MyCar adalah generasi ketiga e-hailing di Malaysia.Pengasasnya MyCar, Mohd Noah Maideen yang memiliki syarikat Platform Apps Sdn Bhd .Untuk pengetahuan MyCar sudah beroperasi sejak 1 Februari 2018.
Sebelum ini ada Uber dan kemudian diikuti Grab.Uber dan Grab kemudiannya bergabung di Asia Tenggara.Keadaan ini menyebabkan pasaran Grab semakin kuat dan terbesar pada masa kini.
Sungguhpun begitu pemain kecil seperti MyCar tetap memberi saingan yang memberangsangkan.
MyCar ditubuhkan supaya ada pilihan perkhidmatan e-hailing kepada pengguna dan juga pemandu.
Menurut laman web Mycar ada terdapat 60 ribu pemandu berdaftar dan lebih kurang 1 juta penumpang.
Ada lima jenis perkhidmatan MyCar yang disediakan.
1.MyCar economy
Kereta yang digunakan adalah jenis sedan atau kompak yang berkapasiti 1 sehingga 4 penumpang.Boleh jadi kereta Perodua Bezza, Myvi,Proton Saga, Pesona, Toyota Vios dan Honda City.
2.MyCar MPV Compact
Kereta tersebut boleh membawa penumpang dari seorang hingga enam orang.Biasanya Perodua Alza, Proton Ertiga, Proton Exora, Toyota Avanza, Toyota Wish, Honda ERV, Nissan Livina dan sewaktu dengannya.
3.MyCar Premium
Kereta yang digunakan adalah 1800cc ke atas seperti Toyota Altis, Honda Civic, Nissan Sylphy, Toyota Camry, Honda Accord dan kereta kelas C.Penumpang yang boleh dibawa cuma dari seorang hingga 4 orang sahaja.
4.MyCar Now
Semua kategori boleh masuk line dengan syarat paling dekat kepada penumpang sewaktu membuat tempahan.
5.MyCar MPV Premium
Kereta yang ada kelas seperti Toyota Vellfire, Toyota Estima, Toyota Innova, Nissan Serena, Honda Odyssey, Mazda Biante, Kia Carnival dan sekumpulan dengannya.Penumpang yang boleh diangkut dari seorang sehingga enam orang sahaja.
Semua pilihan di atas ada dalam aplikasi MyCar.
Begitu info serba sedikit tentang MyCar.
Jika hendak menggunakan perkhidmatan MyCar perlu muat turun aplikasi terlebih dahulu sama ada di Google Play atau Apple Store.
Untuk dijadikan cerita, baru-baru ini admin ada mencuba pengalaman baru menggunakan perkhidmatan MyCar.
Sejujurnya tiada banyak perbezaan antara MyCar dengan Grab.
Persamaannya cuma satu iaitu naik dan bayar.
Ciri perbezaan ringkas MyCar dengan Grab
1.Kepantasan respon
Dari segi kecepatan respon memang lebih kurang sama sahaja bergantung kepada lokasi pemandu yang terdekat kepada ketika tempahan dibuat.Grab menang kerana pemandunya lebih ramai berbanding MyCar.
2.Harga perkhidmatan
Harga perkhidmatan yang dikenakan MyCar dengan Grab dua kali lima.Perbezaan mungkin pada masa-masa tertentu.Pendek kata perang harga seri untuk kedua-duanya.
3.Sistem Aplikasi
Aplikasi MyCar masing kurang menyerlah ketika artikel ini ditulis.Pertama kali guna memang mengelirukan dan belum mesra pengguna sepenuhnya.Grab menang dari segi aplikasi.Lebih mudah dan lebih menarik.
4.Cara pembayaran
MyCar hanya menyediakan pembayaran tunai.Buat masa kini masih praktikal.Grab pula lebih kedepan kerana ada Grab Pay yang boleh pembayaran tanpa tunai.
Penutup
Secara pukul rata kepuasan menggunakan MyCar belum sebaik Grab.Admin tetap suka Grab dan berharap suatu hari nanti akan suka juga dengan MyCar.
Cuma kelebihan MyCar ada menghantar resit pembayaran kepada penumpang melalui email secara automatik.Cara begini sangat bagus sebagai bukti untuk ‘claim back’ bagi mereka yang menggunakan MyCar atas urusan kerja.
Tentu juga tidak adil mendakwa sistem yang ada pada Grab terlalu sempurna kerana MyCar ada sistem yang berbeza untuk menampung kekurangan yang ada pada pada Grab.
Logik la kan. Mana ada sistem yang sempurna 100 peratus dalam dunia ini.
Bagaimana pendapat pembaca ?
Rupanya baru tahu MyCar usahawan Melayu
Belum pernah menggunakan perkhidmatan MyCar, Grab pernah..tapi ada resit sangat menyenangkan kepada penumpang.
Boleh try satu hari nanti, insyaa ALLAH
Ani Haryani recently posted…Cari Nasi Mandy? Paradise Reyan, Aeon Big Wangsa Maju
lebih kurang sama sahaja…
yang penting kita selamat sampai dan masa tidak terbuang begitu sahaja
penah nait grab jak hihi. blh cuba tok next time.
sama jak Grab ngan MyCar..
yang berbeza app jak la.
Guna perkhidmatan my own car aje.
itulah yang terbaik tuan…
apabila sudah hbais bayar
terima kasih atas info..
Wan Syahida recently posted…Jana Income RM1500 Dengan Mudah Dengan Shaklee
sama-sama kerana beri perhatian
puan boleh cuba..
sekurang-kurangnya dapat merasai ehailing yang terbaharu
sblm ni sy byk guna uber. lps uber da xde lg, sy install je app grab tp x penah guna lg… utk mycar ni, cuma tgk iklan je. guna, install belum lg. btw kalu ia milik peniaga melayu y not kita sokong kan?
sejujurnya memang bagus juga nak bantu syarikat Melayu ni…
kalau bukan kita siapa lagi ?
belum pernah naik MyCar, maybe will give a try..
boleh cuba tuan..
koensepnya sama sahaja.
naik dan bayar
Alhamdullillah MyCar diasaskan anak Melayu Islam. Namun perkhidmatan masih boleh diperbaiki lagi beserta promosi yang mungkin boleh dipelvagaikan lagi jika mahu memintas Grab
Encik Hafiz™ recently posted…Cara Apply Google Adsense Malaysia 2019
ya betul bro..
sekurang-kurangnya Grab ada pesaing supaya memberi manfaat kepada pengguna