.Selalu husnuzon kepada Allah.

Misalnya blogger pun boleh menjana pendapatan lumayan setiap bulan.

Gambang ini kalau kita yakin sama Allah.Cumanya amalan wajib jangan tinggal dan amalan sunat perbanyakkan.Mudah-mudahan jadi insan yang bertakwa dan beriman.

Orang bertakwa mudah menjadi rezeki yang tidak disangka-sangka.

In shaa Allah.Aamiin

tahun 2018

Kedua : Positive feeling

Berkait rapat dengan emosi.Orang tenang hatinya mudah mendapat rezeki.

Sebab apa ?

Sebab hati yang tenang memancar energi positif yang tinggi.Energi ini akan menarik rezeki berupa wang yang banyak, kekayaan dan kemewahan.Semua ini bersifat energy yang tinggi.

WAJIB BACA :   Ada apa dengan blog mrhanafi.com

Orang Islam sangat beruntung kerana mudah untuk dapat ketenangan jiwa dan emosi.Syaratnya ingat Allah banyak-banyak dan selalu berzikir.

Buatlah dalam solat atau luar solat.

Ketiga : Positive motivation

Jadikan diri sendiri bermotivasi untuk membuat kebaikan.Cari dan kejar peluang untuk memulia dan membahagiakan orang lain.

Beri motivasi kepada orang lain untuk bahagia dan gembira.

Itu sahaja sudah cukup untuk memberi curahan rezeki kepada pelakunya.

Lagi ramai bahagia maka lagi besarlah rezeki yang kita terima.

Contoh mudah.

Siapa yang mempunyai subscribe paling ramai atau viewer paling tinggi di Youtube berpotensi besar mendapat pendapatan yang lumayan.

Mereka suka.Mereka gembira.Pemilik akuan dapat rezeki yang lumayan.

Penutup

Ya, saya bisa juga menjadi Youtuber walaupn kekal sebagai blogger.Bahkan tidak sukar menggabungkan kedua platform ini semata-mata untuk berkongsi manfaat kepada orang lain.

Blogger rasanya lebih beruntung berbanding Youtuber kerana dalam blog boleh masukkan video dari Youtube.

Apapaun saya tetap pilih menjadi blogger dan mungkin juga menjadi Youtuber setelah yakin dapat berkongsi sesuatu yang lebih menarik buat follower semua.

Jom share ramai-ramai dan boleh juga subcribe chanel Youtube saya di SINI. 

Comments 16

Leave a Reply to atieyusof Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge