Ucapan misteri yang mengejutkan…!

Kisah ini berlaku beberapa hari yang lalu. Saya dan bos tengah menjamu selera di sebuah restoran yang cukup popular, berada tidak jauh dari pejabat kami bertugas.

Tengah saya sibuk membelek telefon pintar manakala bos pula bersedia untuk menjamu selera, tiba-tiba kami didatangi dua lelaki.

Seorang masih muda dan seorang lagi sudah berusia.

Mereka menghulur tangan sambil mengucapkan ….

“Selamat pengantin baharu”, kata lelaki yang muda sambil tersenyum. Dia memandang saya dan bos silih berganti.

Saya terpinga-pinga dan tergamam seketika.

Dalam pada itu saya sempat terpandang muka bos. Merah padam muka bos kerana terkejut dan terkesima.

“ Bos kenal mereka ? ” saya tanya bagaikan tidak percaya.

WAJIB BACA :   Perihal telefon, hari cuti dan masa 

Bos balas spontan, “ Tak kenal ”

Kalau tak kenal mengapa mereka ucap demikian.

Sedangkan kami berdua bukan pengantin baharu. Bahkan usia perkahwinan pun sudah bertahun-tahun.

Untuk menenangkan keadaan, saya pujuk bos.

“ Mungkin mereka tersalah orang dan kesilapan demikian mudah berlaku di tempat awam ”.

Bos angguk tanda faham dan cerita ucapan selamat pengantin baharu saya biarkan berlalu tanpa diberitahu kepada sesiapa waima kepada orang rumah mahupun kepada kawan-kawan.

Cumanya saya tulis kembali dalam perkongsian blog ini sebagai konten memori untuk kenangan masa hadapan.

Apa-apapun ucapan ‘selamat pengantin baharu’ saya tujukan khas kepada rakan-rakan sekerja yang kini sedang menikmati fasa bulan madu.

WAJIB BACA :   Betul ke lelaki ini pernah jadi penulis sambilan akhbar Suara Sarawak ?

Semoga mereka kekal bahagia dan setia bersama hingga syurga.

Aamiin.

22 thoughts on “Ucapan misteri yang mengejutkan…!”

  1. Aneh juga ya Mas ada orang yang tiba-tiba mengucapkan demikian.
    Barangkali ada kemiripan wajah Mas dengan orang yang masih pengantin tersebut.
    Ah berbaik sangka saja ya Mas.

    Salam,

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge