Apa itu berjiwa besar? Ia merupakan satu soalan yang bukan mudah untuk dijawab dengan begitu sahaja.
Berjiwa besar lambang jati diri dan bukti keperibadian orang hebat.
Berikut adalah tanda-tanda orang berjiwa besar.
Pertama, sikap dan tindakannya suka membantu orang lain.
Tidak boleh melihat orang susah. Pantang membiarkan orang lain dalam kesulitan.
Orang berjiwa besar sedia menolong lain tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.
Keduanya, orang berjiwa besar tidak akan terkesan dengan kata-kata atau perbuatan orang lain yang menghalang tindakannya untuk berbuat kebaikan.
Hati mereka cekal, kuat dan kalis kepada sebarang emosi negatif.
Ketiganya orang yang berjiwa besar suka bersedekah. Tangan mereka begitu ringan menghulurkan sumbangan dan bantuan dalam apa jua bentuk.
Tidak kira wang ringgit, masa atau tenaga. Janji memberi manfaat kepada orang lain, maka mereka yang berjiwa besar ini pasti berbuat demikian.
Sekarang kita lihat pula bagaimana cara untuk menjadi orang yang berjiwa besar.
Lihat dengan mata hati. Baca dan fahami satu persatu agar kita juga boleh menjadi orang yang berjiwa besar.
Table of Contents
Berjiwa besar
1.Murah senyuman
Senyuman adalah satu bahasa universal yang terindah yang ada pada manusia. Semua orang memahami bahasa senyuman ini.
Perbanyakkan senyuman. Hati jadi lapang dan tenang. Wajar orang yang mudah tersenyum menjadi orang yang berjiwa besar.
2. Baca Ya Baari
Al-Baari adalah salah satu Asmaul Husna yang bermaksud Yang Maha Membuat/ Yang Maha Menerbit/ Yang Maha Merancang.
Membaca Ya Baari sebanyak 100x sehari akan menjadikan urusan kita dipermudahkan.
Secara tidak langsung menjadikan kita orang yang berjiwa besar dalam menjalani hidup ini.
3.Sediakan tabung subuh
Tabung subuh ialah cara kita melatih diri untuk sentiasa bersedekah setiap hari tanpa gagal.
Sediakan tabung di rumah untuk seisi keluarga bersedekah pada awal pagi. Bagi mereka yang solat berjemaah di surau atau masjid boleh masukkan terus ke dalam tabung masjid.
Orang yang suka bersedekah akan merasai keajaiban tersebut.
Cubalah dari sekarang kerana sangat besar fadhilat orang bersedekah untuk membentuk insan yang berjiwa besar.
4.Bina ‘win-win situation’
Jangan ada satu pihak sahaja yang mendapat keuntungan.
Cara orang berjiwa besar ialah memastikan kedua belah pihak dapat manfaat.
Bahasa mudahnya dua-dua untung dan tiada pihak yang rugi.
5.Cipta ‘dreamboard’ kejayaan
Impian dan matlamat besar wajib digambarkan dengan jelas dan terang.
Cara untuk mengambarkan dengan jelas dan terang boleh menggunakan dreamboard.
Dreamboard adalah papan impian yang ada gambar dan tulisan serta mudah diimbas oleh minda.
Impian dalam Dreamboard wajib dirasai seolah-olah kita sudah memilikinya. Perasaan ini melatih minda separa sedar bekerja mencapai impian untuk tersebut.
Penutup
Ilmu tentang orang berjiwa besar ini saya pelajari dari sifu motivasi saya iaitu Tuan Zuhairi Nopiah bersandarkan dalam buku “Percaya Sebelum Berjaya“.
Pembaca boleh ikuti beliau di Facebook dan Telegram.
Akhir kata, orang yang berjiwa besar juga bijak buat keputusan seperti menyertai perniagaan networking di Volten International.
Itu sahaja perkongsian kali dan saya benarkan untuk disebarkan di media sosial anda agar lebih ramai lagi menjadi orang berjiwa besar.
Terima kasih.
- kemas kini 24/12/22
Kalau tengok dari ciri-ciri tu jelas saya bukan berjiwa besar, Badan je la yang besar.Hahahh
perturunkan jiwa besar untuk anak-anak pula
agaknya saya belum cukup utk dapatkan ‘jiwa besar’ 😉
bileh dilatih dan diusahakan..
in shaa Allah pasti boleh
Jiwa saya belum cukup besar. Banyak ruang utk memperbaiki diri. Selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa, Mr Hanafi. 😊
Zurainny Ismail recently posted…Free Online Learning at Coursera
tak pe.
sama-sama kita tarbiahkan diri agar dapat menjadi orang yang jiwa besar suatu hari nanti
ya saya bersetuju..
hati perlu dikawal sebaiknya mungkin..
in shaa Allah
mama selalu berdoa agar berjumpa dgn org2 berjiwa besar dan berkawan dgn merea. sungguh menginspirasikan
wah….menarik juga doa tu.
orang yang positif dakan menarik perkara yang positif juga