Scammer memang bahaya dan selalu memperdayakan mangsa. Andainya berlaku, apa perlu buat jika kena scammer. Nak tahu, teruskan pembacaan sehingga ke penghujung perkongsian ini.
Ya, itulah yang berlaku kepada saya sendiri pada 25 Jun 2023.
Scammer telah menelan RM5 duit dalam akaun bank saya.
Percubaan pertama mereka berjaya.
Silap saya kerana bersikap ‘tidak apa’ kerana jumlah itu agak kecil dan agak mengelirukan.
Percubaan kedua scammer pula pada 26 Jun 2023 sebanyak dua kali dan menyedut duit sejumlah RM54 pada jam 19.07 petang.
Scammer berjaya lagi.
Pada ketika ini saya mula rasa curiga dan syak sesuatu yang tidak baik.
Dalam masa yang sama, saya masih belum yakin kerana cara potongan duit sama seperti Meta atau Facebook.
Kebetulan pula saya memang ada pautan akaun bank ke Facebook untuk urusan kerja hakiki.
Keesokkan harinya saya terus keluarkan hampir ke semua duit secara tunai.
Selepas itu saya menukar kata laluan baharu pada banking online.
Saya berada pada tahap waspada dan mula terfikir apa perlu buat jika kena scammer.
Saya juga menunggu beberapa hari untuk memastikan pengeluaran duit RM5 dan RM54 dari Meta atau bukan.
Selain itu saya juga semak di Meta kalau ada tersalah setting pada penbayaran.
Didapati semuanya baik-baik sahaja.
Jika pihak Meta buat pemotongan duit, mereka akan mengirimkan invois ke email.
Tunggu punya tunggu memang bukan dari Meta.
Aduh…ini memang sah kerja scammer.
Terbang melayang duit RM59 ke tangan scammer.
Saya terpaksa buat andaian walaupun belum ada kepastian.
Memandangkan akaun saya digunakan untuk weekly auto deduction ke beberapa syarikat hosting luar negara, saya telah masukkan sedikit wang ke akaun bank.
Dalam masa yang sama sejumlah wang claim dari syarikat juga sudah masuk.
Pada 29 Jun 2023, percubaan scammer kali ketiga berlaku lagi pada jam 7.47 pagi.
Lebih tepat lagi sebelum saya mengerjakan solat sunat Aidiladha di masjid.
Scammer cuba untuk songlap sejumlah RM222 dari akaun bank.
Alhamdulillah, pihak bank gagalkan percubaan mereka secara automatik.
Saya cuba memindahkan wang yang ada ke dalam akaun tersebut ke akaun lain secara online.
Ternyata gagal.
Sistem perbankan tersebut telah bekukan akaun saya.
Apa perlu buat jika kena scammer
Demi memastikan akaun bank saya betul-betul selamat dari perbuatan durjana scammer, saya telah menghubungi bank terbabit.
Proses laporan agak lama juga kerana pihak bank perlu buat pengesahan menggunakan beberapa cara.
Setelah 18 minit berlalu, kad debit bank saya berjaya dinyahaktifkan.
Saya diminta untuk buat kad debit bank baharu di cawangan bank yang berhampiran.
Kini saya terpaksa menunggu selepas cuti raya Aidiladha untuk mendapatkan kad bank debit baharu.
Pegawai khidmat pelanggan bank yang saya hubungi tidak berani janji untuk dapatkan semula wang yang lesap oleh scammer.
Saya juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat kembali wang tersebut.
Apa yang saya mahu, akaun saya dan juga pelanggan yang lain selamat dari kes-kes seumpama ini.
Tidak boleh juga kita salahkan bank semata-mata kerana mereka sudah berusaha sebaik mungkin ke atas sistem keselamatan dan perlindungan wang pelanggan.
Saya juga tidak tahu di mana silap saya sehingga scammer boleh mencuri wang dalam akaun dengan cukup mengelirukan.
Saya juga tidak ada tekan mana-mana pautan yang mencurigakan.
Bukan kerana saya terlalu bijak tetapi kerana saya wajib berhati-hati dalam dunia digital yang memang terdedah kepada bahaya seperti ini.
Kepada para scammer di luar sana, baik berhenti dari melakukan kerja menganiaya orang lain demi kepentingan diri.
Doa orang teraniaya akan menjahanamkan mereka baik cepat atau lambat.
Saya percaya operasi dan gerak kerja mereka bukan tahap biasa tetapi pada standard antarabangsa.
Kepada mangsa scammer, jangan berdiam diri dan lambat bertindak.
Hubungi pihak bank atupun Pusat Respons Scam Kebangsaan dan buat laporan polis jika kes sangat serius.
Misalnya lesap beratus atau beribu ringgit.
Jangan jadi mangsa yang seterusnya oleh scammer yang durjana.
Sekali lagi apa perlu buat jika kena scammer maka segera hubungi pihak yang telah saya ceritakan tadi.
Semoga bermanfaat dan tolong kongsikan kisah ini kepada mereka yang memerlukan di luar sana.
wah serem juga ya kalau begitu…walau sudah hati”toh tetap saja kalau ada yg selip,pihak bank juga tak bisa jamin akan aman atau enggk.minimal kita jadi lebih paham…makasih infonya
kalau duit banyak lagi serem …boileh tahk tidur malam jadinya
Itulah tidak buat sistem oerbankan internet takut perkara bwgini berlaku. Rasa curiga sebab masih belum selamat walaupun ramai gunakan.
cara paling selamat tetapi leceh ialah guna manual atau buku hehehe
scammer log masuk dlm fb tuan kot… biasanya diaorg umpan kita ke website fake fb dan minta kita masuk usermame dan password. lepas tu.. diaorg log masuk dlm fb kita dan guna debit card yg di set dlm fb. so tuan kena tukar password fb juga.
Hairul recently posted…Cara Elak Kena Tipu Scammer Online | Syiok Buat Sendiri Roti Gardenia
ya tak ya juga….macam ada betulnya juga
terima kasih kerana berbagi informasi tersebut
saya ada kongsi cara scammer dptkan password fb kita di link ini
https://hairul.com/blog/cara-elak-kena-hack-fb-email-ig-tiktok-putu-mayam-gebu-giler/
Hairul recently posted…Cara Elak Kena Tipu Scammer Online | Syiok Buat Sendiri Roti Gardenia
wah…bagus bro…terima kasih kerana sudi berkongsi informasi yang menarik
Terima kasih perkongsiannya. Perlu berhati-hati dengan dunia sekarang
yalahkan…hendaklah selalu berwaspada
terlalai dan leka memang akan kena
Allahu…bahaya jg letak no. akaun dlm media sosial tapi tuntutan kerja, kena jg letak…semoga tiada lg perkara buruk yg berlaku…
setakat ini masih terkawal lagi..
kalau wang hangus memang sakit juga jiwanya
Perkara sama terjadi dekat kawan sekolah saya, lebih malang lagi scammer berjaya licinkan duit dalam akaun sampai tinggal beberapa ringgit je dari beribu-ribu ringgit. Modus operandi pun sama, facebook. Besar ujian dia, dah la meniaga makanan perlu modal, duit dalam akaun pulak lesap.
Kawan saya guna hp android. En. Hanafi guna hp android atau iphone? Ada orang kata guna iphone lebih selamat dan tak mudah di ‘hack’ oleh scammer.
saya bersimpati dengar kisah kawan carneyz yang kena scam dengan cara modus operandi yang sama..
memang betul…saya guna telefon jenis andriod
lagj banyak case yg mana kartu kredit atau debit yg terhubung ke FB ads dihack scammer. teman saya baru2 ini kena, amountnya IDR 80 juta, atau sekitar MYR 24900 . sampe skr pun bingung kenapa bisa bobol kartunya.
saya juga ngeri dengan kejadian begini bang. makanya terkadang rek saya yg connect dengan ATM , saya tak isi banyak. rek utama selaku di rekening yang tidak terhubung kemana2.
semoga para scammer itu dpt balasannya nanti. uang haram tak akan pernah bagus hasilnya nanti
cara yang bagus sentiasa semak akaun bank …
kalau nak simpan duit yang banyak boleh gunakan akaun yang tidak menggunakan cara online…hehehehe cara kuno
soalan saya.bagaimana cara kalau kita menerima satu ugutan yang meminta wang dari kita.
Beritahu atau lapor saja ke pihak polis
biar mereka siasat kerana mereka ada kepakaran berbuat demikian