4 PERKARA DAMBAAN MANUSIA

Hari sudah lewat malam. Namun hati dan jiwa saya masih segar, bertenaga dan bersemangat.

Mana tidaknya dapat satu ilmu dari orang yang sudah berjaya dalam perkongsian Live Facebook baru-baru ini.

Ia kelolaan satu syarikat networking yang pesat membangun di Malaysia. Syarikat ini meletakkan misi penyelesai masalah manusia secara umum dan secara khusus.

Masalah mungkin berkaitan dengan kesihatan dan kewangan.

Jujurnya ini rezeki ilmu buat kita semua. Ya, saya teruja untuk berkongsikan ilmu mengenai empat perkara dambaan manusia.

Mungkin ada yang sudah mengetahui perkara tersebut.

Namun saya percaya masih ada yang belum mengetahuinya.

Jadi luangkan sedikit masa untuk saya kongsikan dengan pembaca semua.

Empat perkara tersebut adalah seperti berikut:

1.Kebebasan masa

Orang kaya walaupun bukan semua sudah menikmati kebebasan masa.

Orang miskin pun sama dan mungkin sedikit sahaja yang sempat merasai kebebasan masa.

Apa itu kebebasan masa ?

Lebih kurang begini. Saya buat analogi bahawa hidup tidak terikat dengan masa untuk bekerja, berniaga dan sebagainya.

Makan dan tidur selama mana kita mahu. Tiada komitmen dan tiada gangguan dari sesiapapun yang boleh menggunakan masa kita.

Seronok tak cara hidup begitu?

Terpulang kepada individu itu sendiri. Ada yang seronok dan ada yang tidak.

Bagi saya, saya tetap akan bekerja tetapi mengikut masa saya dan bukan masa bos atau majikan.

2.Kebebasan kewangan

Perkara ini paling mudah dan paling senang untuk faham. Katakan kita tiada hutang.

Rumah dan kereta dibeli tunai. Malah apa-apa sahaja keperluan atau kehendak dengan diperolehi dengan urus niaga tunai.

Wang dalam tangan sentiasa ada. Wang disimpan dalam merata-rata bank. Pendek kata, wang dibelanja wang tidak luak. Malah semakin hari semakin banyak pulak.

Mahukan kita semua dengan kehidupan begitu ?

Soalan begini tidak perlu tanya kerana saya sudah tahu jawapannya. Semua mahu.

3. Kesihatan terpelihara

Sudah semestinya kita mahu sihat sepanjang hayat. Ini nikmat terbesar bagi kehidupan manusia.

Sihat secara menyeluruh. Sihat luaran dan sihat juga dalaman.

Untuk mendapat nilai kesihatan begini, perlu ada gaya hidup sihat dan makanan berkhasiat.

Gaya hidup sihat mungkin sentiasa bersenam, kawal pemikiran dan cara rutin bekerja. Tidak terlalu bekerja keras dan sentiasa ada masa untuk riadah serta ibadah.

4.Amal jariah

Apabila matinya manusia hanya tiga perkara yang boleh mengalirkan pahala untuknya.

Tentulah doa anak soleh, harta yang diwakafkan dan ilmu yang diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.

Timbul satu persoalan sekarang?

Bagaimana dan macam mana untuk kita mendapat 4 perkara dambaan manusia ini boleh diketahui dalam blog bawah ini:

arrow  VOLTEN POWER