3 Cara Bijak Guna Media Sosial

3 Cara Bijak Guna Media Sosial…Sejujurnya mrhanafi teringin nak kembali ke zaman sebelum penggunaan telefon pintar.Pada masa itu belum ada penggunaan media sosial yang terlalu ekstrem sebagaimana pada masa kini.Mrhanafi tidak mahu menghabiskan masa yang kesuntukan ini hanya lepak di media sosial.

guna media sosial demgan bijak

Mrhanafi tersentak seketika.Banyak masa dihabiskan untuk melayan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.Nasib baik mrhanafi sudah abaikan Wechat,Instagram dan Telegram.Keputusan ini terpaksa mrhanafi buat demi kebaikan walaupun telah mengecewakan ramai peminat mrhanafi yang terdiri dari awek cun seluruh Malaysia.( sekadar bergurau)

’Mun sik macam ya, nang sik ada keja lain kita tok.Asyik ngan telefon siang malam.Mun boleh makan telefon ngan minum sekali telefon ya.Nyaman ase’

Dengan kesedaran demikian rupa,mrhanafi telah memikirkan 3 cara bijak guna media sosial.Siapa yang nak ikut cara ini memang anda bijak.Jika tak nak itu terpulang kepada naluri sendiri.Orang bijak akan menurut tanpa merungut,Sebaliknya orang yang kurang bijak pasti membantah dengan alasan yang tersendiri,

1.Budaya bergilir

Jangan ingat orang berpoligami sahaja boleh mengamalkan budaya bergilir.Pengguna media sosial pun boleh.Jika hari ini aktif Facebook maka keesokannya pula layan Whatsapp.Begitulah seterusnya sehingga pelaturan baru dirombak dan diubah sesuai keadaan persekitaran.Yang penting si empunya berpuas hati dengan sistem pengiliran tersebut.

2.Masa berjadual

Orang bijak amat mementingkan masa.Sebab itu orang yang bijak hanya layan media sosial pada waktu tertentu sahaja.Pendek kata masa yang berjadual.Misalnya hanya layan Facebook sejam sebelum tidur atau 30 minit sebelum makan malam.Dengan ada masa berjadual begini anda tidak akan leka dan masa tidak terbuang begitu saja.

3.Hadkan penggunaan

Media sosial sekarang ini berlambak dipasaran.Hampir semuanya percuma atau gratis.Namun mrhanafi sarankan anda  untuk pilih satu atau dua untuk digunakan dalam satu masa.Jangan terlalu tamak kerana sikap tamak itu pasti merugikan masa anda sendiri.Pilihlah mengikut tahap kesukaan masing-masing.Itun hak anda untuk memilih.Mrhanafi hanya pilih Facebook dan Whatsapp sahaja.

{sekilas pandang}

Cara-cara yang mrhanafi kemukakan ini hanya berkesan kepada mereka yang ada kesedaran tinggi untuk tidak leka membuang masa kepada media sosial.

Hikmah penggunaan media sosial yang bijak akan memberi impak positif kepada kehidupan realiti.Tidaklah bermaksud menidakkan kehidupan alam maya yang penuh seronok dan gembira tersebut.Jangan pulak ketinggalan bagaikan kehidupan pada zaman Paleolitik.

Golongan suami lebih masa untuk si isteri dan begitulah sebaliknya.

Golongan bujang pula lebih masa untuk bergaul dengan ibubapa masing-masing.Jika hidup sendirian lebih masa untuk teman-teman serumah.

Golongan pelajar akan lebih masa untuk belajar,mengulangkaji dan membuat kerja sekolah masing-masing.

Lihat betapa hebatnya jika kita boleh memanfaatkan masa yang singkat ini untuk kegiatan yang jauh bermakna dan bererti dalam kehidupan sebenar berbanding leka dengan dunia maya melaui media sosial.

p/s : Lainlah media sosial seperti Instagram yang boleh menjana duit.

(Visited 6 times, 1 visits today)

18 thoughts on “3 Cara Bijak Guna Media Sosial

  1. ada poligami jugak ye. haha.
    DT sekarang memang tak ada fb.
    ada IG itu pon tak berapa aktif.
    tengok masa ada lapang je.
    whatsapp tu penting. sebab hari2 akan menggunakan whatsapp untuk communicate dengan patient.
    sekarang baru nak kembali dekat blog..

  2. Tue laa bro..takut LEKA bila ada banyak sangat media sosial nie…dah ada fb kena ada twitter instagram dan lain2…

    Bila dah syok semua benda tak menjadi…

    Harap2 bagi yang aktif dengan media sosial ini berhati2 lah ya…

Leave a Comment

CommentLuv badge