Mengapa Takaful Jadi Keperluan Wajib

Mengapa Takaful Jadi Keperluan Wajib…Mrhanafi akui ramai yang belum faham dan belum ada kesedaran yang tinggi tentang kepentingan takaful.Atas sebab tersebut mrhanafi cuba untuk merungkai secara ringkas kepentingan takaful kepada sesiapa sahaja waima untuk anak yang berusia setahun sehinggalah kepada datuk yang sudah berusia 65 tahun.

20160915110728

Takaful ialah perkataan Arab yang membawa maksud saling menjamin atau saling membantu.Konsepnya amat luas dan tidak terhad kepada satu perkara sahaja.

Persoalannya masih ada yang cuak dengan perunding takaful.Mereka dianggap sebagai manusia yang cuba untuk mengaut duit bakal pelanggan.Sedangkan mereka cuma bekerja sebagai perunding takaful yang mempromosi,menerangkan syarat dan terma perjanjian sumbangan  serta membantu pihak pelanggan mendapat apa yang mereka perlukan.

Cara untuk memahami lebih mudah kepentingan takaful ialah mengandaikan diri kita sendiri dalam masa 5 tahun yang akan datang.Dalam masa 5 tahun yang akan datang kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku ke atas diri kita sendiri.Mungkin kita terus sihat dan tiada apa-apa yang kurang baik berlaku.Ya itulah yang kita harap dan inginkan dalam hidup ini.

Persoalannya adakah kita pasti tidak akan berlaku perkara kurang baik.Sudah pasti kita tidak akan tahu.Jaminan untuk mendapat sesuatu yang baik dan kurang baik bukan dalam pengetahuan kita.Ia adalah ketentuan Allah SWT ke atas hamba serta mahkluk ciptaannya.Sebagai manusia kita cuma perlu bersedia dan bertawakal serta redha.

Menyertai plan takaful keluarga adalah persediaan terbaik untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.Fungsi asas plan takaful keluarga untuk memastikan pewaris mengekalkan kualiti gaya hidup setelah pencari utama nafkah meninggal dunia,lumpuh kerana kemalangan atau penyakit dan sebab-sebab lain yang menyebabkan beliau tidak mampu lagi bekerja.

Risiko begini akan diurus oleh pengendali takaful melalui wang sumbangan para peserta yang menyertai plan takaful keluarga.Dari konsep ini memang jelas para peserta akan membantu sesama peserta lain jika berlaku musibah atau perkara yang tidak diingini.

Tidak timbul soal perunding takaful hanya mendapat duit bakal pelanggan untuk kepentingan diri dan bisnes itu sendiri.Sedangkan pelanggan adalah komitmen perunding takaful untuk jangkamasa panjang.Sebab itu komitmen mrhanafi kepada pelanggan adalah membina ukhuwah tanpa noktah dalam bidang takaful ini.

Lumrah dalam masyarakat kita akan tersedar apabila sudah terkena musibah.Sayangnya pada masa itu sudah terlambat kerana plan takaful keluarga perlu diambil ketika sihat dan mampu.

Plan takaful keluarga  umpama payung untuk melindungi kita serta pewaris pada masa akan datang sekiranya ditimpa hujan.Mana mungkin sudah berlaku hujan baru nak membeli payung di kedai.Basah kuyup la jadinya.

[nota mrhanafi]

Mrhanafi akur dan sedar faktor kewangan menjadi alasan untuk tidak mencarum atau menyertai mana-mana plan takaful.Namun selagi tiada kesedaran untuk merasai betapa perlunya takaful untuk kehidupan maka alasan demi alasan  akan tercipta biarpun pendapatan sudah mencecah sejuta setahun.

Oleh itu cuba sisihkan lima peratus pendapatan untuk mencarum dalam plan takaful keluarga demi ketenangan fikiran pada masa hadapan.

Konsepnya hampir sama seperti menyimpan duit dalam akaun bank atau ASB.Apa yang berbeza, menyertai plan takaful keluarga kita akan dapat 3 dalam 1.Plan takaful keluarga menyediakan perlindungan,simpanan dan pelaburan mengikut syarat dan terma yang telah dipersetujui.

Sekiranya ingin penerangan lebih lanjut, mrhanafi bersedia untuk dihubungi secara bersemuka terutama bagi mereka dikawasan Bandaraya Kuching atau Samarahan.Khidmat rundingan dan sebut harga pelan takaful keluarga secara percuma akan disediakan untuk anda.Cepat la bertindak hari ini.

Sekian.Salam sayang semua.

IMG-20170110-WA0002

mrhanafi

Friendly Takaful Advisor

” Ukhuwah Is OUR Priority”

WhatsApp : +6011-3464-6975

Hotline Care : 019-806-8007

Facebook Page : Takaful Anugerah Terindah

(Visited 39 times, 1 visits today)

8 thoughts on “Mengapa Takaful Jadi Keperluan Wajib

  1. Ohh orang Takaful rupanya .. bagus bagus .. salah satuu kerja yang boleh dilakukan dari rumah ni. Saya pun pernah hasrat nak jadi agen … tup tap tak jadi, sempat ambil exam insurans je ..

    Hmm kena berikan banyak penerangan mengenai kerjaya agen takaful ni .. orang takut sebb kesilapan teknik orang2 lama .. jadi orang baru kena hadap la bila benda dah melekap kat kepala masyarakat.
    Hasrul Hassan recently posted…Destinasi Cuti – Craft Batik Teluk Bahang PenangMy Profile

  2. Salah satu pekerjaan yang mulia nie bro…bantu orang dimasa hadapan.. 🙂

    Cuma kadang2 kecewa dengan segelintir perunding takaful yang pada awalnya memang sedap bunyinya tapi bila nak “CLAIM” hampir 180 darjah dier cuba pusing atas faktor yang tidak dinyatakan…

    Tapi lihat raut wajah bro, saya rasa bro bukanlah orang yang sebegitu…InshaALLAH rezeki bantu orang ini pasti akan dipermudahkan…ameen

Leave a Comment

CommentLuv badge