10 Tanda Orang Menyukai Kita Menurut Mario Teguh

Terdapat 10 tanda orang menyukai kita menurut Mario Teguh.Sejujurnya memang seronoklah kalau ada orang suka kita.Dalam masa yang sama kita pun suka.Jadilah senario suka masa suka.Ini dinamakan dunia cinta kita yang punya.

Ye tak ?

Mungkin pada saat ini teman-teman menginginkan calon suami atau calon isteri.

Anda keliru dan malu.

Yang sedihnya tak tahu yang mana satu gadis atau jejaka suka dengan kita. Selalu berlaku ialah kita suka dia namun dia pula tidak suka dengan kita.Ada juga situasinya kita disukai oerang tersebut namun kita pulak kurang berkenan.

Macam manalah pulak?

Jika anda serius nak ke jinjang pelamin sekadar suka dengan seseorang,belum cukup.

Lihat flow berikut.

Suka ->sayang -> cinta -> jodoh = Jannah

WAJIB BACA :   Cerita tentang PKP….

1.Suka

Saya pun boleh suka orang.Orang pun boleh suka saya.Belum tentu kami ada jodoh.

2.Sayang

Satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.Sendiri rasa baru tahu.

3.Cinta

Tahap tertinggi perasaan seseorang kepada seseorang.Cinta yang sejati ialah menerima kekurangan sebagai pelengkap hidup kita.Lebih setia dan sanggup sehidup bersama tetapi tak mungkin nak mati bersama.

4.Jodoh

Kalau ada jodoh anda kahwin.Ada juga jodoh tak panjang.Itu semua ujian kehidupan.Yang penting redha.

5.Jannah

Inilah kemuncak kehidupan seseorang.Boleh masuk syurga bersama-sama dengan pasangan yang anda suka,sayang dan cinta.

Saya pun nak.

Aamiin.

Cukuplah.

Saya nak kongsikan satu video dari tokoh motivasi keluarga yang terkenal di Indonesia.

Beliau ialah Master Mario Teguh.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Doa Yang Sangat Baik

Sebelum itu saya nak membuat sedikit ringkasan dan rumusan.

Mudah-mudahan anda lebih memahami dan menghargai orang yang suka kepada anda.

Kalau ada jodoh tu jangan lupa jemput saya pergi kenduri kahwin.

Dah lama tak makan nasi minyak nie.

Andai kata dah jumpa calon tetapi belum cukup ongkos walimahtul urusnya apa kata cari duit melalui 7 Kerja Sambilan Di Rumah Yang Popular

Baiklah.

Kita tinggalkan itu dulu.

Jom kita perhatikan ringkasan 10 Tanda Orang Menyukai Kita Mario Teguh seperti dibawah :

1.Suka memerhatikan anda

2.Suka kelihatan kemas

3.Suka buat suara garau [pria]

4.Suka kelihatan anggun [cewek]

5.Suka melakukan perkara dengan cepat

6.Suka ketawa yang penuh ceria

7.Suka cerita kita

8.Sentiasa ingat aktiviti kita

WAJIB BACA :   Berjaya bayar zakat fitrah 2021

9.Suka memuji menuji kita

10.Suka berada dekat dengan kita [harus ada kawalan diri]

Ayuk kita nonton bersama-sama !

Kesimpulan

Dalam dunia hubungan lelaki dan wanita saya mengharapkan anda tidak menyalahkangunakan informasi ini.

Bila ada orang suka kita dengan ikhlas hargai perasaan mereka.

Jika kita suka sama suka teruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin.

Jika tidak berkenan, tolak secara terhormat agar perasaan mereka tidak terguris dan terluka.

Mungkin tiada jodoh kot atau kita sudah berpunya ataupun sebab-sebab lain yang tidak boleh dielakkan.

Akhir kata mari menjalinkan hubungan yang suci tanpa bertopengkan nafsu tetapi didasari iman yang teguh.

p/s :Terima kasih kerana sudi membaca 10 tanda orang yang menyukai kita menurut Mario Teguh.

Comments 26

Leave a Reply to Fidah Shah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge