Menanti tarikh kes perceraian tidak sebahagia menanti tarikh pernikahan.Begitulah pandangan seorang lelaki yang admin kongsikan dalam artikel kali ini.Beliau jelas kelihatan sugul dan bermuram durja.
Kes perceraian saya dalam tempoh seminggu lagi.Namun hari ini saya gagahkan hati untuk menulis sesuatu sebagai catatan pengalaman peribadi.Biarpun motivasi dan semangat kian merundum.
Tidak keterlaluan saya seperti mandi tak basah,makan tak kenyang dan tidur tak lena.Serba serbi seperti tidak kena.
Saya sedaya upaya untuk berlagak seperti biasa.Seolah-olah menafikan ada tarikh yang gerun dan gentir untuk dilalui.
Fikiran memang berserabut.Perasaan tidak tentu arah.Hati kurang tenang dan jiwa agak bergelora.Begitulah sedikit sebanyak gambaran perasaan yang saya alami saat ini.
Saya belajar bersabar untuk melewati saat-saat yang sukar dengan ketabahan.Bohonglah kalau saya menidakkan kegusaran.Mana tidaknya menanti tarikh kes penceraian.Secara jujur penceraian bukan sesuatu yang indah dan seronok.Apatah lagi untuk mempermainkan soal talak.
Siapa suka dan saya memang tidak suka kerana mulai saat tersebut akan tercatat satu sejarah peribadi bahawa saya mendapat gelaran duda.Seandainya diberi peluang untuk mengundur masa, ternyata saya cuba menjadi orang lebih baik daripada apa yang ada pada saya ketika ini.
Pada hari itu saya akan meruntuhkan institusi perkahwinan yang telah dibina 16 tahun usianya.Secara rasmi dengan disaksikan hakim dan sesiapa yang berada di situ.Memang mendebarkan dan kalau boleh biarlah dalam suasana tenang dan damai.
Suka atau tidak, saya wajar menjaga kehormatan sebagai suami dan maruah seorang lelaki dalam mendepani saat begini.Memang benar menunaikan permintaan perceraian itu satu tindakan yang amat sukar untuk dilakukan.Bagi pihak saya sangat berat dan telah berfikir begitu jauh dan mendalam.Apakan daya mungkin suratan takdir.
Kini dan hari seterusnya saya cuba belajar untuk berlapang dada bahawa tiada sesuatupun yang akan kekal dalam dunia ini.
Sekadar itu luahan hati seorang lelaki yang bakal menjadi duda.
Penutup
Admin akan menyiarkan cerita beliau ketika dalam mahkamah syariah nanti.Sama-sama kita doakan agar segala urusan dipermudahkan.Benarlah kata pepatah bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Semoga diberi ketabahan buat admin dan dibuka jalan-jalan kehidupan yg lebih baik lagi, in shaa Allah.. aamiin.
aamiin…
begitulah harapan kita semua
moga di permudahkan semuanya…
aamiin…
terima kasih atas perhatiam
Semoga tuan admin tabah dan berlapang dada atas dugaan ini… Setiap dugaan itu, pasti ada hikmah di sebaliknya… Insya Allah…
biasanya begitu..
setiap ujian dan dugaan ada hikmha yang bauk baik
semoga yang baik-baik sahaja
ya…im shaa Allah
Semoga tabah menghadapi suratan takdir yang berlaku. Insha Allah ada hikmah atas setiap sesautu yang berlaku
biasanya begitulah yang kita harapkan dari sebarang musibah
Semoga ‘beliau’ kuat dan tabah menghadapi saat getir. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
in shaa Allah..
moga kekuatan berada pada pihaknya
Begini sekali pengakhiranya….semoga bro kekal kuat dan istiqamah dalam meneruskan kehidupan… 🙁
Alhamdulillah saya yg dah lama tak online ini akibat kekangan kesihatan dan keluarga masih lagi baik-baik shj….
si bongkok recently posted…Ada Rahsia Shopee Untung Celah Gigi Untuk Newbie Tak?
terima kasih bro..
saya juga berharap bro kekal sohat dan bahagia till jannah
kasihan.. kalau dah namanya jodoh tentunya di atas perancangan Allah. mungkin ada hikmah disebalik apa yg terjadi
mudah-mudahan hikmah tersimgkap segera selepas ini..
16 tahun..cukup sayang tapi takdir dan sebegitu..move on dan tabah tuan..psst..nnt leh la cari yang lain pulak kehkehkeh =p
Belang Tarung recently posted…Cara Ganti (Renew) Surat Beranak Hilang atau Rosak
tak perlah bro..
dah dinamakan ujian
16 tahun dibina tp akhirnya terlerai… mungkin ada perancangan Tuhan yg lbh baik utk kedua2 pihak
memang begitulah aturan kehidupan yang kadang-kadang tidak mampu kita fikirkan.
pasti ada hikmahnya. semoga kuat menghadapinya dan moga ketemu jodoh serta peluang yang lebih baik.
in shaa Allah..
moga itu dapat yang terbaik.