Apa Sebab Trafik Blog Huru Hara

Apa sebab trafik blog huru hara…Saya risau dan kerisauan itu mengganggu semangat saya untuk menulis blog sebagaimana momentum biasa.Mata saya melilau mencari punca.Godek sana dan godek sini mencari solusi.

Saya faham satu perkara.Jika trafik menjunam seperti payung terjun sudah pasti income terjejas.Saya perlu akui bahawa dua senario yang boleh menjejaskan trafik blog saya.Kalau blog orang lain saya tak tahu.

Blog huru hara

kredit: Facebook

Senario bulan Ramadan

Tidak bermaksud saya menyalahkan bulan Ramadan tetapi sepanjang bulan ini trafik blog saya menunjukkan penurunan drastik sejak dari awal bulan lagi.

Saya membuat jangkaan.Pelawat organik kurang mencari sesuatu di Google.Blog saya pula kurang informasi tentang resipi.Sedangkan saya memang mengharap trafik organik sekitar 95 peratus.

Dalam pada itu kebanyakan artikel yang telah saya tulis malu-malu kucing untuk berada di halaman utama.Dulu ok.Sekarang dah jatuh ketangga kedua halaman Google.

Setting plug in SEO

Saya cemburu dengan blogger-blogger yang bermain dengan blogspot.Artikel mereka tidak ada pun ciri-ciri SEO dan tidak pun berada di halaman utama  Google tetapi trafik menggila tinggi.

Trafik mungkin dari pembaca setia dan rata-rata dari media sosial.Saya buat andaian sahaja.Maafkan jika saya salah.

Saya akui saya tidak memfokuskan kepada pelawat dari media sosial kerana penulisan blog saya untuk menjurus kepada Formula Income Seumur Hidup.

Tak faham atau buat buat faham.Nak faham join sekali.Itu kata pemutus yang mudah untuk difahami.

Saya gatal tangan untuk menukar plug in All in One SEO dengan Yoast SEO.Dah cantik lepas tu tukar balik.

Keduanya memang bagus dan sayangnya tidak dapat dioperasikan dua-dua sekali gus bagaikan orang berpoligami.

Kemungkinan salah setting kot menyebabkan Uncle Google pening lalat untuk mengindex artikel saya.Jika Uncle Google pening maka saya lagi la penting kerana itu periuk nasi saya.

Cewah!

Faktor rezeki dalam kemungkinan.

Mungkin faktor ini perlu diambil kira iaitu ujian untuk saya sebagai seorang blogger.Memang saya akui rezeki saya dalam dunia blog belum kencang dan kurang deras.Selepas ini akan bertambah baik.In shaa Allah.

Faktor ini adalah soal rezeki kerana Allah SWT sahaja yang meluas dan menyempitkan rezeki seseorang.

Dalam bab ini saya redha kerana saya telah berusaha sebaik yang mungkin.Selebihnya saya bertawakal dan berdoa sebanyak yang mungkin.

Oh ya.

Saya terjumpa satu tempat untuk buat check up blog.Boleh lawati Makmal SEO.Pemilik website ini orang Malaysia iaitu Tuan Wan Yusof.Beliau adalah seorang pakar dalam SEO dan konten marketing.

Kalau nak jadi blogger yang berjaya harus follow blog dia rapat-rapat.Blognya ialah Wan Yusuf Dot Com

Imbas memori lama.

Suatu ketika dahulu saya tidak kisah pun blog saya ada trafik atau tidak.Kadang-kadang trafik yang datang boleh dikira dengan jari.

Lama kelamaan saya tersedar.Saya mesti memastikan blog saya mendapat kunjungan trafik yang tinggi.Dah ada pengunjung blog yang ramai barulah senang nak komersialkan supaya blog boleh menjana pendapatan.

Sekarang pembaca sudah faham tak, bagaimana seorang blogger boleh mendapat duit daripada blog.Jika trafik kena dengan sasaran maka usaha untuk mendapat duit dari blog bukan sesuatu yang mustahil.

Nak lebih faham saya ringkaskan.

Buat blog.Lepas itu tulis artikel yang bagus untuk mendapatkan pembaca.Pembaca adalah trafik blog.

Pembaca boleh diperolehi dari trafik melalui pintu SEO.Pintu tersebut hendaklah banyak dan mudah ditemui dalam alam maya.

Sekarang boleh faham tak bagaimana pintu tersebut akan membawa masuk pembaca ke dalam blog.

Sebab itu blogger digalakkan mengaplikasikan SEO dalam penulisan blog.Blogger harus tahu ada satu lagi pilihan iaitu bina Fanpage di Facebook.

Nak belajar buat Fanpage yang extra  awesome boleh terjah>>>FANPAGE 

 

(Visited 54 times, 1 visits today)

14 thoughts on “Apa Sebab Trafik Blog Huru Hara

  1. saya pula clicky analytic duk buat masalah berbulan2 dah. asek tak nyempat nak buat analisis.huhu…saya tak tahu apa tak kena sehingga kuar error begitu.

Leave a Comment

CommentLuv badge