Penduduk Desa Ilmu wajib tahu keenakan produk Farisa Bakery & Pastry Di Samarahan.Sebab Mrhanafi dan Ishak Hasimi sempat singgah dikedai tersebut.Kami merasai sendiri keenakan salah satu produknya dan berjumpa pula pemilik dilokasi sebenar.Nak tahu wajib singgah dan mencuba roti dan pizza hasil keluaran tempatan ini.
Mrhanafi sempat juga ‘berposing’ untuk membuktikan bahwa kami benar-benar berada di situ.Boleh saksikan sendiri dengan kepala sendiri.Yang pasti mrhanafi dah nampak ‘tua’.
Pemilik bisnes ‘Home based’ Farisa Bakery & Pastry ialah seorang graduan Unimas yang ada ijazah Pengurusan Sumber Manusia dan diploma Kejuruteraan.Bagaimanapun telah menceburi bidang pemakanan dengan belajar lagi dalam kulinari di Akademi Pasri Matang.
Nama beliau ialah Puan Farisa Binti Umar.Suaminya kini bekerja sebagai jurutera di Kuching,Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata.Kini penglibatan Puan Farisa adalah sepenuh masa dan sangat komited untuk memajukan industri makanan sebagai produk muslim.
Penubuhan awal Farisa Bakery & Pastry sekitar tahun 2014 dengan produk pizza sejuk beku.Sekarang telah berpindah operasi ke Desa Ilmu pada Februari 2017 dengan konsep ‘Home Based Industry’.Tujuannya supaya para pelanggan mudah akses ke kedai mereka.
Waktu operasi dari pukul 6.30 pagi sehingga 6.30 petang.Tutup pada hari sabtu.
Tarikan dan keunikan roti dan piza mereka adalah harga yang amat berpatutan,rasa yang sedap,lembut dan memikat selera.Pengakuan tersebut adalah dari pelanggan mereka sendiri.Bukan saja-saja dari pemiliknya atau mrhanafi.(mentang-mentanglah ada membuat review ini)
Puan Farisa mengakui penubuhan Farisa Bakery & Pasty untuk memberi peluang kerjaya dan menambah pendapatan.Bahasa mudahnya cara dapat duit.Dalam pada itu sebagai alternatif produk muslim untuk keperluan orang muslim sendiri.Kalau orang muslim tak bantu sesama muslim kita nak minta bantuan siapa lagi.
Cabaran Puan Farisa dalam bisnes bakeri ini ialah sukar untuk menampung ‘COD’ kepada pelanggan sekitarnya terutama pelajar Unimas.Pekerjanya cuma dua orang dan beliau sendiri banyak perkara hendak diuruskan
Selain itu Puan Farisa kekurangan agen untuk memasarkan sehingga ke seluruh Sarawak.Dulu ada tetapi sekarang sangat berkurangan.Ada sesiapa yang nak jadi agen boleh hubunginya sendiri.Harga borong yang istimewa akan diberikan.
Sebelum mengakhiri temuramah dan ‘terjah’,mrhanafi sempat untuk bertanya harapannya dalam bidang yang diceburi.
Puan Farisa dengan yakin bahawa beliau mahu mengembangkan Farisa Bakery & Pastry dan boleh bersaing untuk berada lebih jauh lagi.Beliau berharap berjaya membuka premis Bakeri sendiri.
Dengan terlaksananya harapan pertama,Puan Farisa bercita-cita pula untuk ada jenama yang boleh difrancaiskan dalam diindustri kulinari.Pada tahap tersebut mrhanafi yakin bahawa produknya sudah berada di setiap dapur meja rakyat Sarawak dan tidak mustahil ke Semenanjung Malaysia.
Mfrhanafi belanja beberapa gambar menarik hasil sentuhan jurugambar Ishakhasim.com.Beliau sangat berbakat dan teman seperjuang mrhanafi dalam arena blogger.
Akhir kata jika ada sesiapa yang hendak merasai sendiri keenakan produk keluaran Farisa Bakery & Pastry boleh datang sendiri ke premis di kawasan Desa Ilmu.Lokasinya tidak jauh dari Tadika ABIM Samarahan dan terletak di tepi jalan besar.Tak perlu nak corner-corner lagi
Farisa Bakery & Pastry
Facebook : Farisa Umar
Telefon Pejabat : 082-611907
Telefon Bimbit : 013-3532805
Teringin nak rasa tapi jauh sangat ni.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Siksanya Bila Kena Demam Virus. Ketahui Tentang Demam Virus atau Viral Fever!
boleh diposkan..hehehe
wah nampak menarik produk bakeri dan pacakagingnya..
semoga bisnes farisa bakery bertambah maju..
rasanya pun boleh tahan bro…terbaik