3 Pasang Susuk Dalam Blog

Artikel ini tiada kaitan langsung dengan pasang susuk untuk kecantikan tetapi sekadar susuk penarik trafik blog.Sebagai blogger saya harus kreatif dalam setiap masa.Mungkin dengan penggunaan susuk blog ini akan mencanak trafiknya.Nak tahu teruskan pembacaan.

Bagaikan satu batu besar diletak atas dada ini tatkala melihat trafik blog menjunam.Perit memang terasa.Namun saya bersabar kerana bulan Ramadan adalah bulan kesabaran.

Kalau setakat 50 peratus tak pe.Ini dah mencecah 70 peratus.Trafik menjunam bukanlah sesuatu baru namun penurunan yang drastik memang merunsingkan bagi blogger.Dulu saya tidak kisah pun tetapi tdak buat masa  sekaramg.

susuk blog

sumber : Facebook image

Alang alang dah trafik blog menjunam saya ambil inisiatif.Saya pasang susuk seperti berikut.

1.Penukaran susuk domain http ke https

Google kata ada secure.Mana mana la janji blog saya ini boleh berada di halaman utama.Lagipun kebanyakan domain dan blog utama memang mengguna  https.

Status terkini : Proceed

2.Guna susuk AMP template

Dengar khabar lebih laju dan pantas untuk loading pada henfon.Pembaca suka dan Google pun suka. Kelemahanya AMP template nampak simple dan masih dalam peringkat percubaan.Tak pasang pun tak kisah la.

Status terkini : Pending until further notice.Tak praktikal

3.Guna susuk Style Commenluv

Sebelum ini saya guna CommentLuv.Tetapi ramai yang tak sudi guna.Jadi lebih baik saya tukar sahaja. Adilkan.Lagipun saya nak pembaca dari blogspot,facebook dan wordpress suka memberi komen baru nak meriah.Tak perlu nak pasang susuk dah.

Status terkini : Tak jadi sebab tidak matching dengan theme

Patutla tak ada orang komen sebab sistem masih belum ok.Dah tukar keadaan asal.

Saya suka nak kongsi juga info motivasi ini dari group Whatsapp.

[PACKAGE: KESUSAHAN👉KEJAYAAN]

1. Di dalam pakej kejayaan ada kesusahan.

2. Mengubah manusia perkara yang paling mencabar,ianya mudah apabila mereka sendiri yang mahu berubah.

3. Ramai mereka yang berjaya menjadi ketua dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disukai.

4. Majoriti mereka yang mencapai kejayaan tidak suka memberi alasan.

5. Fokus adalah perkara penting bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan.

6. Hasil kajian, 100 orang yang berjaya di dunia,68% dari mereka tidak mempunyai markah/sijil yang tinggi.

7. Tahap kejayaan seseorang bukan ditentukan oleh siapa “lecturer” mereka.

8. Tahap keinginan yang tinggi adalah kekuatan dalaman yang akan memacu kejayaan seseorang.

9. Apabila kita mempunyai tahap keinginan untuk berjaya yang kuat,segala perasaan negatif dapat dikawal dengan sebaiknya.

10. Kejayaan pertama bermula dari minda dan mentaliti mahu berjaya.

11. Mereka yang betul-betul mahu berjaya,mereka mempunyai tahap keinginan yang kuat kerana mereka mempunyai matlamat jelas yang mahu dicapai.

12. Apabila “down” cari kata-kata pembakar semangat.(yang mengutuk kita,yang merendahkan kita).Jadikan sebagai alat pembakar semangat untuk mencabar diri supaya menjadi lebih baik.(Burning desire)

13. Cari big “why” yang kuat dalam diri.Kenapa aku nak berjaya? Untuk apa aku nak berjaya?

14. Semangat bisnes datang dari sendiri.(Untuk permulaan sahaja sebelum mempunyai sistem yang lebih teratur)

15. Kekuatan dalaman datang dari diri sendiri.Apabila dalaman kuat,segala alasan kepayahan boleh cuba untuk diatasi.

16. Matlamat yang mahu dicapai harus jelas.Masa?Untuk?Tujuan?

17. Gunakan sebaik mungkin teknologi yang ada.(Internet,gajet)

18. Bina “networking” untuk menjana kumpulan yang terbaik. (Mastemind group with Quality people)

19. Masa itu emas,jangan buang masa proses kejayaan akan melalui beberapa kesusahan.

20. Bila mahukan sesuatu, mesti dapat dengan apa cara sekalipun. (Bukan beri alasan)

21. Kenali diri,sejauh mana tahap kejayaan yang telah dicapai sehingga sekarang.

22. Tulis proses demi proses semasa mencapai kejayaan. Raikan kejayaan kecil sebelum menikmati kejayaan yang lebih besar.

23. Berterus terang dengan apa yang mahu dicapai bersama kumpulan

24. Pemilik bisnes telah susun tentang Marketing,sales,Hr, dan Operation bisnes mereka.

25. Teruskan belajar,sentiasa tambah ilmu untuk penambahbaikan diri supaya lebih baik dari sebelumnnya.

26. Dekatkan diri dengan mereka yang lebih berjaya dari kita supaya ianya dapat mengekalkan momentum kejayaan kita.

27. Fokus pada apa yang mahu dicapai.Jangan terlalu fokus pada proses kerana ianya akan membebankan emosi.

Semoga info ini memberi manfaat kepada pembaca semua dan jangan lupa lanjutkan pembacaan untuk mengetahui kisah >>> Baju Raya Terakhir Buat Abee.

 

Sumber rujukan :

1.Panduan Jana Pendapatan Pasif 

2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

3.Panduan Dapat Duit Cepat

4.Cara Tingkatkan Jualan Facebook Gila-gila

5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki

 

 

(Visited 49 times, 1 visits today)

8 thoughts on “3 Pasang Susuk Dalam Blog”

  1. Kata2x motivasi yang sangat bagus Mr Hanafi. Penerangan 3 susuk di atas pun menarik. hihi. commentlurve ramai tak tahu kut rasanya. GV pun baru2x ni fungsi commentlurve tu. huhu. yg https ramai cakap secure. GV setuju. GV pun teringin nak wat blog sesimple simplenya tapi rasa macam banyk info pula tak letak nanti. redah jew la jawapnya. huhu.
    Galaksi Viral recently posted…LAGU BRUNEI YANG SANGAT BESTMy Profile

  2. semoga blog Mr Hanafi terusan success..mcm sy ni jenuh jugak nak naik sejak sy rebrand blog sweetsourleyra.blogspot.my ke umifuzy.blogspot.my ni..pv jatuh dan terkadang rasa menyesal mem’branding’ ni…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge