Platform Terbaik Untuk Blogger Berkarya

blogger berkarya

Platform Terbaik Untuk Blogger Berkarya…Saya cukup teruja berkongsikan berita baik kepada ahli-ahli Best Blogger Network (BBN) di  Group Whatsapp atau Kelab Best Blogger Network di Facebook.

Tuan Fakhrul dari Lynk.my telah bermurah hati untuk sponsor domain bestbloggernetwork.com dan Tuan Alongxp iaitu penulls blog alongxp.com sudi menyediakan hosting terhadap laman web BBN.Bukan itu sahaja beliau turut menawarkan khidmat kepakarannya dalam bahagian teknikal.

Saya selaku admin group BBN bersama dengan tuan Kamil Salleh (blogger sensasi2020.com) berbesar hati dengan bantuan tersebut.Ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka berdua.Sungguh komitmen yang diberikan itu antara yang terbaik.

Pertama sekali,saya memanjat kesyukuran atas kurniaan Allah kerana menjayakan misi BBN untuk membantu komuniti blogger di Malaysia.Sungguhpun ia masih diperingkat permulaan dan in Shaa Allah akan diperluaskan untuk menjaga kebajikan,kepentingan dan semangat muhibah semua blogger tanpa mengira kumpulan serta kepentingan.

Demi menjayakan misi tersebut saya amat berharap rakan-rakan blogger terus bersemangat untuk berkarya melalui penulisan blog masing-masing.Dengan adanya laman web ping entri seperti bestbloggernetwork.com segala artikel para ahli dapat dikumpulkan bawah satu bumbung.

Terpulang kepada para pembaca untuk memilih artikel mana yang terbaik untuk dibaca.Tugas blogger amat mudah iaitu viralkan dalam media sosial masing-masing.Sebab cara ini amat pantas dan lebih berkesan juga berbanding dengan teknik SEO dari pelawat organik.

Dengan perkembangan media sosial yang sangat mendadak melalui Whatsapp,WeChat,Facebook,Instagram,Telegram dan banyak lagi tidak rugi rasanya para ahli untuk main peranan masing-masing.

Komitmen saya untuk meledakkan nama BBN aka Best Blogger Network akan dilakukan melalui penulisan blog,blogwalking dan hashtag #BBN atau terus kepada link bestbloggernetwork.com di media sosial.Doakan kekuatan saya unttuk berbuat demikian.

Saya tahu dengan meletakan link tersebut manfaatnya bukan untuk saya seorang diri.Ia lebih kepada ahli-ahli blogger yang lain.Sungguh beruntung kepada blogger yang rajin menghasilkan entri yang menjadi perhatian kepada para pembaca.

Potensi untuk mendapat pelawat dan pembaca sangat tinggi.Jadi kerisauan juga bermain difikiran jika server tidak mampu menampung kebanjiran trafik nanti.In Shaa Allah jika ada kemampuan saya sedia memberi komitmen untuk menampung bersama kos tersebut.

Akhir kata saya berharap rakan-rakan blogger terus berinspirasi untuk menulis blog.Bukan semua mampu menjadi blogger yang hebat seperti anda.Jadi kehebatan itu wajar dimanfaatkan untuk membangunkan imej blogger dalam masyarakat bukan blogger.

Untuk itu selamat berkarya dan jumpa lagi serta maafkan saya jika masih banyak lagi kekurangan.Pastinya saya belum lagi mampu memberi yang terbaik.

(Visited 6 times, 1 visits today)

14 thoughts on “Platform Terbaik Untuk Blogger Berkarya”

  1. blog untuk kongsi ilmu bahkan tukar pendapat pengalaman ya tak..yang penting buat baik jangan rosak hubungan sesama manusia buat domba dan sebagainya ya tak

    1. nasib baik tuan tak cakap saya mengada-ada.

      ternyata persepsi begitu memang menaikkan semangat saya untuk berjuang nasib blogger …

      terima kasih bagi sokongan dan saya sebenarnya dalam diam mengkagumi tuan kerana kepakaran dalam perniagaan internet..

    1. terima kasih tuan..ya memang kita dah lama berkerjasama dari zaman blogger yang aktif seperti tehramuan,tok puteh,puan suri dan ramai lagi..

      sekarang ada yang dah senyap je..

      perjuangan untuk viralkan #BBN bukan alang-alang..tapi untuk rakan-rakan blogger yang lain juga..

      kita berjuang untuk kepentingan ramai..kan ..kan..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge