Menikmati rasa bahagia dan sebarkan #PeaceForArakan

Rasa bahagia adalah keperluan.Bukan kehendak.Bukan pilihan.Memang keperluan untuk mereka yang ingin menikmati hidup penuh bermakna di alam yang singkat ini.

Seperti kebiasaan selepas menunaikan solat Zuhur di surau berdekatan, saya jalan-jalan.Saya mengambil kesempatan untuk perhatikan gelagat manusia.

Saya belajar tentang kehidupan melalui karenah manusia.Belajar tentang perasaan, mood dan cara berfikir mereka.

Ehem..lagi seronok kalau perhatikan gelagat awek cantik ( gurau jelah).

Tatkala saya melalui satu tempat.Saya terlihat sekumpulan manusia.Mereka sedang berehat.Ada yang masih menikmati makan tengah hari.

Mereka yang bekerja di kawasan berdekatan.Jelas kelihatan di muka keletihan.Kesan sunburn matahari menjadi bukti bahawa mereka sudah terdedah begitu lama bekerja di luar.

WAJIB BACA :   Ais Batu Campur Spesial Penyejuk Hati

Mereka bekerja keras.Mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga.Mencari rezeki untuk survival.

Persoalan bermain dalam benak fikiran saya ialah adakah mereka bahagia menikmati hidup sebegitu.Mungkin bukan tindakan bijak jika saya bertanya kepada mereka apa erti kebahagiaan pada ketika itu.

Saya mengalih perhatian kepada diri sendiri.Saya cukup beruntung dan bertuah.Saya bekerja tidak kena panasnya terik matahari.Saya bekerja tidak stress.Saya bekerja tidak perlu ke pejabat walaupun di pejabat sudah tersedia tempat khas.

Pada masa lalu, saya pernah melalui kerja-kerja yang sukar, stress dan meletihkan.Pengalaman masa lalu tidak perlu dikenang lagi.Lupakan rasa sedih dan hilangkan rasa ketakutan.

Cukuplah pada masa kini saya menikmati rasa bahagia.Rasa tenang dan rasa gembira.Saya mengerti betapa rencana Allah itu begitu indah sekali.Saya bersyukur tanpa henti dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi nikmat bahagia.

WAJIB BACA :   Surat Terbuka Untuk Pengundi Malaysia

Semoga kita sama-sama berasa bahagia melewati kehidupan dunia yang singkat untuk menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Dalam pada kita gembira, bahagia dan suka, tolonglah ya terbitkan juga perasaan tersebut kepada saudara kita Kem Arakan.

Alhamdulillah.

Saya berpeluang menonton live Facebook bersama Tuan Afnan Rosli 

Beliau dengan DR  Taufiq Razif dan Ustaz Hakim Mohd Nor

Mereka yang baru sahaja balik dari Myanmar telah meceritakan keadaan masyarakat di Kem Arakan.Mereka terkepung dan dinafikan hak kerakyatan di tanahair sendiri.

Kem Arakan ini dikawal ketat oleh tentera.Penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan tersebut selepas pukul 6 petang setiap hari.

Mereka kini bergelut untuk hidup.Tiada makanan yang mencukupi.Pakaian tidak mencukupi dan tempat tinggal yang sangat dhaif dan yang paling mengerikan masih trauma dengan kezaliman pembersihan etnik.

WAJIB BACA :   Cerita Orang Makan Di Bulan Puasa Yang Mengejutkan

Kisah hidup tahanan Kem Arakan boleh kita ketahui melalui hasil perkongsian mereka ini.

Comments 6

Leave a Reply to anies Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge