Roti Paun Dan Roti Bun Buat Saya Keliru Seketika

Roti Paun Dan Roti Bun.Berbeza atau tidak.Puas saya menerokai memori.Saya keliru dan buntu.Perkara kecil sahaja.Tak akan la tak tahu beza antara roti paun dengan roti bun.

Roti paun juga dikenali sebagai roti paung sama ada roti paung Kuala Terengganu,roti paung che wan,roti paung Dungun dan roti paung Marang.

Nama sahaja berbeza namun bahan asasnya tetap sama iaitu tepung gandum.Yang penting roti paun atau roti bun lebih sihat dimakan berbanding cucur pisang atau nasi goreng kerana tidak berminyak.

roti paun

Lain tempat lain sebutannya.Salah sebutan nak ketawa ke.Siapa yang nak ketawa tu?.

Ketawa la puas-puas.Biar puas hati.Sekurang kurangnya kisah ini menceriakan hati dan perasaan kalian.

Isteri: Tolong beli roti paun.

Saya : okay tapi kedai belum buka.

Isteri :carilah mana-mana kedai yang dah buka.

Saya : Okay.Saya blah dulu.

Sampai di kedai roti (nama dirahsiakan) saya terus bertanya gadis bekerja kat di situ.

Saya : Roti paun ada jual tak?

Gadis: Ada.Tu atas rak.

Saya: terima kasih.

Harga semasa satu bungkus RM2.70.Kira belum mahal sangat.Saya beli untuk dijadikan sarapan pagi.Maaf untuk sarapan orang rumah.Saya berpuasa ketika konten ini ditulis,

Dalam perjalanan pulang hati saya was-was.Betulkah roti yang saya beli itu roti paun.Sebab saya keliru dengan roti bun.

Roti bun yang saya tahu adalah roti yang berinti sama ada kacang hitam,mentega atau seri kaya.Fikiran saya juga menyatakan roti bun adalah roti paun.

Rupa rupa roti paun adalah bread atau bread sandwich.Betul-betul keliru saya dibuatnya.

Siapa yang dah keliru ?

Jika keliru saya ada jawapan yang boleh menjelaskanya.Boleh baca sahaja >> ebook Bisnes Bakeri

Tahu tak roti paun boleh buat sendiri.Lagi sedap dan lembut dan lagi gebu.

Kalau anak anak Makcik yang cantik manis manis nak cuba buat sendiri paun boleh salin resepi nie.Cuba buat.Mana tahu menjadi jadi.Boleh makan sendiri atau jadi sumber pendapatan melalui Bisnes Bakeri

Nanti dah kahwin senang nak hidang roti paun pada suami tercinta.Hidang panas panas kepada suami selepas balik kerja.

Sebab itu cinta suami tidak akan beralih arah.Pahala pun dapat kerana melayan suami kelas pertama.Tak akan la tak nak kot.

Para isteti mesti ingat.Dua perkara sahaja yang membolehkan isteri masuk syurga tanpa susah payah iaitu solat 5 waktu dan taat kepada suami.

Semudah itu.Malah lebih mudah untuk membuat roti paun buatan sendiri.Bagaimanapun perkara akhirat ada orang tak kisah pun.

Itu terpulanglah kepada budi bicara sendiri.Apa yang pasti saya kongsi juga informasi ini sebelum kita belajar dan membuat roti paun.

Petua ajaib elak nasi hangit ini saya jumpa dalam sebuah majalah yang popular di Malaysia.Saya rasa wajar dikongsikan dalam blog ini.

Kita hari-hari makan nasi.Ada yang tak makan nasi.Namun paling lama tak makan nasi pun 3 hari.Jadi nasi sudah  menjadi sebahagian dalam kehidupan kita.

Petua ini amat berguna kepada golongan  surirumah,tukang urut masak dan sesiapa sahaja yang memang akan masak nasi.

Saya pernah masak nasi di tempat kerja ( bukan chef) dan menghadapi masalah nasi hangit.Walaupun kes terpencil dan jarang-jarang berlaku kita mesti mengelakkannya sedaya mungkin.

Sekiranya anda ingin nasi lebih sedap bacalah Bismillah dan selawat 3 kali.Amalan ini bukan sahaja dapat masakan yang sedap tetapi dalam masa yang sama kita dapat pahala dengan mudah.

Caranya mudah sahaja.Ambil sudu kecil marjerin dan letakkan dalam periuk.Selepas itu masak seperti biasa.Insya Allah nasi akan masak sempurna.

Ini pula petua untuk merangupkan jering.Memang tidak berkaitan dengan roti paun yang berinti mentega tetapi masih juga berada di dapur.

Info ini tentang petua pelik rangkupkan jering tua.Tentu sangat berguna kepada mereka kaki ulam-ulaman.Tak dinafikan ada ketikanya kita mendapatkan jering yang sudah tua.

Jering yang sudah berumur itu adanya  bermasalah.Rasanya tidak sedap..Jangan dibuang.

Jering tua perlu ditanam dalam tanah selama 3 hari.Jika tak jumpa tanah boleh guna pasir.Bila dah cukup tempoh ambik dan cuci sebersihnya.

Insya Allah jering tua tersebut akan menjadi ranggup dan menjadikan ulam ulaman anda dan selamat mencuba.

Sekarang dah tiba masanya untuk belajar membuat roti puan sendiri.Terima kasih kerana pencipta resepi.Saya dah bagi kredit kepada sumbernya.

Ada banyak pilihan resepi kerana pembaca boleh pilih sendiri mana yang sesuai atau berkenan.Kalau saya berkenan nak makan sahaja.Jadi kepada sang suami hargai isteri anda yang rajin buat roti paun.

resepi roti paun

Resepi Roti Paun

Bahan-Bahan:

6 cawan tepung gandum
1 ¾ cawan susu cair/susu segar
¾ cawan gula halus
1 paket (11 gm) yis
3 biji telur
¼ cawan mentega, dicairkan
sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:

1. Campurkan susu cair atau susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.

2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.

3. Masukkan tepung ke dalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati. Boleh juga guna mixer dan uli dengan tangan.

4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.

5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat (timbang 65 gm, dapat 20 ketul).

6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.

7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.

8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang.

Kredit : Sumber

Resepi roti bantal

BAHAN-BAHAN resepi menggunakan roti bantal :

  • 1 ½ cawan air
  • 2 camca besar minyak (minyak canola untuk kjee. Apa2 minyak hendaklah)
  • 2 camca besar gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 camca besar susu Kering
  • 4 cawan tepung roti
  • 1 ½ camca teh yis (2½ sudu jika menggunakan program ini dengan serta-merta)

Bagaimana untuk membuat resipi roti paun bantal :

  1. Mengukur semua bahan-bahan. Kemudian masukkan air dan minyak terpakai.
  2. Kemudian masukkan semua bahan kering kecuali yis. Yis akan dimasukkan di dalam hidangan. Tidak dikenakan air atau minyak.
  3. masak 4 untuk memilih atur cara itu dengan serta-merta.
  4. Maka perlu tunggu hingga akhir program ini, dua jam kemudian, anda akan dapat menikmati roti Panas!

kredit : sumber

Roti bantal sedap

Adunan Roti
500gm tepung roti(high protein)
220ml air suam
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan simpan sedikit untuk digliskan pada roti) )
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2  sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
3 sudu besar buahan campuran kering

2 sudu besar ceri merah cincang
2 sudu besar ceri hijau cincang
2 sudu besar kismis
2 sudu besar badam cincang
4 sudu besar water roux

(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)
Untuk Sapuan
Lebihan telur
Sedikit susu segar
Parutan ceddar

1. masuk semua bahan adunan roti tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).

2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.

3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan dan uli semula.  Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.

4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan masukkan adunan ke dalam bekas roti paung yang telah dialas dengan kertas minyak.dan biarkan selama 40 – 60 minit.(bergantung pada suhu sekitar).  Apabila roti sudah mengembang sapu permukaan atas roti dengan sedikit lebihan telur yang telah bercampur dengan sedikit susu segar atau cair. dan taburkan parutan cedar di atasnya.

5. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180 – 200C dan bakar selama 25 – 30  minit dan bila masak keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.

kredit : Sumber

Resepi roti paun yang lembut dan gebu

Roti Asas

1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih

2. Telur dipukul sedikit

3. Campurkan susu pekat, gula , planta  dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati

4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)

5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.

6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin

7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas

8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda

9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c

10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.

Kredit : Sumber

Resepi roti paun plan

Bahan-bahannya (dpt 18 biji….bergantung pd saiz )

  • 6 cawan tepung gandum – guna tepung roti
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan – pakai marjerin je…
  • sedikit pewarna kuning – sy tak letak

Cara-caranya

1. Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.

2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.

3. Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.

4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.

5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(sy buat doh dlm 60 gm je)

6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.

7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.

kredit: sumber

Resepi roti naik Pahang

Roti Naik Pahang
kredit : Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening
500 gm tepung gandum
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung
Cara cara:

Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.

Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.

Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata.
Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli.
Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.
Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit.
Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 – 45 minit.Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.
 Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.

Roti paun manis

Resepi roti paun manis lembut dan gebu

Bahan bahan :
6 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu suam
3/4 cawan gula
11g yis
3 biji telur (saiz A)
1/4 cawan mentega

Cara-cara

Dalam satu bekas besar campurkan yis dan 1/2 cawan susu suam. Biarkan sepuluh minit atau sehingga keluar buih buih. Masukkan baki 1 cawan susu, gula dan telur. Kacau perlahan sampai gula agak larut. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati. Masukkan baki tiga cawan tepung dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau masih melekit, tambah tepung secukupnya.

Sapu sedikit minyak pada mangkuk dan masukkan adunan ke dalam tu. Letak, lepas tu terbalikkan supaya kedua belah permukaan kena minyak. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama sejam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.

Bila dah naik. Tumbuk tumbuk. Lepas tu bentukkan. Masukkan ke dalam bekas yang nak bakar tu. Biarkan sampai naik lagi. Gris dengan campuran susu+telur ke atas doh dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 20-30 minit.

(Aku just ambik sikit telur dari telur yang guna dalam doh tu. Tak kuasa nak ambik sebijik lagi.. Bukan guna banyak pun..)

kredit : Sumber

Kalau masih tak faham juga dengan membaca resepi bertulis, anak-anak Makcik boleh belajar dari Youtube.

Sebelum itu saya nak minta tolong pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan kepada saya.

Akhir kata terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

Sumber rujukan :

1.Panduan Jana Pendapatan Pasif 

2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

3.Panduan Dapat Duit Cepat

4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook

5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki

6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram

(Visited 96 times, 1 visits today)

20 thoughts on “Roti Paun Dan Roti Bun Buat Saya Keliru Seketika”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge