Gempar Dua Blogger Borneo Berjumpa

Gempar Dua Blogger Borneo  Berjumpa…Mrhanafi nak santai sekejap.Lepas ini akan muncul satu artikel yang berat.Sebelum tu boleh baca tulisan santai ini dulu sambil sambil luangkan masa bersama keluarga.

Mrhanafi tak sangka sama sekali.Salah seorang blogger Borneo yang berasal di Sabah dan kini menetap di Sarawak sudi berjumpa dengan mrhanafi.Perjumpaan kami sangat singkat.Beliau singgah nak makan manakala mrhanafi tengah bertugas pada ketika itu.

Tuan Elih

Tuan Elih yakni penulis blog elihjapahar.com seorang yang hensem.Badan masih  slim dan gaya memang seorang blogger.Tu tidak dinafikan.Para wanita tak boleh tengok lama-lama sebab dia dah berpunya ha..ha.ha walaupun wajahnya ada iras-iras pelakon popular,Fauzi Nawawi.

Perjumpaan kami amat mesra walaupun baru pertama kali.Malah mengulangi kisah Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah.Pinjam ayat Bro Ishak kalau dua blogger berjumpa faham-faham jelah.Beliau memang peramah dan kami dua memang plan nak jumpa secara bertiga bersama Bro Ishak.Yalahkan sebagai ahli dalam Team semangat setiawan itu wajar diutamakan.

Nasib baik sempat sesi fotografi.Kalau tidak gigit jari mrhanafi dibuatnya.Tak banyak perkara yang mampu mrhanafi katakan kepada Bro Elih.Cuma mrhanafi yakin kepadanya bahawa Hero Borneo Team  (HBT)  akan bergerak aktif untuk menjana pendapatan tetap kepada para blogger.

Kesempatan yang amat terhad itu memberi peluang juga kepada Bro Elih menyatakan kebimbangan hatinya dengan komitnen dalam HBT kerana blogger separuh masa.Mrhanafi katakan kepadanya bahawa menyertai HBT tidak perlu komitmen 100 % sehingga meninggalkkan kerjaya tetap.Buat apa yang perlu dan bergerak ketika ada kesempatan waktu.

Selepas ini mrhanafi nak jemput seorang blogger wanita dari Sibu untuk sertai HBT.Jarak yang jauh bukan penghalang kerana melalui Group Whatsapp kami boleh berkongsi informasi dan gambar dengan lengkap.Cuma keinginan untuk berjumpa secara offline itu jauh lebih baik.

Bro Ishak pula nak jemput blogger Sarawak yang bekerja di Sabah untuk menyertai HBT.Gabungan beberapa blogger yang mantap dan hebat ini bakal melonjak jenama HBT dalam komuniti maya di Malaysia.In shaa Allah.

[admin]

Mrhanafi adalah salah seorang blogger yang bergerak dalam Hero Borneo Team bersama Tuan Ishak dan Tuan Elih.Kepakaran kami adalah membuat artikel promosi dengan menggunakan medium blog dan media sosial secara viral.Impaknya berganda dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Jika berminat dengan perkhidmatan kami boleh menghubungi kami di heroborneoteam@gmail.com atau likes Fanpage kami di Hero Borneo Team

(Visited 38 times, 1 visits today)

12 thoughts on “Gempar Dua Blogger Borneo Berjumpa”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge