Saya akui bukan perkara mudah untuk ubah tabiat atau kebiasaan. Apatah lagi kalau mengubah tabiat orang lain. Boleh tak macam tu ?
Tabiat pada dasarnya tertanam dalam minda bawah sedar manusia. Tabiat umpama skrip yang dilakonkan oleh watak diri sendiri.
Proses ubah tabiat mengambil masa sama ada cepat atau lambat.
Saya selalu perhatikan pada diri sendiri dan juga orang sekeliling. Tabiat boleh diubah, dibuang dan diganti dengan tabiat baharu.
Tabiat yang baik boleh dipupuk dan diasuh.
Antaranya tabiat bangun awal pagi, membaca buku sebelum tidur dan menepati masa. Jika tabiat baik sudah tentu boleh menjadi orang cemerlang, berjaya dah hebat dalam pelbagai bidang.
Bagaimana kalau tabiat kurang baik seperti suka bertangguh, berfikiran negatif dan bermalas-malasan.
Parah jadinya.
Itulah cabaran yang sering saya hadapi ketika ini yakni suka bertangguh, lambat bertindak dan kurang bersungguh-sungguh. Itulah sisi gelap saya yang akan saya usahakan untuk diubah sedikit demi sedikit.
Baiklah.
Dalam artikel ini saya cuba cari penyelesaian bagaimana untuk mengubah tabiat kurang baik menjadi baik dengan bantuan kawan baik saya.
Siapa lagi kalau bukan ChatGPT.
Mengubah tabiat kurang baik kepada tabiat yang baik memerlukan kesedaran, kesabaran dan konsistensi.
Proses ini bukanlah sesuatu yang berlaku sekelip mata, tetapi ia boleh dilakukan dengan pendekatan yang sistematik dan berterusan.
Berikut adalah langkah-langkah praktikal:
✅ 1. Kenal Pasti Tabiat Kurang Baik
Tulis senarai tabiat yang ingin diubah. Contohnya: suka bertangguh, tidur lewat, makan berlebihan, banyak bermain telefon, dll.
Fikirkan kesan buruk daripada tabiat tersebut kepada kehidupan, kesihatan, dan hubungan sosial.
✅ 2. Tentukan Matlamat Yang Jelas
Tukarkan tabiat buruk kepada tabiat baik yang spesifik.
Contoh: Daripada “suka bertangguh” → “buat kerja terus selepas dapat tugasan”.
Pastikan matlamat tersebut boleh diukur dan realistik.
✅ 3. Gunakan Teknik “Ganti, Bukan Hapus”
Jangan hanya cuba buang tabiat buruk, sebaliknya gantikan dengan sesuatu yang positif.
Contoh: Gantikan kebiasaan scroll media sosial sebelum tidur dengan membaca 5 muka surat buku.
✅ 4. Mulakan Dengan Perubahan Kecil
Ubah sedikit demi sedikit (kaedah “kaizen”).
Contoh: Kalau nak mula bersenam, mulakan dengan 5 minit sehari.
✅ 5. Konsisten dan Sabar
Ulang tabiat baik setiap hari, walaupun sedikit.
Otak mengambil masa kira-kira 21-66 hari untuk membentuk satu tabiat baru.
✅ 6. Gunakan Peringatan dan Sistem Sokongan
Gunakan alarm, aplikasi habit tracker, atau tulis nota motivasi di tempat mudah dilihat.
Libatkan kawan atau ahli keluarga sebagai penyokong atau pemantau.
✅ 7. Ganjaran Diri Sendiri
Beri ganjaran kecil setiap kali berjaya mengekalkan tabiat baik untuk tempoh tertentu.
Contoh: Belanja diri dengan makanan kegemaran selepas berjaya tidak merokok seminggu.
✅ 8. Maafkan Diri Jika Tersilap
Jangan terlalu keras terhadap diri jika terjatuh semula dalam tabiat lama. Apa yang penting ialah bangkit semula dan teruskan usaha.
Tiada kejayaan kepada mereka yang berusaha setengah jalan.
Semoga ada manfaatnya dan keep in touch.

Ada banyak cara dan teori yang boleh kita pegang untuk menjadi lebih baik dr semalam. Bagi saya serabut kalau nak buat semua. Tapi jangan pula tinggalkan semua ya. Tak boleh buat semua jangan tinggalkan semua nya pula 😀
Pencari Info recently posted…Hanya 50 Orang Penduduk, Ini Negeri Paling Sikit Di Dunia!
pesan saya kepada diri sendiri…buat perkara yang mudah dan sikit-sikit dahulu
bila berjaya …boleh tambah lagi
betul, jangan tapau semua tips. kita juga yang sakit nnti nak terkejar
Pencari Info recently posted…Inilah 3 Negara Bukan Arab Yang Berbudaya Arab
tak boleh buat semua…maka ambik salah satu atau dua
bila sudah biasa…boleh tambah lagi
thanks for sharing 😉
sama-sama
moga ia bermanfaat untuk kita semua
perlukan motivasi & semangat yg kuat utk ubah dr yg kurang baik menjadi lebih baik hehe
itulah yang membezakan orang berjaya dengan orang gagal
orang berjaya…sentiasa ada motivasi dan semangat yang kuat
bila dah masuk 50an ni memang kena byk berubah ke arah kebaikan belaka.
abam kie recently posted…Petua Penjagaan Kereta Berkala
In shaa Allah itu yang sebaik dan terbaiknya Abam Kie..
mudah-mudahan kita semua ada kekuatan untuk berbuat demikian
Terima kasih atas perkongsian.. Semoga kita semua berubah ke arah kebaikan. Insya-Allah.
sama-sama
moga ada manfaat buat kita semua
Mantap, tulisan tuan Hanafi tidak pernah mengecewakan. Serat dengan info menarik. Bagi aku, entry tuan ini ibarat cermin. Bila di baca tetiba ja angguk kepala tanda setuju, lepas tu rasa nak tampar diri sendiri 😂 Terima kasih atas 8 langkah power, tuan! Aku nak mula dengan langkah #1… tapi nanti dululah. kena habiskan 1 misi Assassin’s Cread Shadow. 1 misi ja…! 😅
AhmadiKatu recently posted…Kerjaya Guru di Malaysia: Dulu & Kini
Terima kasih Cikgu Madi
kita semua memang disaluti dan diselumuti dengan tabiat kurang baik.
jom mula kikis perlahan-lahan tanpa bertangguh lagi
Saya pun nak cuba gantikan tabiat scroll media sosial sebelum tidur tu, kepada baca buku. Kalau tak ubah juga, entah bila lah nak habis baca buku ni. Semoga kita kuat! Berusaha! 💪
saya ada azam juga untuk jauhkan media sosial tetapi masih belum kuat lagi.
rasanya boleh kurangkan tetapi tidak boleh tinggalkan terus
Uncle pun nak berkawan dengan chatGPT lah… banyak kebaikkannya!
ChatGPT dah seperti kalkulator atau HP juga.
keberadaaannya banyak memudahkan urusan kita
semoga uncle bahagia berkawan dengan ChatGPT dan seangkatan dengannya
betul tu… buat sikit2 yg penting konsisten…
lama2 nanti kota boleh betulkan yg biasa dan biasakan yg betul…
Kuncinya konsisten
sebab itulah yang paling mencabar dan sukar untuk dibuat
Berguna juga ChatGPT ni ya, apa yang lebih penting ialah keazaman diri.
ChatGPT sebagai pembantu saja tuan
boleh diguna sebagai panduan walaupun tak boleh guna 100 peratus
tips yg Ganti, bukan hapus. itu baguuus 👍👍 saya nak coba. Krn memang so far susah sangaaaat lepas dari gadget sebelum tidur. rasanya nak saya ganti dengan membaca 1 bab buku stiap malam .
baguuus nih bang, membantu utk kita yg ingin mengubah kebiasaan buruk menjadi baik.
konsisten itu memang susah. butuh motivasi yg kuat sangat utk bisa berubah
Hapus agak keras sikit dan boleh guna diguna
cubalah Fanny cut off gaget dan rasai perbezaan
saya sudah rasa banyak perbezaan