3 rahsia elak jangkitan Covid-19

Ada tiga rahsia untuk elak jangkitan Covid-19. Rahsia ini saya perolehi dari seorang pemandu Grab baru-baru ini.

Sebetulnya bukan rahsia kerana ia sudahpun terbongkar. Benda yang baik buat apa mahu dirahsiakan.

Pemandu Grab tersebut dapat rahsia ini dari beberapa kakitangan kesihatan yang pernah menggunakan perkhidmatan kereta Grab beliau.

Oh ya! Saya tulis secara ringkas. Lagipun perkara ini bukan perkara baharu lagi.

Saya sekadar berkongsi apa yang telah saya dengar dari beliau. Inilah rahsia konon-kononnya.

1.Dapatkan udara segar

Kalau boleh selalulah untuk dapat udara segar. Jangan pulak sekali-sekala.

Saya juga tidak tahu apa alasan disebaliknya.

Udara yang bersih dan segar baik untuk paru-paru. Logik tak.

WAJIB BACA :   Cara check power bank Pineng yang original

2.Sanitizer apa yang berkaitan

Kalau pakaian, boleh basuh selalu.

Kalau tangan cuci atau guna bahan sanitizer.

Amalkan norma baharu ini setiap masa ketika berada di tempat awam.

3.Sentiasa guna pelitup muka

Perkara ini wajib sebenarnya.

Kalau tak pakai boleh kena kompaun.

Jujurnya bukan takut kena kompaun, tetapi takut untuk menyebar Covid-19 atau terjangkiti daripada orang lain.

Virus korona dikatakan masuk dalam badan seseorang melalui saluran pernafasan.

Penutup

Rasanya itu sahaja rahsia yang saya dapat dari pemandu Grab tersebut.

Perkara biasa sahaja dan perlu diperingatkan juga untuk orang lain.

Sebab saling mengingatkan itu perkara yang mulia.

Betul tak ?

Semoga perkongsian ini ada manfaat untuk kita semua.

WAJIB BACA :   Tip Buat Dua Whatsapp Dalam Satu Telefon

Comments 12

Leave a Reply to Zurainny Ismail Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge