Sampah Ini Menghasilkan Duit Segera…Mrhanafi macam tak sangka.Sebab sampah kalau dibuang hasilnya tiada.Sampah kalau dijual akan menghasilkan duit segera.Tak banyak pun tak apa.Janji sampah yang sepatutnya dibuang telah menghasilkan sesuatu yang ada harga.
Baru-baru ini mrhanafi menjual tin-tin aluminium,botol plastik kosong,kertas serta suratkhabar.Barangan yang dikategorikan sampah tersebut telah menghasilkan duit hampir RM30.
Proses untuk mengumpul barangan tersebut agak lama.Berbulan-bulan juga.Sebab mrhanafi bukan mencari diluar rumah.Cuma barangan yang dihasilkan melalui pembuangan dari rumah.Boleh juga dikatakan kerja dari rumah.
Teringat pula mrhanafi kepada seorang insan hebat yang telah menjana duit RM80 ribu hingga RM100 ribu sebulan hanya dari rumah.KIsah benar ini boleh diperolehi melalui pautan KIsah Jutawan Sekelip Mata.
Begitulah senario zaman sekarang.Duit segera boleh dijana walaupun hanya duduk di rumah dan main internet.Namun perlukan usaha yang bijak dan sungguh-sungguh.Jika tak jadilah impian tak kesampaian dan mimpi indah di siang hari.
Kesan dari penjualan sampah tersebut mrhanafi dapat dua faedah.Selain dapat duit,mrhanafi dapat menyelamatkan bumi ini dari tercemar.Sampah yang boleh dikitar semula mengurangkan pencemaran agar generasi anak isteri kedua cucu boleh menikmati hidup seperti kita pada hari ini.
Mrhanafi berharap agar pembaca boleh menghargai sumbangan para pencari sampah yang boleh dikitar semula.Mereka memang berbuat demikian demi duit.Namun hikmah usaha mereka jauh lebih bermaruah dari sikap segelintar kita yang suka membuang sampah merata-rata.
Mereka sanggup meredah bau sampah ditapak pelupusan sampah.Mereka rela berpanas dan berhujan.Mereka redha dengan rezeki yang sedikit itu demi kelangsungan hidup.Mereka jauh lebih baik dari manusia yang mencari duit dengan menganiaya dan menzalimi orang lain.Maaf jika tersentap namun itulah realiti kehidupan pada masa lalu,kini dan akan datang.
Walaupun sampah membawa maksud bahan buangan namun sampah boleh mendatangkan duit segera.Jual sampah biasanya dibayar tunai dengan penghantaran sendiri.
Sekali lagi mrhanafi nak buka minda pembaca semua bahawa laluan untuk mendapat duit segera ada di mana-mana termasuk jual sampah.
Apatah lagi kalau nak duit segera dan lumayan seperti Kisah Jutawan Sekelip Mata
Terima kasih kerana sudi membaca.Jumpa lagi.
memang bagus kalau rajin mencari.. sampah pun mendatangkan pendapatan..
berkat rajin bro..semua perkara boleh mendatangkan hasilnya
Orang cina selalu kutip sampah untuk dikitar semula dengan jual balik Walaupun dah ada duit yang cukup. Dari situ dah nampak betapa gigihnya dorang untuk mencari duit tanpa mengira pekerjaan apa2x pun.
sebab mereka fikir tiada lain selain duit dalam hidup ini…kasihan kan..hidup begitu
Ramai yang simpan tin kosong dan surat kabar sekarang ni untuk dijual. Lumayan kan tambah duit saku…heheheh
boleh menambah duit saku kepada mereka yang kerja kuat dan rajin
Entri yang menarik…saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.
terima ksaih tuan..
sampah kalau orang nak boleh ambil je, kami pun biasa bagi je. takpelah itu rezeki mereka
Raihanah Ahmad recently posted…Pengalaman Detox 30 Hari Dengan Shaklee
sedekah sampah pun boleh..rezeki mereka tu
bagus kalau dapat asing sampah yang boleh dikitar semula..kesedaran beginilah yang perlu dipupuk dalam masyarakat kita hari ni. Bukan main campur je semua kalau nak buang..
jida recently posted…Tips Berguna Bagaimana Nak Urus Anak Sambil Berniaga Online ?
sedikit sebanyak memang ada pengaruh kempen 3R suatu ketika dahulu
yang penting kena rajin…sampah pun boleh datangkan rezeki yang halal
betul..pokok pangkalnya ada kerajinan
Anak saya kalau nak cari duit sendiri akan kumpul surat khabar lama. Jadi berebut pula masing-masing bila sampah tu menghasilkan duit. Yang lagi seorang pulak akan kilatkan kasut, sapu sampah dan buang sampah sebelum bagi invois kat saya untuk di bayar he he.
kecik-kecik dah pandai bisnes..bagus sangat tu
ya betul… seharusnya kita berterima kasih kepada pengutip sampah.. dengan bantuan mereka, Alhamdulillah persekitaran kita bersih..
anuar recently posted…Ustaz Asraff Bayar RM520 melalui satu artikel di blog saya. Syukur Alhamdulillah
pekerjaan mereka ada hikmah untuk alam