Tamsilan Cerita Budak Kecil Nak Beli Kereta

Admin menoleh kepada satu keluarga bahagia.Anak dua dan sepasang suami isteri.Ketika melintas mereka admin terdengar anak yang sulung berkata sesuatu kepada ayahnya.

” Saya mahu beli kereta itu ! ” sambil dia menunding jari ke sebuah kereta  Waja yang parking tepi jalan.

Si ayah pula tidak berkata apa-apa manakala si ibu terus memberi komen untuk anaknya.

” Kalau nak beli kereta begitu, belajar la rajin-rajin supaya jadi pandai”

Setelah admin berlalu pergi,barulah admin sedar mereka cuma menunggang motosikal sebagai pengangkutan utama.

Dalam hati berbisik..” keinginan anak kecil tersebut cukup tinggi.Dia mahu mengubah kehidupan.Dari hidup biasa ke lebih baik.”

WAJIB BACA :   Pemikiran Positif Asas Ketenangan Diri

Mengikut jangkaan admin,budak kecil ini belum lagi ke sekolah rendah tetapi Allah SWT bagi ilham untuknya kepada keinginan yang besar dan hebat.

Tak sangka admin turut tersentak.

Realiti kehidupan tanpa memilliki rumah,kereta waima isteri syantik memang getir untuk dilalui menanti hari mendatang.Maknanya admin bermula dari bawah semula untuk naik tangga kehidupan satu persatu dengan tabah.

Comments 26

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge