Rakan Sekelas Selepas 20 Tahun

Rakan Sekelas Selepas 20 Tahun…Salam dan selamat sejahtera.Tempoh 20 tahun cukup panjang.Anak-anak dalam umur begini sudah habis sekolah.Rakan-rakan kelas lepas 20 tahun pula sudah kelihatan uban dikepala.Paling tidakpun perut golongan lelaki yang dah berkeluarga sudah boroi.Maju kehadapan.Golongan wanita pula akan ternampak kedutan di muka bagi membuktikan usia sudah menghampiri tua.

rakan sekelas

Saya terkejut seketika menerima mesej dari rakan sekelas.Beliau telah memasukkan nombor telepon saya dalam group whatsapp rakan kelas enam atas tahun 1995.

Sudah tentu saya tiada bantahan kerana rakan kelas sendiri.Orang yang saya pernah kenal.Belajar di kelas yang sama selama setahun enam bulan.Ternyata dalam tempoh tersebut telah mengeratkan rasa mesra kami sebagai rakan sekelas.

Tambahan pula saya jenis suka bergaul ketika zaman sekolah.Setidak-tidaknya saya boleh mengimbas kembali kenangan 20 tahun yang lepas.Memang manis untuk dikenang dan sentiasa segar diingatan sehinggalah sekarang.

Ketika 20 tahun yang lepas,saya boleh rasakan ada rakan-rakan sekelas akan berjaya dalam hidup mereka.Ada kerjaya yang mantap dan pendidikan formal yang bagus.Paling tidakpun ada ijazah.Memang betul sangkaan saya ketika itu bersandarkan kemampuan akademik mereka.Lulus peperiksaan dengan baik.Ada yang cemerlang.

Selain itu mereka punyai altitud yang positif dan kuat berusaha.Impian mereka cuma satu.Boleh menjejak kaki ke menara gading untuk menggenggam segulung ijazah.Ya.Kini sebahagian daripada mereka mendapat apa yang dicita-citakan.

Sebahagian lagi kecundang dalam mengejar impian permulaan.Mereka tidak berputus asa tetapi meneruskan kehidupan dengan cara tersendiri.Mereka kini menjadi penjawat awam dan pekerja sektor swasta seperti saya.Perjuangan hidup tetap diteruskan walaupun bidang akademik kurang bagus seperti yang diingini.Sekali lagi, sayalah orangnya.

Kini selepas 20 tahun berlalu,apa yang saya rasakan dulu betul-betul menjadi kenyataan.Rakan-rakan yang berminat jadi cikgu dah pun menjadikan guru sebagai kerjaya mereka.Memang patut pun kerana latihan pembentangan kelas telah menjadikan asas untuk menjadi pendidik.

Dalam pada itu ada juga yang telah menjadi jururawat kerana kemampuan mereka lebih menyerlah dalam bidang perkhidmatan.Setidak-tidaknya mereka ada kerjaya tetap dan penyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Bukan itu sahaja perkembangan rakan-rakan kelas saya selepas 20 tahun.Ramai dan saya berharap kesemuanya sudah menjadi bapa dan ibu kepada anak masing-masing.

Itulah kejayaan yang paling manis.Ada keluarga tercinta dan pasangan yang membahagiakan.Jadi syukuri nikmat tersebut agar boleh menikmatinya lagi dalam 20 tahun lagi.Pada masa itu mungkin ada yang sudah tiada.Siapa yang tahu gilirannya pergi dulu.

{sekilas pandang}

Pada mulanya saya nak buat gaya penceritaan entri ini.Namun tak jadi.Berubah fikiran dalam saat akhir.

Sungguhpun begitu saya berharap nak tulis satu persatu kisah rakan kelas saya itu.In Shaa Allah saya akan temudugakan mereka untuk mengetahui kisah kejayaan  tersebut.

14441896787_163b98fa52

Jom sertai  Program Terpantas Jana Income Online >>>http://linksaya.biz/kliksini

(Visited 19 times, 1 visits today)

32 thoughts on “Rakan Sekelas Selepas 20 Tahun”

  1. Say sendiri terkejut bila rakan sekelas darjah 2 contact saya. Boleh kenal sedangkan saya dah lupa lansung. Mungkin sebab muka anak saya yang paling kecil copycat muka saya dan boleh identify dalam fb. Teringat zaman sekolah memang best !

  2. Dulu rasa macam klasik gila bila tengok gamba sekolah ibu dan ayah, tapi sekarang ni, bila diri sendiri pun dah 30, tengok gambar lama macam…oh..aku dah tuaaaa hehe

  3. tu dia… imbasan kembali zaman sekolah… bertahun2 yang berlalu…. kalo ada reunion mesti gembira sakan bertemu semula rakan rakan sekolah mengimbau kenangan zaman persekolahan…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge