Akaun Facebook Saya Kena Ceroboh

Akaun Facebook Saya Kena Ceroboh.Baru-baru akaun Facebook saya  kena ceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Hakikatnya cerita lama juga.

Penggunaan tag dan penyebaran link kurang senonoh telah mengganggu beberapa pengguna media sosial yang lain.

akaun Facebook

Ada pengguna yang tidak tahu akan berasa kurang senang dan menerbitkan rasa marah kepada si pengirim.

Pencerobohan begini mungkin dilakukan oleh pihak yang pakar tetapi dangkal dengan nilai kemanusiaaan.Mereka manusia namun hati dan perasaan entah ke mana.

Saya anggap mereka melakukan kesilapan yang besar dan berdoa supaya  jiwa dan perasaan mereka meronta untuk bertaubat.

Kehebatan viral dalam media sosial  begitu menakjubkan.Jika perkara baik kurang laju.Kalau perkara yang tak senonoh cepat sahaja tersebar.Lebih cepat dari kelipan mata manusia itu sendiri.

Jadi saya buat satu keputusan yang drastik,Nyahaktikan akaun tersebut.Biar dulu sehingga kembali reda barulah nak aktifkan balik.Ada juga yang berpendapat tukar kata kunci yang baru.

Guna yang susah-susah agar menyukarkan pihak penceroboh.Itu terpulang kepada kalian semua.

Buat masa ini saya tidak memerlukan akaun Facebook itu sangat.Masih sibuk melayan blog.

Kalau dulu-dulu sekitar tahun 2009, medium Facebook yang itulah tempat saya lepak dan santai.Kadang-kadang sehari suntuk.

Baca post kawan-kawan.Add friends sampai lebam dan kongsikan pendapat.Selepas itu tak dapat apa-apa.Alamak buang masa sahaja.

Lainlah kalau menulis blog.Kemahiran menulis meningkat.Keupayaan menyampaikan idea bertambah baik.Kesannya bukan dalam blog sahaja.

Ketika taklimat dengan staff gaya bahasa blog itu kadang-kadang saya terlepas juga.Malah ada rakan sekerja yang memujikan saya ada bakat dalam pengucapan awan.

Rasanya perkara ini tak datang begitu sahaja.Usaha dan latihan serta praktik memang memberi kesan yang hebat.

Kesimpulan dari admin,

Ada baik dan buruknya akaun Facebook.Yang baiknya dapat ramai kawan dan memudahkan urusan promosi blog.

Yang tak baiknya boleh menyebabkan fitnah.Yalah.Ada orang fikir kita yang mengirimkan benda-benda yang pelik-pelik

Pendek kata Facebook atau media sosial amat sinonim dengan sindiran ‘So Sial’.Fikir balik tak baik juga.

Istilah sial itu sendiri membawa pengertian negatif.

Jangan lupa Facebook juga boleh >>  buat duit.

Sekian.

Salam motivasi dan ambik iktibar dengan apa yang berlaku ini.

-mrhanafi-

(Visited 20 times, 8 visits today)

2 thoughts on “Akaun Facebook Saya Kena Ceroboh”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge