Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.Tidak keterlaluan kecantikan adalah anugerah terindah untuk wanita. Kecantikan adalah aset mereka dan penyumbang utama keyakinan diri. Sebab itu produk kecantikan amat sinonim dengan wanita dan permintaan utama juga dari golongan wanita.
Sekali lagi Hero Borneo Team (HBT) mengalas tugas berat untuk membongkar dan mendedahkan kisah bermulanya perniagaan produk kecantikan yang diasaskan anak Sarawak. Beliau ialah Puan Farah Ein yang memperkenalkan produk kecantikan jenama Organic Skin By IGs. Satu produk yang mula mendapat tempat di hati para pengguna di seluruh Malaysia.
Sejak dari kecil dari Puan Farah Ein merupakan seorang yang suka berdikari. Prinsip hidupnya tidak mahu menyusahkan orang tua. Kesan dari kesedaran tersebut menyebabkan beliau tidak memilih apa apa pekerjaan (janji halal) untuk mendapatkan duit. Katanya duit adalah keperluan yang sangat penting. Selain bekerja makan gaji beliau pernah mencuba pelbagai perniagaan baik secara offline maupun online seperti dropship atau menjual produk orang lain.
HBT sempat bertanya bagaimana timbulnya idea untuk menjual produk sendiri berjenama Organic Skin By IGs. Menurut Puan Farah sendiri beliau mengakui minat bidang kecantikan. Jadi alangkah moleknya kalau mempunyai produk kecantikan dan dikomersialkan sebagai perniagaan untuk membantu keluarga dan kaum wanita yang inginkan pendapatan tambahan.
Beliau bercadang untuk mencuba pasaran dengan pengenalan sabun Homemade Kebetulan pula ketika itu suami puan Farah baru bekerja. Atas dorongan suami tercinta dan ibubapa telah menggerak semangat Puan Farah untuk nekad memulakan perniagaan produk kecantikan dengan modal dari wang simpanan RM700.
Ketika itu ada tentangan dari keluarga manakala masyarakat setempat memandang rendah usahanya. Namun Puan Farah beruntung kerana dikurniakan suami yang memberi sokongan 100 peratus dan menasihatinya supaya teruskan usaha tanpa memperdulikan kata-kata orang lain.
Dalam usahanya memperkenalkan sabun homemade tersebut Puan Farah mengalami kejatuhan sementara. Sabun tidak terjual dan keadaan tersebut memaksa Puan Farah memberi kepada keluarga dan kenalan terdekat secara percuma sahaja. Bayangkan sabun yang nak dibuat bisnes dan ada kos tetapi diberi kepada orang untuk dicuba tanpa bayaran. Ini dinamakan satu pengorbanan yang berat serta sukar untuk dilakukan.
Puan Farah juga berterus terang ketika zaman susah ramai kawan-kawan meninggalkan beliau. Justru Puan Ein kuatkan semangat untuk tidak mengharapkan orang lain selain diri sendiri. Selain itu kunci kejayaannya ialah sabar.Memang benar kata orang berkat kesabaran akan menghasilkan kejayaan.
Alhamdulillah usahanya berhasil. Sabun homemade tersebut menjadi fenomena dan mendapat permintaan yang sangat tinggi dari para pengguna. Ada pengguna yang menyarankan kepada puan Farah untuk mengeluarkan pula produk krim foundation sebagai pelengkap produk kecantikan.
Puan Farah tidak menoleh kebelakang lagi. Dengan modal yang bermula dengan RM700 dan telah dibuat modal pusingan mencecah RM10K. Sehingga artikel ini ditulis Puan Farah mempunyai 6 produk kecantikan.Ada 3 produk yang menjadi hot selling dan terlaris di pasaran ketika ini.
Antara produk terkini keluaran IGs ialah Organic Skin yang sangat menakjubkan. Bahan utamanya adalah Apple Stem Cell yang terbukti boleh awet muda. Selain itu ada Avocado dan Lemon. Ramuan ini sangat bagus untuk kulit berjerawat.merawat kulit kusam,tona muka tidak sekata,berjeragat dan meredakan kesan Sunburn kerana ada SPF yang terbaik.
Ada perkara yang perlu pengguna mesti ambil tahu tentang produk Organic Skin By IGs ialah merawat kulit dari dalam.Kesannya amat cepat dan ketara jika digunakan secara tetap.Puan Farah sendiri mengakui produknya tidak mengandungi Merkuri dan Hidrokinon. Biasanya bahan-bahan kimia ini digunakan sebagai agen pengelupasan dan pemutihan segera. Jadi pengguna produk Organic Skin By IGs tidak perlu risau dan boleh guna tanpa ragu-ragu.
Produk Magic Effect pula berperanan sebagai alas solekan.Fungsinya untuk memberi tahan lama kepada make-up. Bagi wanita yang inginkan kesempurnaan dalam kecantikan wajib memiliki produk tersebut. Puan Farah beritahu pihak HBT bahawa produk Magic Effect dapat menutup kesan parut dan jerawat seseorang tidak kira lelaki atau wanita.
Apa yang sangat menarik tentang tentang produk Magic Effect ialah ia boleh siap dalam seminit dan boleh memberi perubahan ketara pada muka pengguna.Perubahan in dinamakan pemutihan muka secara selamat.Jadi tidak hairan artis juga menggunakan produk tersebut.Lebih membanggakan sudah terjual 1000 set.Harga satu set cuma RM45.Ia sangat berbaloi dengan nilai wang kerana boleh digunakan sehingga 2 atau 3 bulan.
Ada satu lagi produk Organic Skin By IGs yang tak kurang hebat iaitu Cream Foundation. Krim ini sifatnya ringan sehingga gadis remaja yang masih dibangku sekolah boleh menggunakannya. Ia tidak merosakkan kulit biarpun pengguna tidak menggunakan lagi produk kecantikan Cream Foundation.
Berikut adalah testimonial sebenarnya yang HBT perolehi dari Puan Farah secara ekslusif.Perhatikan keberkesan produk tersebut yang boleh mengubah imej dan penampilan seorang wanita sesuai dengan tagline Organic Skin By Igs iaitu CERAH,SIHAT dan BERSERI.
Memandangkan perniagaan produk kesihatan banyak persaingan terutama produk dari Semenanjung Malaysia maka strategi pemasaran mesti dilakukan sebijak yang boleh.HBT dimaklumkan oleh Puan Farah Ein bahawa beliau suka pergi ke pelbagai event atau pameran produk kecantikan oleh pihak terbabit untuk memperkenalkan jenamanya.
Selain itu Puan Farah Ein membuat promosi dalam media sosial seperti Facebook dan Instagram. Perancangan masa hadapan untuk menggunakan sistem Adword dari Google. Puan Farah berterus terang belum ada orang nak bantunya sehingga HBT tersenyum mendengar pengakuan ikhlasnya.
Salah satu cara Puan Farah menambah ilmu bisnes dengan menghadiri kursus dan seminar yang biasanya percuma di Sarawak.Talk yang dikongsikan oleh mereka yang sudah berjaya amat berkesan dalam hatinya untuk terus bersemangat menjalankan perniagaan Organic Skin By IGs.
Perancangan masa hadapan atau impian Puan Farah Ein untuk melihat jenama produk anak Sarawak dikenali ke seluruh dunia.HBT mendoakan impiannya dimakhbulkan agar beliau menjadi wanita Sarawak yang menjadi jutawan dalam produk kecantikan sebagaimana Datuk Vida Qu Puteh dan Datuk Alif Terlajak laris.
Sebelum mengakhiri sesi temurahmah,Puan Farah Ein berpesan kepada anak-anak muda jangan leka dengan dunia dan fikir tentang masa depan.
Sesiapa yang berminat dengan produk Organic Skin By IGs boleh menjadi agen kerana dengan cara ini beliau boleh membantu mereka menjana pendapatan tambahan maupun utama. Katanya lagi tanamkan niat berbisnes untuk berjaya dan menjadi kaya adalah satu bonus.
Boleh hubungi pengasas sendiri iaitu Puan Farah Ein atau ke alamat stokis yang dinyatakan dibawah :
Alamat Stokis HQ :
NF INGLOWING ENTERPRISE
NO 10 TAMAN MEI LEE JALAN STAKAN KOTA SENTOSA 93250 KUCHING SARAWAK
HQ NO : 082626181
0138249924
Stokist dan agent rasmi :
BORNEO(SABAH SARAWAK)
SITI NAZIRA (SAMARAHAN)
0178966390
NUR AZMAHANI (KUCHING)
0138102305
SHABURAZIZAH (KUCHING)
0109774721
ZYLA ROZILA (MIRI & BRUNEI )
01125028365
FATIMAH MAT (SAMARAHAN)
0172223258
CAHAYA SUBUH (KUCHING)
0165724227
DAYANG (SAMARAHAN)
01116098716
HASINAH ABDULLAH ( KUCHING )
0149993817
MADZ AWADAH (KUCHING & BAU )
0135733825
FIEYZAH WAN (KUCHING)
01125012561
SEMENANJUNG :
KIELA (0174934779) KEDAH / PERAK
HANIE (0128687561) TERENGGANU / KEDAH
SHAZLEEN (0138826928) KUALA LUMPUR
- Kemas kini 17/3/23
nice info yg diberikan oleh bro hanafi..
smoga puan farah ein terus sukses..
terima kasih bro..semoga puan Farah berjaya dalm bisnesnya
Comey puan Farah Ein.. bila tengok wajah dia dengan kulit yg cerah dan lembut, pasti ramai yg berminat nak beli produk-produk yg beliau keluarkan..
anuar recently posted…7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
itulah kelebihan orang yang cantik untuk menjual produk kecantikan
semoga bisnes beliau berkembang maju, masuk ke pasaran global..
ya..harap begitu lah hendaknya
sepertinya bagus juga ni produk yang ditawarkan……….
Oyong Ilham recently posted…Fakta Tentang Tubuh Manusia Yang Jarang Diketahui
ya..produk tersebut sangat bagus
Wah, semakin hebat orang Sarawak yer!
Noriza Rahman recently posted…Sental Whitehead dan Blackhead Punca Jerawat
o..terima kasih atas sokongam moral
cantik macam tuannya
Raihanah recently posted…Rezeki September 2016
he..he..yalah kan..sesuai la sebagai tauke produk kecantikan
fuhhh terbaik! makin ramai usahawan produk kecantikkan 🙂
memang terbaik bro..orang pun cantik..sesuai untuk produk kecantikan
Pengasas produk kecantikkan ni pun cantik orang nye 😀
sabree hussin recently posted…MYCYBERSALE 26 – 30 Sept 2016: Peluang untuk Shopping Online dengan harga DISKAUN sehingga 95%
sebab tu dia minat bidang kecantikan..saya tengok depan mata lagi tu..memang macam artis