7 Hari Sebelum Tibanya Tarikh Kes Perceraian

Menanti tarikh kes perceraian tidak sebahagia menanti tarikh pernikahan.Begitulah pandangan seorang lelaki yang admin kongsikan dalam artikel kali ini.Beliau jelas kelihatan sugul dan bermuram durja.

Kes perceraian saya dalam tempoh seminggu lagi.Namun hari ini saya gagahkan hati untuk menulis sesuatu sebagai catatan pengalaman peribadi.Biarpun motivasi dan semangat kian merundum.

Tidak keterlaluan saya seperti mandi tak basah,makan tak kenyang dan tidur tak lena.Serba serbi seperti tidak kena.

Saya sedaya upaya untuk berlagak seperti biasa.Seolah-olah menafikan ada tarikh yang gerun dan gentir untuk dilalui.

cerai taklik

Fikiran memang berserabut.Perasaan tidak tentu arah.Hati kurang tenang dan jiwa agak bergelora.Begitulah sedikit sebanyak gambaran perasaan yang saya alami saat ini.

WAJIB BACA :   10 Tanda Istri Sayang Suami Ketat-Ketat

Saya belajar bersabar untuk melewati saat-saat yang sukar dengan ketabahan.Bohonglah kalau saya menidakkan kegusaran.Mana tidaknya menanti tarikh kes penceraian.Secara jujur penceraian bukan sesuatu yang indah dan seronok.Apatah lagi untuk mempermainkan soal talak.

Siapa suka dan saya memang tidak suka kerana mulai saat tersebut akan tercatat satu sejarah peribadi bahawa saya mendapat gelaran duda.Seandainya diberi peluang untuk mengundur masa, ternyata saya cuba menjadi orang lebih baik daripada apa yang ada pada saya ketika ini.

Pada hari itu saya akan meruntuhkan institusi perkahwinan yang telah dibina 16 tahun usianya.Secara rasmi dengan disaksikan hakim dan sesiapa yang berada di situ.Memang mendebarkan dan kalau boleh biarlah dalam suasana tenang dan damai.

WAJIB BACA :   Layan Video Youtube Terbaru Adele

Suka atau tidak, saya wajar menjaga kehormatan sebagai suami dan maruah seorang lelaki dalam mendepani saat begini.Memang benar menunaikan permintaan perceraian itu satu tindakan yang amat sukar untuk dilakukan.Bagi pihak saya sangat berat dan telah berfikir begitu jauh dan mendalam.Apakan daya mungkin suratan takdir.

Kini dan hari seterusnya saya cuba belajar untuk berlapang dada bahawa tiada sesuatupun yang akan kekal dalam dunia ini.

Sekadar itu luahan hati seorang lelaki yang bakal menjadi duda.

Penutup

Admin akan menyiarkan cerita beliau ketika dalam mahkamah syariah nanti.Sama-sama kita doakan agar segala urusan dipermudahkan.Benarlah kata pepatah bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

WAJIB BACA :   Kisah bilionaire beli kereta mewah

Comments 22

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge