7 cara memulihkan tenaga batin dengan bahan semulajadi

Saya ada jumpa cara memulihkan tenaga batin dalam sebuah buku. Boleh semak dalam buku 1001 Petua-petua Ajaib hasil susunan Norizan Abu Samah dan Puan Haiza.

Alang-alang dah jumpa ‘barang baik’, saya abadikan dalam artikel ini pula.

Mana tahu ada manfaat kepada pembaca yang memerlukan.

Kepentingan tenaga batin dan tenaga zahir lebih kurang sama.

Keduanya berfungsi untuk memberi kebahagiaan kepada rumah tangga.

Tenaga batin untuk keperluan bawah perut manakala tenaga zahir pula untuk keperluan perut dan yang lain-lainnya. hehehe.

Saling berkait dan tidak boleh dipisahkan, ia umpama lagu dan irama atau aur dengan tebing.

Jika dipisahkan maka pincanglah kehidupan.

Fuh!, macam lirik lagu la pulak.

Jadi sudah bersedia untuk tahu.

Apa tunggu lagi.

Jom kita mulakan sesi perkongsian ini.

1.Cara atasi kurang bertenaga atas ranjang

Tidak menghairankan kalau ada orang muda zaman sekarang kurang bertenaga ketika berasmara dengan pasangan ( sah sahaja).

Jangan risau.

Berikut cara rawatan yang disarankan.

Usahakan dan hasilnya akan berkesan dengan izin Allah SWT.

Ambil buah delima yang sudah kecut kulitnya. Buah ini ditumbuk dan diambil sarinya.

WAJIB BACA :   Bacaan Istighfar Jadi Solusi Ujian Gentir

Campur dengan gula pasir dan masak sehingga pekat. Airnya buat minuman.

Khasiat yang diwar-warkan cukup ampuh. Jangan hairan alat kelamin boleh naik sendiri.

Wow..kan.

2.Cara atasi lemah syahwat

Suami yang lemah syahwat memang merunsingkan pasangan.

Tiada kepuasan dalam berjimak dan harga diri suami jatuh menjunam seperti di bursa saham.

Jom lihat cara untuk atasinya.

Bahan-bahan seperti berikut diperlukan:

Satu ulas halia
Satu biji telur ayam kampung
Satu biji limau nipis yang besar
Satu sudu kicap manis
Satu sudu madu asli
Tujuh biji lada hitam
Tiga kuncup lengkuas

Halia dan lengkuas diparut dan diperah jusnya. Telur ayam dipukul. Limau nipis ditumbuk halus. Biji lada hitam ditumbuk lumat.

Semua bahan ini diaduk rata sehingga sebati.

Apabila sudah siap boleh diminum begitu sahaja. Hampasnya pula dibasahkan dengan air suam dan disapukan kepada alat kemaluan suami.

Kesannya sendiri mau tahu la. hahaha

3.Cara mengeraskan alat kelamin lelaki

Sangat tepatlah kata kiasan orang dulu-dulu.

Lelaki yang hebat, suka kerja keras dan ‘barang’ juga keras.

Jika kurang keras jangan pulak terasa hati.

Ada penyelesaian seperti berikut:

Ambil daun jarak dan daun limau nipis.

Tumbuk halus dan tekapkan pada kemaluan suami selama 30 minit. Lakukan setiap bangun pagi selama sebulan.

Hasilnya keras, mantap dan padu. Hehehe

4.Cara tingkatkan kemampuan jimak setiap hari

Lain pulak dengan petua yang satu ini.

WAJIB BACA :   Memaafkan Diri Sendiri Tindakan Wajar

Bagaimanapun ianya sesuai kepada mereka yang suka aktiviti ranjang setiap hari.

Untuk mereka yang kurang gemar jangan pulak diamalkan.

Risau ada yang kurang selesa dan kurang menyenangi penangan ramuan tersebut.

Ramuan yang diperlukan seperti berikut:

Dua biji kuning telur
Tiga batang petai cina
Satu sudu madu asli
30 biji lada hitam

Cara melakukan:

Kuning telur dipukul rata. Petai cina ambil bahagian isi sahaja. Dijemur sehingga jering.

Selepas itu ditumbuk bersama lada hitam sehingga halus.

Bahan ini tadi diadun bersama dan digaul rata dengan telur ayam serta madu. Diminum habis tanpa meninggalkan sebarang sisa.

Kesannya pengamal akan ada kekuatan untuk berjimak setiap hari.

Belum cuba belum tahu. Dah cuba sentiasa mahu.

5.Cara elak cepat pancut

Ada kes suami ‘berjuang’ tak sampai satu minit sudah tewas awal. Ia satu gejala yang mengecewakan isteri dan suami.

Jika ada gejala demikian amat digalakkan untuk mencuba ramuan berikut:

Ambil lima biji kemiri yang dibuang kulitnya. Bakar sehingga menjadi arang dan keluarkan minyaknya.

Tumbuk sampai halus sebelum dicampur dengan sebiji kuning telur dan satu sudu madu asli.

Campur ketumbar sesudu teh yang telah ditumbuk halus.

Bahan ini digaul rata dan diminum habis termasuk hampasnya pada waktu pagi.

Kesan boleh dirasai selepas seminggu.

WAJIB BACA :   Isteri berpantang suami menahan geram

6.Cara merangsang nafsu agar membara

Tidak dinafikan usia perkahwinan yang sudah lama akan memudarkan aktivitas seksualiti.

Jangan risau.

Berikut adalah cara orang lama untuk membangkitkan kembali ghairah asrama seperti orang muda-muda.

1.Lada hitam satu sudu teh
2.Sepotong ragi
3.Dua biji limau nipis
4.Sepotong lengkuas
5.Dua potong halia besar
6.Satu sudu garam

Cara buat ramuan hebat ini.

Halia dan lengkuas diparut halus. Ragi dan lada ditumbuk halus.

Limau nipis diambil perahan jusnya dan campur dengan garam.

Bahan ini diadun sama dan ditapis. Airnya diminum ⅓ untuk satu kali minum.

Boleh diminum oleh lelaki dan wanita.

Perlu diingatkan ramuan ini akan menjarakkan kehamilan,

Lebih tepat lagi sebagai pencetus aktiviti asmara sahaja tanpa bertujuan untuk hamil.

7.Cara untuk jadikan isteri cepat klimaks

Tentu tidak adil saya hanya membincangkan cara rawatan batin pihak suami sahaja.

Jadi saya kongsikan juga cara rawatan batin khusus untuk golongan isteri pula.

Bahan-bahannya seperti berikut:

Dua sudu makan adas pulosari
Dua sudu madu
Dua biji telur
Tiga helai daun betik yang muda
30 biji lada hitam

Adas pulosari dan lada hitam ditumbuk halus. Campur dengan telur.

Daun betik ditumbuk dan diambil airnya.

Semua bahan ini dicampur sekali untuk dijadikan minuman.

Minum seminggu sekali.

Kesannya alat kelamin isteri jadi sensitif dan peka supaya cepat klimaks apabila bersama suami.

Begitulah cara memulihkan tenaga batin dengan bahan semulajadi.

Moga boleh memberi kebahagiaan tuntas kepada suami isteri. Jika rasa artikel ini menarik, tolong saya dengan satu button share.

Terima kasih kerana berkongsi artikel ini demi membantu mereka yang memerlukan petua ini di luar sana.

Comments 14

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge