The Sibling Band bukan sekadar kumpulan muzik biasa; mereka adalah enam beradik berbakat yang mampu menghidupkan pelbagai genre, termasuk keroncong atau lagu klasik.
Sesiapa yang biasa lepak di TikTok sudah tentu menyedari kehadiran kumpulan adik beradik ini.
Mereka menggunakan taglineย “MUSIK YANG HEBAT LAHIR DARI JIWA YANG HEBAT” #bandadikberadik
Saya biasa mengikuti live salah seorang ahli kumpulan iaitu Aimi Batrisyia.
Lagu covernya, โwajahmu di mana-manaโ melekat dalam fikiran.
Suaranya padu dengan pakej kecantikan meletakkan penyanyi ini dikagumi dan mungkin juga diminati ramai jejaka.
@tita.suhaimi Wajahmu Di Mana Mana (COVER) – Azlina Aziz ๐ง๐๐ป #thesiblingsband #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE โฌ original sound – batrisyia
The Sibling Band
@thesiblingsband Wajah Kesayangan Hamba, lagu asal Hail Amir. Majlis Perkahwinan Azizi dan Fatin | 13.07.2024 | Dewan Orkid Wisma PKPS, Shah Alam. Menampilkan pemuzik hebat @aqlannn selaku pemain perkusi. Vocalist @Tok Abah Bassist @batrisyia 2nd Vocalist @dato jia Accordionist @affhaikal.suhaimi Guitarist @hazimsuhaimii #thesiblingsband #fyp #wedding #livebandkl #livebandmelaka #musiktradisional โฌ Wajah Kesayangan Hamba – THE SIBLINGS BAND
Anggota lainya The Sibling Band terdiri daripada Aimi Zulaikha, Aimi Najihah, Aimi Nabihah, Muhammad Ariff Haikal, dan Muhammad Ariff Hazim.
Mereka memulakan perjalanan muzik secara tidak sengaja sejak kecil dengan bermain alat muzik di rumah.
Dari persembahan kecil di majlis perkahwinan sejak 2012, kini mereka melangkah ke pentas berprestij seperti Dewan Filharmonik Petronas, membuktikan bakat semula jadi yang diwarisi dari keluarga seni.
Menurut ibu selaku pengurus mereka, Intan Noorismazatulaqtar Ismail, anak-anaknya tidak pernah belajar muzik secara formal, tetapi belajar sendiri menggunakan alat muzik seperti biola, gitar, dan keyboard.
Intan tidak mengharapkan mereka menjadi artis rakaman, lebih suka mereka bebas tanpa terikat mana-mana syarikat pengurusan.
Dia berharap kumpulan ini terus bertahan dan berkembang.
Bagi Aimi Nabihah, hubungan rapat antara adik-beradik adalah kunci kejayaan mereka.
Dia berharap The Sibling Band dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menghargai seni, terutamanya muzik tradisional.
Sy pernah tengok persembahan The Siblings ni arcade live Di Majlis kenduri, superb performance ๐๐ป
Kalau tengok langsung…memamng untung la tu
Belum pernah tahu. Ini satu yang menarik kalau 6 beradik boleh berpakat buat band dan mahu menonjolkan diri di public atas rasa “satu minat” yang sama
memang agak rare…6 adik beradik bermain atau terlibat muzik sekali gus
ada bonding yang begitu erat di antara adik beradik. ini yg cukup membanggakan . tahniah kepada ibu bapa mereka
Pencari Info recently posted…Top 3 Crypto Brokers in Malaysia
Bukan senang dan jarang jumpa adik beradik semua minat muzik
yesss sllu tengok kat tt diorang ni! mmg berakat betul!
kan…adik beradik pulak tu..memang jarang jumpa
Saya baru pertama kali dengar nama mereka. Terus jadi nak dengar lagu mereka pula. Nama pun seakan sama je ya.
Pandai ibu dan bapa mereka cadang nama dulu
Banyak nyanyi lagu lama ya, dia orang ni. Saya baru tahu bila Encik Hanafi share, sebab saya tak ada tiktok. Terer la, boleh main muzik walaupun tak pernah belajar secara formal.
Ada juga kat Youtube tetapi orang lain yang share video mereka
Saya takde akaun TikTok. Memang tidak tahu apa-apa.
Saya sarankan tak perlu ada TikTok..
cukup la ada blog untuk dapat info
yang ni ke yg viral aritu buat busking kat bukit bintang?
ada ambil video tak?
saya nak tengok
linda pun salah seorang yang takde tiktok..hihihi…
pernah berangan nak belajar main gitar…mungkin akan datang, mana tahu ada rezeki nanti
Bagus juga kalau tiada Tiktokj…boleh jimat masa
mungkin jika ada free time nanti boleh belajar main gitar
Tak kenal sebab tak layan TikTok. ๐ญ
tidak mengapa tu…
perkara biasa
Apa! Ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik.. Hehe, sekali teringat skrip cerita P. Ramlee, Ibu Mertuaku..
hahaha..
lawak la bro
baru denger ini the siblink band dari tiktok, memang sekarang tiktok sudah menjadi media yang besar, yang menjadikan wadah promosi tiap orang, memperkenalkan musik lewat live ๐
Ya Mas..
mereka sudah lama juga aktif muzik tetapi bukan recording artis
suka dengar lagu2 mrka di TT sbb sedap suaranya.
abam kie recently posted…Patutkan saya membeli Proton S70?
lagu lamakan…memamg cun dengan usia kita sekarang ii
memang sedaaap suaranya didengar ๐๐๐. sukaaa kalo melihat siblings begini saling support, dan sama2 pandai di bidang seni. apalagi bisa buat band bersama.
Ya kan Fanny
tidak semua adik beradik yang mmampu dan sanggup ceburi bidang muzik
Tak pernah tau kewujudan band ni. Terima kasih atas perkongsiannya. Boleh la saya skodeng Tik Tok dem3 nanti bila ada kesempatan.
sama-sama dan moga ia bermanfaat untuk anda semua