Best Blogger Network (#BBN)

Best Blogger Network …Mrhanafi tak sangka #BBN ini sudah bergerak jauh kehadapan.Bermula dengan keinginan mrhanafi dan tuan Kamil untuk menyediakan satu platform kepada blogger bagi bertukar pandangan,pendapat dan ilmu secara sembang santai dalam group media sosial.KIni Best Blogger Network lebih mantap dan diterima ramai blogger.Tambahan pula ia dianggotai oleh otai-otai blogger dan newbie-newbie blogger.

IMG-20160320-WA0019

Ia sebenarnya bermula dari penubuhan group Whatsapp.Pada peringkat awal ramai juga yang left group dan kemasukan pula agak perlahan.Cabaran ini tidak mematahkan semangat tuan Kamil dan mrhanafi sendiri untuk meneruskan promosi kemasukan ahli group tersebut.

Setelah beberapa bulan berlalu, Best Blogger Network melalui banyak tranformasi.Best Blogger Network atau singkatannya #BBN telah mempunyai laman ping blog sendiri.Para blogger yang telah berdaftar dapat ping artikel blog mereka secara automatik ke laman bestbloggernetwork.com

Selain daripada Group Whatsapp ada juga ditubuhkan group di Facebook melalui Kelab Best Blogget Network.Baru-baru satu lagi Fan Page diwujudkan iaitu Best Blogger Network  agar usaha #BBN menjadi jenama  popular dan terus mendapat perhatian pihak yang memerlukan.

Perkembangan yang memberangsangkan ini sebenarnya melalui sokongan kuat dan padu para ahli.Lebih-lebih lagi mendapat perhatian Tuan Fakhrul dari Lynk.my.Malah dalam perancangan terdekat ini #BBN akan ada usahasama  dengan satu syarikat Hexa Cooperation.Oleh kerana belum ada  hitam dan putih maka mrhanafi belum berani untuk mengulas lebih lanjut perkara tersebut.

Pemilihan AJK dan pengurusan tertinggi sedang giat dilakukan.Pada hakikatnya ia berlangsung sudah lama namun disebabkan aral melintang  ada ahli yang dicalon dan dilantik tersebut belum mengesahkan tempatnya.Sekali lagi mrhanafi belum dapat mengumumkan senarai penuh pengurusan tertinggi dan AJK dalam #BBN.Biarlah rahsia buat seketika.

Selepas ini #BBN akan merangka visi dan misi untuk bergerak lebih jauh setelah perjumpaan rasmi dilakukan.Sebagai pengasas #BBN (bersama tuan Kamil) tentunya mrhanafi ada impian agar penubuhan organisasi ini berjaya.Tujuannya untuk membela kepentingan dan kebajikan blogger di seluruh tanahair.Malah tidak keterlaluan untuk mengangkat  blogger sebagai kerjaya yang sama taraf dengan profesional yang lain.

{sekilas pandang}

Selaras dengan tujuan itu #BBN atau Best Blogger Network masih membuka ruang dan peluang kepada mana-mana blogger nak menyertai ‘organisasi’ ini.Namun proses pemilihan dan tapisan perlu dilakukan supaya krebilliti #BBN sentiasa terpelihara.

Siapa yang berminat boleh bertanya terus melalui talian Whatsapp seperti di bawah ini:

1.Tuan Fakhrul   (+6013-4504132)

2.Tuan Alongxp  (+6012-2431844)

3.Tuan Sham       (+6019-4273360)

4.Tuan Kamil       (+6013-9995015)

5.Tuan Hanafi    (+6011-34820051)

 

p/s : Baru baru ini mrhanafi  kemaskini blog Buku Best.Ada review ebook  tentang dekorasi bajet.Jom baca di SINI

(Visited 24 times, 1 visits today)

34 thoughts on “Best Blogger Network (#BBN)”

  1. Terbaik lah.. wajib daftar .. Baru lepas baca dah tertarik.. Tahniah hanafi.. Lagi satu program untuk blogger bersama blogger. Sekarang ni banyak blogger tak sekutu macam dulu. Semua berpecah belah. Dulu meriah ada Sahabat Blogger. Sekarang entah la, mereka hilang kemana pun tak tau. Tinggal beberapa blogger je terkenal dan masih konsisten lagi..

  2. Alhandullilah saya akan sentiasa support bbn ni…semoga dirahmati dan diberkati segala usaha. Org kata 3 tahun pertama tapak…kuat inshAllah akan maju..tahun seterusnya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge